Tuesday, November 24, 2015

Onak duri ranjau berduri

 Haaaa, tu dia punya tajuk. Bunyi macam derita kena siksa dengan mak tiri ja. Tak tak aku takda mak tiri, minta dijauhkan daripada bertiri tiri ni. Tak sior teman.

    So far, 2 sem sudah pun aku harungi dengan jayanya . Jayanya? kalau lepas masuk next sem tu kira berjaya la tu. Itu pun hampir putus nafas jugaklah nak ngabisnye. Strong gila subjek sem 2 . Strok jugalah gua nak menjawabnya. haha.

 Nak di katakan subjek yang diberi nampak mudah , tapi bila kau mula belajar kau mula tahu segala jenis isi perut subjek tu pastu kau kena makan ksemua isi perut subjek tu untuk dimuntahkan masa kuiz dan test serta Assingment haaa mase tu baru kau tahu apa itu erti penyesalan. ecehh .. takde ape pun sebenanye, basically sbb malas nak belajar la kut .

Sebenarnya, belajar as IPT student ni tak susah pun, kau just perlu maintain kan study, buat note, hafal, fahamm. Konsep yang sama yang kita gunakan semasa tadika sekolah rendah mahupun menengah. Kau tak buat semua tu, kau tunggu la . Tunggu kena buang daerah. hehehe

 Amalan atau orang kata tradisi rakyat IPT ni, kau kena paham banyak benda.

Kau tak pandai = kena pinggir
kau tak lawa = kena pinggir
kau tak sosial = kena pinggir
kau over pandai = kena pinggir
kau buat puak = bakal dipinggirkan

So, kau pilih, nak hidup dalam ketenangan dan keabadian yang sejati. Sentiasa bersederhana. Tak perlu nak berkuasa atau kata kasar nak hot kat sini. Kau hot tapi belajar bodo , buat apa?. So adik adik, jangan nak berpuak, jangan nak tunjuk bagus, jangan nak kepoh. ok?. apa yang penting? Yang penting bersederhanalah kamu.

Sepanjang aku kat Polimas ni, semua jenis manusia kempret macam ni aku pernah jumpa dan pernah hadap. 
Yang malas
Yang cakap besar
Yang jadi batu api
kaki ngutuk
Mulut burit
yang kedekut ilmu
yang pilih kasih
yang bajet tahu semua benda
yang nak perhatian

 Aku kalau jumpa golongan  macam ni, aku cakap dalam hati '' kita tengok kau jatuh nanti macam mana '' . Duniawi je semua ni. Aku bukan la mendoakan keburukan orang, tapi udah pesen tak betui nak tegur kang gaduh pulak. So, selemah-lemah iman yang ada gitu jela . 

Aku pun bukanlah suci sangat, ada jugak berperangai sedemikian. Tapi perangai macam tu keluar bila orang buat kat kita dulu. So, engkorang yang baru nak start masuk IPT ni, pandai pandai la handle manusia mcm ni. Kau tak reti handle, kau tunggu kerja nanti, lagi power daripada ni. pecayalahhhhhh...

Orang kata sudah menjadi lumrah kehidupan , kau pergilah kemana pun golongan ni pasti ada. Aku bukan nak mengata but i tell you apa yang benar benar terjadi. Overall story, golongan ini ada dimana-mana saja. 

So, onak duri aku adalah menghadap manusia macam ni. Lecture? aish.. lecture pun ada but takmau la petik, kang ilmu tak berkat . Rugi belajo. hehe. 

   Kau kena saling membimbing each other, bantu orang yang memerlukan, murahkan ilmu. Murahkan ilmu bukannya jual ilmu 2 singgit. Tapi sharing ilmu yang kau tahu dengan semua orang. InsyaAllah murah rezeki. Jangan kedekut ilmu. jangan sekali. Pikir baik buruk suatu perbuatan tu sebelum melakukannya. Kang menyesal tak sudah. 

Ada pendinding untuk jauhi sifat negatif?

Ada, bertutur kata perkara yang baik, jaga solat, jaga akidah, jaga pergaulan, jaga diri, insyaAllah pasti dilindungi. keep strong !

Selamat belajar.....

Selamat beramal dan sama sama kita beramal ......

:)






Tuesday, December 23, 2014

Alhamdulillah

fuyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ... sekian lama gua tinggalkan blog ni. Baru kini gua terniat maka terlogin dan tertypela entry ini. hihi. Actually dah banyak kali login blog ni cuma tak sampai nak type entry. Tiap kali nak type mood tu berubah dari angin yang tiup sepoi sepoi bahasa kepada puting beliung. Malas la gua type entry dengan keadaan yang sedemikian rupa kang buruk nau ayat yang keluar haha.

For the first story .. I want tell youu.. cehh acah macam ada orang baca blog ja haha falatun deh. okey Alhamdulillah. Syukur Allah masih memberi aku peluang untuk merasa belajar disebuah IPTA. Ya walaupun pinjam ptptn nak buat macam mana? redhoo.


Haaaaa .. pintu gerbang. Inilah tempat gua sambung belajo. Selok dapat IPTA , terus gua benti form6. Form6 best, gua bole pickup lagi tapi disebabkan masalah percintaan gua takleh stay form6. Gua takleh bercinta lagi lah haha tak sampai seru lagi wakaka.

Nama tempat Politeknik Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah, Jitra Kedah atau lebih dikenali sebagai POLIMAS , dalam kursus Diploma Ukur Bahan atau nama glamournya Quantity Surveying. Satu kursus yang memang gua sendiri yang minta hehe.

So far sekarang ni masih ung lagi , subject, lecture,kelas, student, makan haaa semua masih boleh gua terima. Cuma pinjaman ptptn ja yang gua tak berapa nak terima. Sikit baq hang ... RM10,680 je pinjaman gua >.< untuk 3 tahun.


Nama kelas DUB1A yang terdiri daripada 6 lelaki 21 perempuan. Nampak ja laki makin pupus tapi hakikatnya laki ramai bahagia mekanikal. hehe sebab poli gua ramai laki >.<.

Penasihat gua nama dia Azmin. Dr.Azmin sebab dah ada PHD hihihi bangga bhai.. gamba diatas adalah gambar bangunan gua yang boleh dikatakan setiap hari gua daki. Dalam 1km daripada kamsis gua. Jauh baqhang. Kelas pulak bertingkat tingkat . lif? ada lif. memang ada lif tapiiiiiiiiiiiii .... gua sarankan naik tangga la. haha

Cafe? fuhh sedap. Taktau nak habaq lagumana tapi sungguh sedap murah haaaaaaa.. Jeles la weyhh jeles la hahahaha. Kamsis?. Kamsis bole tahanlah. Cuma peraturan dia pehh ketat. Baju like Jubah, kurung kene pastikan no 'moden' . TAK BOLEH. haha frusttt tau . Nak pergi cafe kena pakai stokin. Gua cadang sem 2 gua nak duk luar tapi bila memikirkan duit pt ermm ermm bagai melukut ditepian gantang >.< .

Bersyukur sebab masih diberi peluang belajar. Peraturan belakang kira. nak langgar peraturan pun tada masalah. hahahaha.

Cuma yang gua jemukan sebab kes kes yang budak pompuan suka buat. Hari hari nak kena leter jemuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu orang lain buat orang lain kena . Shit. k bai. hahaha

Wednesday, June 25, 2014

kegigihan bertahan dalam tingkatan 6

Hari ini 25/6/2014. So agak lama tak meng-update blog yang tak dikunjungi orang ni. Lama bukan apa, sebok memikirkan tempat belajar yang baru. Ya! result SPM pun dah keluar dan result aku tak berapa nak comei lah. Hanya sekadar memungut 1A4B..... Tak sempat nak pungut A bebanyak pasai ada yang datang lagi awai. Depa pungut dulu.  xD. k. tak lawak.

    Dah dapat result yang macam ni jadi aku menjangkakan bahawa agak sukar aku nak masuk IPTA . :3 BI terok . bila tiba isi UPU POLI SPA MARA semua tu. Bila tiba masa result..... aku tak dapat.

    Takdapat IPTA siapa yang tak sedih. siap berHajat, pasang niat lepas habis paper memang kesitu terus. Tak terpikir nak pi sekolah balik. Tak terfikir nak jejak sekolah lagi. Tak pernah terfikir akan ada dalam suasana sekolah lagi. But, kita mampu merancang. I'm still in school... aku masuk form6.

  Form6 aku ambil aliran KEMANUSIAN (ekonomi) . Tahu tak? belajar form6 ni taklah teruk mana. Standard biasalah. kene betul betul struggle je. TAPI yang buat ramai takmau masuk form6 just one reason ''terikat dengan peraturan sekolah''. >.< Aku pun begitu. Tak suka form6 sebab itu je.

  Belajar ada gurunya, ada masanya. Tapi suasana sekolah yang buat aku takboleh move on untuk buat STPM. SUASANA SEKOLAH. Bangun pukul 6 pergi sekolah pukul 7 balik pukul 2 lebih. BUT still takdak kebebasan untuk kami .

  Ada sekolah yang dah start use pakaian kasual. Sekolah aku still mod 3.a.k.a (menumpang) sahaja. Perubahan untuk form6 dihantar dalam satu tempat tu ada. Tapi tak dikuatkuasakan sekarang ni sebab ada masalah yang takdapat dielakkan. Cikgu kata mungkin tahun hadapan . Aku berharap sangatlah dapat suasana baru.

   5 Tahun aku kat sekolah yang sama. Aku jemu, tak boleh hadam dengan suasana yang SAMA lagi setengah tahun aghhhhh ... . Rasa macam nak berhenti form6 -,-''. Mejoriti upper six kat sekolah aku daripada sekolah lain. See?. Sekolah lain datang sekolah aku yang bertahan. Aku takboleh. Lesuuuu kat sekolah yang sama.

   Ada pasang hajat nak pindah sekolah. Tapi jauh sangat dengan rumah. Jadi masalah transpot pulak. Payah jugak. Sekarang aku buntu. Kalau berhenti sekolah aku takda kelulusan. Kalau teruskan aku takmampu. Aku pergi jumpa kaunseling pun cikgu tu tak dapat membantu. how???.

   Kekadang runsing juga. Kemana aku nak pergi lepas ni. Nak bertahan lagi setengah tahun tu bukan main seksa lagi. AKu frustt ni. haha. Aku tak pergi sekolah hari ni pasai takboleh tahan dengan suasana yang sama ni lah. :3 . sedih bhaii.... rase nak teghoyakkk je ni. Form6 tak teruk tapi suasana form6 tuuuu .. huaaaa.. help me ahh.

  

Friday, February 7, 2014

Aku penganggur setia

 Halowww salam bertemu kembali .. Setelah sekian lama menyepikan diri kini aku bangkit menjadi seorang  pen-typer tegar sepanjang percutian aku yang tidak diketahui sampai bila. Nak chongak idok reti xD. Aku membangunkan kembali blog ni pasai dah takdak kerja yang boleh di buat.
   Hanya setakat buat runtin harian 'kemas rumah' 'basuh baju sidai baju' 'makan' 'tido' 'ngadap pesbuk twitot' haa, orang kata apa? ''kerja membersarkan badan'' tapi  sungguh! badan aku tak besar besar jugak. #keciwa.


    Actually, peluang kerja bergaji banyak belambak lambak lambak seperti di pasar lambak. Tapi, iyelah aku ni 'wanita', so agak susah ayah aku nak bagi aku pi kerja semua tu dengan mak aku yang tak berape sihat dan dan dan dengan akak aku yang baru ja pi sambung belajaq. cehh ! Memang bukan rezeki aku ahh.
 

    Kekadang jadi orang bingung dok umah ni. Macam mana mak aku bole tahan dodok umah macam ni? hadoi ! . Orang ha! aku pun ha!. Tapi adelah sesekali keluar, kekadang pi usya abam bujang buat latihan kat padang 'cuci mata' wehh haha. Best jugak tengok diorang buat latihan tu, ada masa ada pelung kenyit mata kat diorang ehe.. kasi semangat sikit !

   Tapi tu semua tabiat lama, lepas kantoi ngan ayah aku dulu emm.. taubat tak buat dah. Tak pi usya anak teruna orang buat latihan nembak, serang hendap semua tu. Pi tengok takde masalah, yang kena marah  ni pasai aku tinggalkan mak aku sensorang kat umah kwkwkw xD . Anak pi cari 'bakal' menantu, ayah naik hantu.

    Bila perangai gila-gila mai, mulalah buat benda yang takdak kewarasan akal. Rasa macam nak tumpang masuk HOTEL Tanjung Rambutan sehari semalam. Kalau pergi hotel sana automatically dapat usya abam kolej pulak. xD . Gatai noh! .

  Sifat menggatai ni takboleh di hakis hanya boleh di kawal tapi malang sekali tak mampu di kawal. Ubatnya satu ja. Kahwin hahaha...


Ehem ! .. Bila bukak cerita pasal kahwin. Sememangnya ramai member aku yang bukak cerita pasal kahwin after abis paper haritu. haha semua pakat gatai nak kahwin dan termasukla tuan punya anggoota badan yang menaip ni xD. Benda baik, takpekan kalau dibuat sembang?. Umur cukup  dah. Calon? hmm ade ade. Tapi masih menjadi rahsia, mak apak aku taktau lagi. Sembang pasal kahwin ni buat jiwa tenangggg setenang.....


setenang air terjuan ni. Haa.. cantik tak?. Betapa hebatnya skill gua meng'copy-paste' hasil lukisan orang. haaaa..

Sapa taknak kahwin oiiii.................................

Friday, December 6, 2013

Medeko Medeko Medeko !!!!

  Akhirnya, setelah sekian lama diri ini menanti detik-detik mata banjir ini. Mata banjir? menangis.. menangis. Akhirnya akhirnya akhirnya. HAHA. Seronok gila lastpaper semalam. Lastpaper Teknologi Kejuruteraan habis pukul 3.30 petang, kebetulan memang kelas aku je hari tu . Memang bersorak sakanlah kiteorang sekelas.

     Masa nak habis paperlah. Nazmi countdown 1 minit terakhir sebagai pelajar sekolah. Pengawas yang jaga tu senyum senyum ja. mybe dia kata dalam hati ''akhirnya dapatlah aku tidoq pepuas lepas ni''.  Nazmi countdown aku pun join sekali. Pastu bersorak Yeahhhhhhh !!!.

   Lepas semua keluar dari dewan dan menuju kekantin. Cikgu Mariam datang. Nak hantar buku text. Cikgu kata '' buku siapa tak balut sila buat pembayaran''. Aishh. akhir tahun pun kene bayar jugak. -_-. Takdak keistimewaan langsung ke untuk kami sebagai pelajar  lepasan ni? haha.

  Gilaaaaaalaaa.. Balik je dari sekolah. terus aku mesej ke abang aku '' Medeko! medeko! medeko!'' haha saje nak kacau dia kerja. Otak memang kosong gila. Tak pikiaq apa dah. Yang ingat 'seronok' dah habis paper. hehe. Sebelum balik tu, sempat la jugak aku berkenang kenangan dengan kucing femes kat sekolah tu. Kucing tu jadi bahan buli aku je. XD . Maybe dia paham aku lastday hari tu, so dia pun buat muka comei. Tapi Tapi Tapi .... tak secomei aku. HAHA


   Kucing ni kerja dia nak menyako je. Orang yang datang kat dia dengan niat ikhlas nak membelai mencurahkan kasih sayang kat dia. Semedang tu jugak dia cako. Elok niat baik nak membelai, terus bertukar jadi niat jahat. Aku pernah kena, so lepas lepas tu. Bila aku jumpa kucing ni, aku pukui manje ponggong dia. kah3!! mencecet dia lari. haha.

Aku bersorak dah macam orang dapat izazah. kah3!!. padehal abis paper spm je puin XD.  Afterthis Tenang jiwa. Boleh update blog ..hehehe.
 

Sunday, July 14, 2013

Rumah sukan.. sukan..sukan ohhh sukan..

 Hari sabtu yang sungguh indah lagi mendamaikan . Burung berkicauan bagai nak rak. Kucing mengiau meminta makanan  ohh ohh tak lupa juga incik semut yang sentiasa berusaha untuk mendapatkan gula dalam balang, Selamat Pagi ya semua..

   Izinkan saya guna 'wa dan lu' agar lebih memudahkan proses menaipan ..mueheh XD

Sudah sekian lama wa menanti untuk menaip entry ni. Tapi Incik google kat komputer besar wa tidak membenarkan. Cehh kejam sunguh kau wahai incik Google :3. Sudahnya wa ambil keputusan dengan mengguna netBook 1Malaysia .



Ohhh .. macam biasa. Sukan tahunan . Memang menyeronokkan bagi mereka yang suka bersukan. :D. wa pun suka bersukan. Tapi wa tak suke over bersukan. Wa suke sukan berlari cukup sekadar untuk wakil rumah. :D Wa rumah 'Mahathir' Merah maaa.. 294 nombor bertuah tu. :D

    Untuk tahun ni cukuplah wa kumpul pingat , 'dua perak' dan 'dua gangsa'. Jadilah daripada takda pingat langsung . Emas? ha ! takpayah. Sebab wa dah ada pingat 'mas' untuk selama -lamanya. Nama wa kan 'mas' . *lawak hambar* takpayah gelak.

Nak TAYANG sikit boleh? almaklumlah. Wa tahun akhir berada di bangku , meja dan kelas Sekolah. :) SPM13 la katekan.

ehem... ehem..

Muehehe . Nak showOff sikit je puin. Tunggu wa dah kawin nanti LAGI 'over' wa showOff . HAHA

Story OF SportDays....

  Seperti biasa. Hari sukan mestilah dimulakan dengan acara perbarisan kan?. Hmm.. Gambar tak ada sebab wa tak dapat nak pegi amik hanya kerana wa wakil lari 100 meter.  Kena ready awai awai.

So, so, so . Untuk acara perbarisan .

   Setelah menjadi JOHAN selama 4 tahun berturut turut. Akhirnya tahta tersebut telah berjaya dirampas dan Kota Perbarisan telah berjaya ditawan olehhhh....

KRS(Kadet Remaja Sekolah) . Tahaniah!
Kalau tidaknya tahun lepas diorang boleh kalahkan KPA dah. Tapi tapi tapi ..
kecacatan celoren dimuka dengan berpakaian uniform lengkap adalah punca utama kekalahan. HAHA.
 

    KRS terlah berjaya menawan Kota Perbarisan. Maka Kauta yang lain di isi oleh KAPA(Kadet Pertahanan Awam) ditempat Kedua dan Kadet Polis ditempat keTIGA. Wa saja capitalkan huruf tu sebab wa KADET POLIS . wakaka. k.

Kemudian, Perbarisan antara Rumah sukan pula...

    Telah berjaya mempertahankan kedudukan ditempat yang teratas iaitu Johan selama 3 tahun berturut turut (rasanya) dan tidak berjaya di tawan oleh rumah sukan yang lain. Yang pasti dan tidak asing lagi .. Rumah sukannnnnn...

 MERAH (Mahathir)
Pertahanan yang sangat kukuh dengan pemimpin yang berkredibal tinggi manjadi
tunggak utama punca kemenangan.. HAHA.
(ni gamba tahun lepas. nak tayang NAGA je)
 
 
Kita teruskan acara kemenangan dengan Acara menghias rumah sukan. ehemm.. ehem.. :)
 
 
   Yang had hias  rumah sukan ni aku lupa berapa lama bertahan. TAPI yang 'pasti''confirm''sure''.. Rumah sukan yang sama dengan tahun lepas.
 
 Dengan hiasan batu bata merah(kain merah yang dilukis) , bunga lily keliling garaj dan Botol air yang berwarna merah sebagai pagar rumah sukan kami. :)
 
OF COURSE LAH RUMAH MERANG MENANG. HAHA.
 
ni hiasan tahun lepas.Ini pun tak siap lagi :D
(gambar yang betul akan di update kemudian)
 
 
Ehem.. Kemudian di selangi dengan persembahan tarian oleh awek awek Smk Ulu Kinta. Video nya ada tapi akan di update kemudian kerana is mengambil masa yang agak lama untuk meloadingkan diri ketika dimasukkan kedalam blog ni :3.
                                                                            
    Ini  gmbar tahun lepas juga. Update terkini akan di segerakan :D

 
 

Maka dengan ini bermulalah acara LARIAN...
 
   Wa masuk acara 100 meter, 200 meter, 4x100 meter dan 4x400 meter. Masa hari sukan hanya 100,200 dan 4x100 meter saja yang di acarakan. 4x400?? semasa sukan Tara. Serasi dengan acara lompat inggi/jauh, lontar peluru, lempar cakra, dan acara tarik tali separuh akhir. Parappa !!
 
 Alhamdulillah, pada mulanya wa agak kurang yakin untuk mengejar pingat kerana masa hari pertandingan wa PUASA. Di ulangi PUASA. HAHA. Memang wa saje cari penyakit . Dua hari sebelum pertandingan wa dah start berlatih. Tiga round wa joging kat Polo. Muahaha. Hasilnya snagat lumayan...
 
     Kumpulan wa a.k.a Rumah merah mendapat tempat kedua dan bagi lelaki tempat ketiga. Nevermine. JANJI mesti dapat pingat.
 
   Actually, wa kejar pingat hanya kerana pingat tahun ni BERAT. Sebelum sebelum ni had plastik punya. -_-. So, tak berapa nak semangat jadinya. HAHA.
 
 
Masa hari sukan.. memang wa tak boleh duduk diam. Dupdapdupdap jantung wa. Rasa macam nak cepat cepat habiskan larian. Muahaha. Alhamdulillah, 100 meter wa dapat tempat ketiga dan 4x100 meter tempat kedua. 200 meter?? HAHA ... wa tak pecut pun. DAH SEMPUT had 100 meter lagi.
 
   Ehem...Selepas habis acara larian. Tiba pula acara kemuncak iaitu Tarik Tali Bagi rumah Hussein (kuning) dan rumah Mahathir(merah). Muahaha.. lu orang rasa rumah mana menang?? erm??erm??..
 
 
Eh?? eh?? tidak! ini Abam Abam lower6 :3. muehehe..
 
Lu orang perasan tak 'hint' wa ni?? perasan tak??....
 
Actually..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tarik Tali
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rumah sukan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aishh !! susapen tak?? suspen tak??
katalah suspen.. kalau tak wa humban lu dalam tasik 'The Heaven' HAHA
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
.
.
RUMAH
MAHATHIR lahhhh...
MERAHHHHH !!! ..
 
Kali pertama = merah menang
kali kedua = merah memang.
 
HAHAHAHAH...
 
(gambar akan diupdate kemudian)
 
 
 
Fuhhh !! .. mau tak bangga ??.. Semua merah sapu. Perbarisan, hiasan tarik tali. Acara beramai ramai memang merah sapu. *dabik dada* XD.
 
Untuk pengetahuan hampa sekalian??.. Juara keseluruhan dimenangi oleh rumah RAZAK (hijau).
Dengan mengumpul 20 ke atas pingat Emas.
 
Tempat kedua Mahathir(Merah) = 13 Emas 12 Perak dan bebelas gangsa
Tempat ketiga Hussien(Kuning) = 13 Emas 11 Perak dan bebelas gangsa
Tempat keempat Rahman(Biru) = aku pun tak hengat.
 
>.< . Merah last pegang tahta masa 2010. Lepas lepas tu rumah Rahman(Biru) berturut turut. Tetapi kini,, rumah Razak(Hijau) berjaya merampas tahta daripada Rahman(biru). HAHA. 
 
Ayat gua cenggini ...
 
   Rumah hijau yang dulunya mundur kini kembali megah. Merah dan kuning berusaha mengalahkan biru dan hijau tetapi hanya berjaya mengalahkan biru dan kuning tidak berjaya menewaskan Merah . biru mundur kebelakang dan gayanya seperti mencipta strategi baru untuk tahun hadapan.
 
Alhamdulillah.. Rumah merah masih memegang tahta ditempat kedua. :D .. berturut turut :D.
 
 .. Akhir kata.. Kepada warga SMK ULU KINTA .. tahniah kerana telah menjayakan hari sukan peringkat sekolah ini dengan penuh berjaya*apa yang aku cuba sampaikan ni?? haha*. Tahniah diucapkan kepada olahragawan dan olahragawati kerana bertungkus lumus mengumpul pingat. :). Tahniah juga diucapkan kepada pemenang pemenang yang lain kerana berusaha mempertingkatkan prestasi rumah sukan kalian. Dan kepada yang kecewa .. ubat hatimu dengan '' aku akan berusaha lagi selepas ini''. InsyaAllah mujarab. Aku 4 tahun terkecewa. 1 pingat 1 pingat. Tahun ni je lebih sikit. Sebab? usaha lebih. Ok. yang SPM tahun ni. Kita Tutup cerita sukan. Kita buka cerita Trial..
 
Amacam?? dah ready for trial??.. :) *senyuman sinis* 



Saturday, June 22, 2013

Universiti Teknologi Petghonasss ..

    Eceh . Awai awai lagi dah menayang. Adush !. Untuk pengetahuan penduduk kampung Lembah permai sekalian. Saya Nuraini Masturah bt Zahari, kini telah menjejakkan kaki di salah satu 'U' yang sememangnya sangat terkemuka. Terkemuka ke??. Aku rasa Terkemuka. Under Petronas wehhh !!.

    Sememangnya aku berkeinginan puin nak masuk sana. Tapi apakan daya... Jauh pungkoq dari kerusi, susahlah nak masuk sana. Siapa yang bertuah anda sangat sangat sangat beruntung ! Congrate saya ucapkan. Budak sekolah aku dapat tawaran nak masuk Universiti ni. Dua pelajar perempuan dan kena interview. Salah sorang saja yang dapat. Ketak sungguh pemilihan pelajar ni !.

    Then, adalah Selasa lepas. Kelas aku ditawarkan oleh guru kaunseling dengan tawaran ke '' Karnival Kerjaya Engineering''. Kelas aku sememangnya ambil subject ni. Itu psal lah cikgu attack kelas aku 5 Santalia.

So mulalah perjalanan kami kesanaaa..

       Okey. Kelas aku yang berbaju 'biru' sahaja. Yang Purple tu kelas Prinsip Akaun. Saja ajak join sebab nak cukupkan bas seramai 40 orang termasuk cikgu lah.

Adatlah dah nama pun 'lawatan' bila ada tempat tempat yang menarik semestinya dan telah pun menjadi kewajipan untuk menjadi tempat persinggahan. Tempat yang di lawati 'Callie's Castle'. Kat sini mereka kurang memberi kerja sama. he he he ..

Lepas tu.. Tibalah kami di Tempat yang di tuju selama ini..

 *Kamek teruja melihat suasana Universiti. Best !*

 * Ini kakak abang yang beri penerangan sebelum kami mulakan lawatan*

Sesampai saja bas kami di Sini. Bak maii !! Banyak nya bas. Dari jauh pula yang datang tu. Ada dari Johor, Selangor, Pasir mas , Pulau Pinang , Kedah and sudah pastilah dari Perak pun ada. Mejoriti daripada 'Mrsm'. Ceyhh ! Masa masuk perkarangan Utp. Aku terperasan something.

    Dalam bnayak banyak bas. Kebanyakan bas 'gah' dengan nama sekolah diorang. Mrsm situ. Sbp sana. Sekolah Integrasi. Then, sesampai ja sekolah aku . HAHA 'Seri Kenanga' . XD Kelako pun ada.

Bukan tu ja. Moh lah kita menjamah Libary  UTP....






 *saja suka suki naik kat tingkat PALING atas. Aku tak gayut(gayat) pum !haha*







*Kat Komputer tulah tempat peminjaman buku*

Teruja bila masuk libary. Kalau kat Utp orang tak sebut Libary tapi ada nama khas untuk libary ni. ha! Dekat sini kalau nak pinjam buku senang. Tak yah susah susah nak pergi cari petugas nak catit nak minta pengesahan Leceh ja semua tu. 
    Kat Utp its use komputer. Its call Machine to human. Kita boleh detect buku tu di pinjam atau pun tidak dan kita juga dapat tahu bila tarikh pemulangan buku tu. See?? tak terasa ka keinginan nak sambung belajar macam ni?.




*Rak buku didepan. Meja belajar di belakang rak buku, tak adalah malu sangat nak belajar :D*

Ayuhh kita lihat hidangan gambar daripada tingkat paling atas..










Then, after puas round Libary. We all ada ceramah motivasi. Yang di kendalikan oleh abang UTp a.k.a ' Abe Nik ' . Sporthing boh mereka ni. :) Seriusly !! Aku tak mengantuk dengar ceramah 'Abe Nik ' sebab? Dia suka bermain dengan minda. Dia suka buat kita berfikir. Bila kita berfikir,otak pun berjalan. Bila otak berjalan ia dapat mengelakkan kita dari tidur, tertidur meniduri ketiduri dan sebagainya.

   
 *In Hall, ada berapa buah sekolah entah dalam ni*


*maaf gambaq goyang. Light tak cukup, so mengganggu focus*

Yang kat atas pentas tu Cupen a.k.a Irfan namanya. Msa ni aktiviti baling kertas tanpa arah tuju. Abe Nik suruh mereka buat satu line then baling kertas yang ada pada tangan dan baling ikut suka hati. Baling ja kemana pun.

   Dahla baling secara bebas. Yang si cupen ambil peluang. Kat atas pentas tu ad pintu yang terbuka siap sign 'Keluar'. Masa sesi baling kertas suka hati. Si cupeng baling kertas tu sampai masuk ruangan sing tu. Nama pun baling kertas suka hati. So, suka hati dia lah. HAHA satu dewan gelakkan dia.

After that, abe Nik suruh buat satu line balik then baling kertas tu kat atas meja yang ada kat atas pentas tu.  Si cupen baling. Tapi terlebih jaraknya. So, dia lari pergi kat kertas yang jatuh tu. Terus letak atas meja. Terus dia bersorak riang . Gaya dia bersorak tu yang buat kami ligat  ketawa. HAHA


Dah puas dengar ceramah. Dah puas makan. Seterusnya kami berjalan sekitar UTP.....






 And the end...masa untuk pulang... good bye Utp. Sesungguhnya saya suka kesana. Terasa nak pergi lagi.


. Kalau pergi UNIVERSITI. Mestilah kena dengan seluar slack. Takkan nak pakai Trekshut?. Kata nak jaga image sekolah. -_- . So, kami pakai baju kelas. Seluar slack. Tudung hitam. Then, sebelum kami gerak ke Utp , adalah kawan aku kena ambush dengan cikgu . Cikgu tu boleh kata '' Ohh ! saya tahu. Kamu nak ngorat abang U ye?''. -_-. Pil kude punya cikgu ciss !!

 Manada kiteorang nak ngorat -_-. Diorang tak layan budak sekolah lah. Betapa sempitnya pemikiran cikgu tu ---... macamlah tak pernah pergi lawatan. loserr..