Saturday, December 29, 2012

Kenangan 4SANTALIA 2012 (1)

  Waa.. jenuh juga mencari idea nak buat n3. And tadi inline facebook sat. Open Class Group. And terjumpa album GIATMARA. HAHA. Dalam Album tu pulak ada gambar ustak yang aku suka masa giat dulu XD. Iyelah, dah LINE CELCOM kat rumah aku buat hal "emergency call only'' tak dapat aku text dengan sayang sayang aku !! makkkk !! rasa nak buat rusuhan ja. Dah tak ada line CELCOM, maka aku cari idea nak tulis n3. :D

      2012 adalah tahun yang selalu dikatakan oleh pelajar tingkatan 4 tahu HONEYMOON. Tapi cikgu tusyen aku mr. Koh kata tingkatan 4 bukanlah untuk berhoneymoon. Walaupun tak ada exam penting. Iyelah, tingkatan 4 kene pulun jugaklah . Bekal untuk tingkatan 5 nanti. Tak adalah kelam kabut sangat masa naik form 5. And This year 2012, kelas aku banyak buat kenangan. Banyak sangat aktiviti.. Antaranya GIATMARA


      Ni gambar aku sama kawan sekelas yang lain. Terdiri daripada tingkatan 3 4 5. Mejoriti dari sekolah smk Ulu Kinta. Ada yang dari sekolah Kuale Kangsa (Idris Shah), sekolah smk Tasik Damai. Mejoriti orang giatmara tu adalah daripada kaum ADAM. HAHA kami berlapan ja GURL !! . Sentiasa diperhatikan. Memang tak best.

 *Perangai budak budak kelas aku pelik sikit. Tu pasal cenggini XD. Mesre kan?? HAHA

 * Yang tidak berkaca mata itulah ustak(Ukasyah Zulfakar) haha

 *Budak budak kelas aku sporthing belake XD

 * Berbaju hijau tu batch 95 ( Kusyairi) . Berbaju hitam batch 96 . Ustak tu sebaya dengan aku. XD
firstime tengok dia hensem.. lepas tu .. dot dot dot 
 *Entah kenapa aku rasa, aku paling kecik kat situu..?? Gambar ni menipu wakaka XD

 *Inilah bestfriend aku. 9 tahun dah kami berkawan !! . But,
ada lagi dua org bestfriend aku :D
 *TERserlah keCOMELan aku kat situ..wahaha !!

 *Kumpulan 6

 *MOTOR sumbangan yang dijadikan bahan experiment Kumpulan 3 HAHA.
Moto group aku !!

 *Salah satu latihan yang kami semua kena buat. Pasang dan buka tiub dalam masa 5 minit. Bole?
 *Group 4.

*3 Dara dan motor c70 XD *ada nama abang comel kat situ HAHA !! gatai XD

       Selama seminggu kami berada di Giatmara. Dan selama seminggu juga lah kami belajar bermacam -macam jenis praktical. Tujuan aktiviti ni dilaksanakan adalah untuk membantu orang melayu yang sekarang ni tak tahu tukar tiub, pasang tayar, tukar tayar. Kiranya macam kurang pengetahuan. Cara ini juga membantu kita save duit. Iyelah, kalau tiub bocoq, pi jela beli tiub. Then kau tukar sendiri tiub tu. tak adalah banyak sangat belanje yang kene keluar semate-mate nak tukar tiub. Nak bayar duit tiub, nak bayar duit upah lagi. BanyaKan??. Kami juga dicabar buka tayar buka tiub dan psang balik kesemuanya dalam masa 15 minit. Kalau dapat siap dalam masa 15 minit dan kebawah. Dapat ganjaran. But, tak ada sorang pun yang dapat ganjaran tu.. HAHA

       Selama seminggu juga kami bersama - sama abang bengkel dan kami(Group 3) rapat dengan abang ATAN . Heee.. Dia leader bengkel. Tapi sayang. Tak ada gambar bersama beliau. Abang atan dapat sambung belajar di Politeknik Arau. Bro yang boleh dibuat bergurau. Aku selalu kene perli ngan abang atan hanya kerana sepotong ayat  ''Lain orang lain caranya'' hehe . Ada juga Abang comel(syahmit). Bro Syahmit ni pernah LOCK moto mean aku parking moto bawah zinc. Kiri kanan motor aku tu motor abang bengkel. So, si Syahmit ni park moto dia belakang motor aku !!. Acane aku nak keluar???. Nak tak nak kena tunggu dia laa.. Dan sejak tulah aku gelar dia abang comel . Mengade ngade je perangai dia. HAHA. -,- Tak lupa juga bro Yap(asyraf) .

       Selama seminggu ni jugalah kami merasa makan makanan yang sedap sedap. Dahlah belajar FREE. Ada sponser makanan pulak tu !! Memang untungg !! ..Alhamdulillah sepanjang aktiviti, tak ada apa-apa yang berlaku. Kami adalah ahli KTB(KEMAHIRAN TEKNOLOGI BUMIPUTRA) Ipoh Perak. Kami adalah BATCH yang PERTAMA melancarkan KTB ni !! hoho.. *buat muka bangga XD . 

   Lepas tamat Pengajian kami. Pukul 2.46 kami berkumpul semula. Tapi bukan bertujuan nak ke giatmara. Tetapi mahu enjoy. We all go to bekas kawasan empangan. Dah jadi macam sungai





       Cantik pemandangannya.  Sejuk je kat situ. Kiteorang datang lepak lepak ja. Moto aku redah masuk utan. Wow.. !! Gentle tak LAGEND aku?? XD




  

 Before we go back. Aku pinjam pasir sungai sat. And saja lakar-lakar. HAHA. Aku sendiri pun tak sedar aku buat nama tu !! XD awak !! awak !! HAHA
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

      Seee???.. homaigodd !! Otak yang menggerakkan tangan ku. :D .. *terpanjang pulak post kali ni. HAHA. Opss.. Sorry !! Terima kasih for read.. :D

Wednesday, December 26, 2012

HARAPAN - cemashh !!




This song yang aku cari tanpa clu !!. Aku tak tau tajuk lagunya apa. Tak tau liriknya lagu mana ??. Yang aku ingat MUZIK je. HAHA. Gilerr ! Januh klik satu persatu lagu kat Utiub ! Then , malas lah jadinya. Sebab tak jumpa lagunya. TERjumpa pulak movie CINTA VLOG . Memang di siarkan kat Utiub.

Dah jumpa cerita tu. Layan jela. Sampai ada satu since tu , the girl dalam cerita tu cakap '' harapan menjadi nyata''. Uhh !! AKu tersentak dengan word HARAPAN. HAHA itu salah satu lirik lagu dia.. !! End !! akhir nya.. JUMPA. HAHA

Monday, December 24, 2012

Ohhh !! malunya akuu !!

    Okey, Selama 3 hari 2 malam aku berada di Kampong ayahku Sungkai,Perak. Yang tak pernh dengar nama tempat ni, sila minta bantuan mr. Googlemap. manalah tau kot kot hampa nak pergi mandi HOTspring ka, nak tengok Binatang ka..??. Ada burung, ada rusa, ada kancil, ada seladang,'' babi'' mudah ditemui tetapi agak sukar di jinakkan. HAHA . =,=''.
*focus kat phone je. Saje nak tayang cybershort. AHAHa.
tak mainlah tourch tourch ni. !!

     Bytheway. Macam biasa aku bertext sampai lewat malam. Text siapa??. My sayang sayanglah.. But, takla lewat sangat macam arini.1.30 baru ak tidur. AWAL la tu?? kan??. Aku jenis yang jarang bermimpi. kalau mimpi, mesti apa yang aku mimpikan tu akan menjadi. Ini satu kebetulan. mybe??. Katakan KEBETULAN.  So, aku termimpi yang aku , Sazleen , Syerra tengah buat apa entah dengan komputer. Dan entah apa yang kelakarnya, buat kami bertiga tergelak gila gila gila.. sampai sakit perut menahan gelak. Aku gelak sampai aku tersedar dari tidur . Dah sedar pun masih gelak lagi. Tetiba aku dengar Ayah aku panggil. Ayah aku tanya '' kamu kenapa?''. Aku diam je. ''mamai '' lagi time tu. Dah terdiam, terus aku tutup muka. MALU weyhh !!.

      Pastu buat buat la TERsedar. Konon-konon tak tau apa-apa yang berlaku. HAHA *pandai aku berlakon. Bangun then siap-siap pegi orang kahwin. Dah sampai rumah. Dah elok rehat semua. Mak aku tanya '' apa yang kamu ngigaukan sampai tergelak-gelak pagi tadi??''. Aku yang dengar soalan tutt pun tergelak sekali. HAHA. Nak tak nak kene cerita juga la. Mak aku sambung lagi '' mule-mule gelak lepas tu berhenti. Gelak lagi lepastu berhenti. Gelak lagi sampai ayah kamu tegur. Apa yang dimimpikan??''. HAHA. Gila kau. Diperhatikan kot. Ini firstime aku ngigau sampai keluar suara. Selalunya senyum senyum ja. HAHA.

     Yang kelakarnya , lepas aku terjaga sebab dengar ayah aku panggil aku tutt. Muka ayah aku sengih sengih ja. HAHA. maunya tak malu. XD. Nasib baik tak ada orang lain kat anjung rumah. HAHA. >.<. Mak !! cek malu. Dah besaq pun ngigau lagu tu. Aku harap. Dengan kengigauan ini, saham aku tak jatuh. HAHA !!.

    Wahh !! saham aku tinggi sekarang nih !! agak sukar untuk mufliss !!. muahaha. And masa ontheway nak balik kampung mak aku "Kampar''. Mak aku smebang bout dia muda dulu. Actually, masa muda mak aku kulitnya sawo matang. Tapi lepas berkahwin, automatic kulitnya berubah cerah. Wahh !! Kaka ak dah cerah. Aku bila lagi??. Terus aku cakap kat mak aku '' kalau gitu, orang nak kawin cepatlah, dapat kulit cerah. HAHA''. Aura suami agaknya jadi lagu tu. muahaha .  And penghabisan. Aku bukan orang UTARA. Tapi aku suka cakap UTARA. :) terima kasihh !! .

Monday, December 17, 2012

Tak takut ke bf marah??

  Actually aku cukup menyampah dengan ayat soalan ni !!. See?? awal awal lagi dah menyampah??. Hah ? kisah pulak aku??. Entahlah. Soalan ni boleh menyebabkan darah aku menggelegak 180 darjah celcius walaupon sbenanye taklah sepanas tu, Tapi itula yang di ibaratkan >.<.

      Mohon buka minda anda seluas luasnya !!. Tak adalah. Ramai orang yang chat aku tak abih abih bagi aku soalan yang sama '' kita chat ni tak takut orang marahkah??''. DIA takkan marah kalau kita habaq kat dia yang kita chat dengan orang lain LOL. Selepas itu, soalan yang boleh buat aku panas '' Tak takut bf marah ke kite chat ni??'' or '' Tak minta kebenaran bf ke? kite nak chat ni??''.. ohh empangan gilaa !! .. Baran gua.. Baran..

    Kenapa nak kena minta kebenaran bf??, bukankah dia hanya pasangan kita. Tak cukupkah dengan kesetiaan kita dan kebatasan kita bergaul dengan orang lain??. Ya !! maybe akan ada yang kata '' Kalau bermesre dengan orang lain takut jatuh hati dengan orang tu pulak''. Ahh !! Pulakk??. Kalau tak pandai jaga hati, baik takpayah couple. Kene minta kebenaran?? Keluar umah pun kene minta kebenaran?? wahh !! dah macam suami isteri pulak !!. Bila tak habaq nak keluaq, mulalah marah, merajuk, syak macam-macam. Homaigadd !! Leceh gila !!. Macam buat dosa je keluar tanpa kebenaran. Macam buat dosa ja bersembang dengan orang lain.

   Tu pasallah aku malas couple. Maybe pemikiran aku lain dengan cara pemikiran you all you all sekalian. Aku memang tak boleh di control !! KECUALI orang tu memang ada hak dengan aku, tegur semua kesalahan aku dengan BAIK dan LEMBUT, SABAR dengan sikap aku yang suka memberontak ni. Sometime aku suke mengelat. :)) .Just my opinion. Apa yang aku perhatikan, Kebanyakan couple mesti ada yang berpegangan tangan, jalan peluk-peluk bahu, pinggang. Teringin pula aku nak tengok couple peluk-peluk kepale. Lagi romantik kot !!.

    Kalau SUAMI ISTERI buat macam tu, aku tak kisah. Malah aku mendoakan lagi kebahagiaan mereka. Ada beza couple dengan orang dan kawin ni !!. Yang Penting, aku tak suka soalan yang aku habaq tadi.  Siapa tanya aku soalan macam tu. Memang aku tak layan dah la !! :p BF tak sama dengan SUAMI. harap maklum !!.

     Korang faham tak apa yang aku nak sampaikan ni?? wahha.. aku pun tak tau nak terang lagu mana bagi korang paham .. :3 T_T ....mekasih membacee

     

Sunday, December 2, 2012

Tak tau nak habaq lagu mana??

     Wahh !! ayat aku menampakkan aku macam orang Utara. Malang sekali, aku bukan orang utara. Tapi meybe atas faktor member aku and sedara-mara aku yang selalu cakap loghat utara. Seronok cakap loghat negeri ni.  Loghat ganu ngan klate , dua-dua best. Perak?? hehehe. Bolelaaaa..

     Actually, aku nak katakan bahawa aku sememangnya TAK SUKA berpegangan tangan dengan bukan muhrim. Dah nama pun bukan muhrim?? korang faham-faham sajalah. Aku tak tau nak habaq lagu mana??. Kalau habaq nanti? kot terasa hati sampai membawa mati. Kalau habaq nanti?? kot tak di maafkan sampai mati??. Kot di maki sampai mati??. Homaigadd !!! .. 

      Actually, posting-posting member aku and page-page di facebook banyak menyedarkan aku. Ewah ayat !! skema =,=''. Yang paling banyak adalah about couple. Ramai yang mempersoalkan kenapa kita couple?. Aku pun terfikir? kenapa aku couple?.  Tak ada answer yang sesuai.Lagi pun bila direnungkan balik? Couple? tapi tak mau buat dosa? bolehkah?. Kawan aku pernah cakap '' kalau DIA sayang hang ! DIA TAKKAN berani sentuh atau pegang-pegang hang''. See?? aku fikir juga. AKu pernah habaq kat dia jangan dok pegang-pegang aku. And he ....

      Actually, kalau couple tak boleh bermesre macam suami isteri HARAM hukumnya. Cubit sana cubit sini. Mana boleh tersentuh kulit. DOSA. hekhekhek.  Kadang-kadang sentap jugak bila baca posting bebudak fb about couple. Tweet budak-budak couple. Dan banyak yang tak baiknya couple nih !!. Because of that aku minta putus. Ehh?? entahlah, tak berani nak cakap hal sebenarnya. heheh.

     Lagi pun, kalau couple mesti tak boleh ''layan laki lain'', '' nak member ngan laki lain pon tak boleh''. Tapi aku kisah apa?? dia bukan suami aku??. Yang aku kena ikut and dengar cakap dia. Just yang aku rasa betul jela yang aku ikut. HAHA. Tapi bukan kategori curang ehh??. Aku sembang-sembang kosong ja ngan diorang. Just lepas putus ni, aku rasa aku lebih freedom la. Itu pun aku tak share ngan dia possword Acc. Kalau itu pun kena kongsi?? adoii !! ... =,=''. Aku kongsi password dengan suami aku ja. TUNANG o BAKAL suami. NO. HAHA.. sekolah tak abih lagi, nak habaq lagu ni?? HAHA . OK kelakar.

Thursday, November 22, 2012

I hate mesej berhias !!

     Iman yang tidak kuat dalam diri, akan mudah goyah dengan hanya satu mesej berhias. Mesej berhias?? apakah??. Mesej berantailahh !!. Aku paling tak suka orang send text berantai ni. Secara automatik aku akan emosi dengan baca text macam ni. What the hell??.. dah tak ada cara lain kah nak minta orang sebarkan text tu?? gilaka apa korang ni??. uhh !! bengana betul aku.

Assalamualaikum . Tolong jangan
delete. Mesej ini dari Ibnu Said (Juru
Kunci Mekah), beliau bermimpi
bertemu dgn Rasulullah s.a.w dalam
mimpi itu baginda berpesan kuatkan
akidah dalam ibadah kerana dunia sudah
goyah dan tua. Jangan tinggalkan
solat. Tolong sebarkan mesej ini kpd
20 Muslim. INSYAALLAH,dalam masa 10
hari, anda akan mendapat rezeki yang
besar dan bila TIDAK disebarkan, maka
anda akan MENEMUKAN kesulitan yang
TIADA hentinya.DEMI ALLAH ia akan
terbukti. Maaf, yg TIDAK BACA
mendapat ACCIDENT BESOK,,
aminn ...........dan tolong baca dgn
sangat teliti.seorang anak dari aceh
barat, di tubuh anak itu terdapat tulisan
nama Allah dan anak itu pun boleh
bercakap dgn haiwan-2 apapun. Ini
tanda kiamat, saya BERSUMPAH saya
akan menyebarkan ini ke 19 teman
saya dlm 1 jam.. apabila saya
melanggar, saya akn trkena musibah,
saya AKAN SELALU gagal dlm usaha saya,
dan cita2 saya.

      MINTA PERHATIAN. Ini bukan lawak yang boleh dibuat permainan untuk menakut-nakutkan orang. Kau sapa yang nak mendoakan keburukan orang?? Kau sapa nak mendoakan orang yang tak baca tu kemalangan?? Kau sapa nak mainkan nama ALLAH?? and kau sapa yang nak suruh orang bersumpah?? . Sememangnya apa hak kau nak paksa orang sebarkan text ni??.  Tak boleh ke buat ayat CANTIK sikit??

      Aku tak tahu apa niat makhluk Allah buat ayat macam ni??. Maybe sekadar permainan??. Ialah. Tak nampak lagi perkataan yang aku besarkan tu??. Bermain dengan nama Allah, mendoakan dan mengugut. Memang buat aku panas hati. Aku rasa macam nak hantuk-hantuk kan kepala orang yang send bende alah ni. Apa function buat macam ni?? kalau sebarkan bukan kerana ALLAH?? So Stupid. ohh aku bengang betul !!.

      Manalah tau kot kot orang yang terima text ni adalah orang yang berpenyakit??. Iiiii !! aku geram betul. Iiii.. nak ja aku balun makhluk tuhan yang sebarkan bende ni. Eii.. geram .. Geram betull.. AKu bagi kang. EEiii.. ya Allah.. sabarkanlah hati hamba mu ini .. rosak akidah. yang tak tahan nya. YANG TAK BACA akan KEMALANGAN. Kalau betul-btul kemalangan. MOHON cari manusia yang send text ni, balun dia dengan kayu pesball. Dia suspek utama. huh !!. Bodoh.
       

Monday, November 19, 2012

I'm Back.

       Fuhh !! tajuk. Tak mengancam langsung !!. What you mean '' I'm Back??''. Ohh yeahh !! I mean MASTURAH kembali. Kembali kepada kerenah dan sikap yang lama. Iyelah dulu masa nak masuk sekolah sesi 2012 , niat dihati ingin menjadi seorang yang manje. Disukai ramai. But and the end?? HAHA I'm brutal right now. Dari segi fizikal still feminin. See..?? betapa hipokret nya engkau mas.. syuhh !! aku sumpah kau jadi keldai. Ohmaigad. Apak I pun tak pernah main sumpah-sumpah.

      Actually, aku rasa perangai lama aku kembali. Perangai or sikap yang sangat-sangat malas. Malas dari segi text, chat, calling, hang out, and tidak ketinggalan juga couple. Ohh !! tersangat malas der !!. Malas nak cari line, malas nak balas text, malas nak sembang-sembang, malas nak taip banyak-banyak. ehh?? blog?? rajin pulak kau type banyak banyak?? * halamak !! kantus sudahh!!..

    Selain itu, aku  rajin dari segi kerja rumah??*InsyaAllah HAHA. Mengadap buku??*InsyaAllah. Tidur??*uhh MESTI RAJIN . Makan??*WAJIB RAJIN. Novel??*uhuk..uhukk . Ngadap komputer??* ini sunat. Aku paling menyampah orang tanya ''kenapa tak mau couple??'' soalan ini bole menyepoil kan mood aku yang tengah baik setiap masa. Harap anda semua memberi kerjasama yang baik. Jika anda memberi kerjasama yang baik , inysaAllah apa yang anda semua mahukan tidak akan saya berikan apa-apa sebagai cagaran.HAHA :p

    Ingat aku ni anak jutawan ke nak bagi upah bebanyak??. Kalau nak upah, bagi aku menang money drop dulu. HAHA .Tapi kalau Setakat lolipop tu bolehla. Maklumla, sejak cuti holiday bermula ni, aku terlalu ikut perangai haji bakhil. Kedekuit yang teramat sangat . Kalah bakhil dan keluarganya.

    Okey ada orang kata aku punya perangai macam budak-budak. Tergedik sana tergedik sini tergedik situ .. grrr.. Baru aku tahu yang budak-budak ni gedik rupanya. Ingatkan orang dah pandai berfikir ja. Cisss !! Budak??. homaigad. Aku rasa aku macam emak orang.  Maybe mereka rabun tahap dewa??  mungkin !! . Loserrr.. ahh malas.. nak lepas geram je nii..

Tuesday, November 13, 2012

The ending ??


  
 Maka dengan ini secara rasminya gua sudah single. Yeah !! *jangan tepuk tangan, And I don know what i feel right now?? serius aku tak tau. Dari semalam aku dok pikiaq seriuskah aku nak putuskan relation ni??. Beranikah aku?. Erm.. memang aku yang minta break. Aku tak habaq kat dia lagi tadi yang aku nak break. But dia yang kata dia lepaskan aku. : Terima kasih awak.


    Seriuslah. Masa dia habaq yang dia lepaskan aku sayuuuu hati aku. Aduhh?? dah kenapa aku sayu pulak?? kan boleh berkawan??. Aiseymann. Entah secara tetiba aku berasa sedih T_T. Tapi taklah sampai nangis. Bazir air mata ja nangis untuk manusia yang bukan muhrim :). Sayu dan sedih di hati sajalah. Aku tak tahula what he feel. Adakah rasanya sama ya??.


    Masa aku bukak wall musuh FAM'S. And saya TERKEZUT dan amat TERKEZUT. Muka saa dah macam alien tak cukup oksigen.  Awak jadi friend dia?? Itu memang saya tak boleh terima. Langsung tak boleh terima. Tapi aku dah tak ada hak nak larang dia kawan dengan sesiapa pun. Ah !! nak tak nak biar sajalah. Bersabar jalah dengan mrs. F. Ohh !!. Aku boikot gila dengan gurl ni. Entah kenapa??. Maybe sebab dia tak sedar diri lagi. Ehh?? menyimpang.
    And now, no couple, no calling, no jiwang, no temenung. No text tak ada ke?? No text?? itu tak boleh. Sebab hari-hari aku text dengan member sekolah. GURL tahuu.. !! Semua kawan :). Number celcom je. Maxis?? aku rasa aku simpan saja kut. Almaklumla line maxis dah tak dapat langsung kat umah aku ni. Aduii !!


   Ikan besar ikan kecik. haha. First date berdua. Selalunya bila aku on fb. Ada ja text dari dia. And now !! Not have. Arghh. sayangnyaaa.. awak jom couple balik... bhahaha . Baru break dah nak couple. apalam. Itu keputusan aku. And aku rasa mybe ini yang terakhir. After this aku malaslah nak couple-couple dah. Sungguh !! .
   Biarlah aku merindu-rindu. Tapi dalam masa yang sama. Aku takut dia jadi hak orang lain pulakk?? haa.. itu yang aku asyik terbantut je nak break. AKu sayang dia?? tapi aku minta break?? sayangkah aku?? Ah !! entah. See?? entah lagi?. Aduihh !!! what the fish. Cehh.. mulut aja kata biarlah dia nak couple dengan siapa pun. Hati?? apa yang dia kata?? ... :) Just can smile. bye

    CINTA CIDB XD... Firstime jumpa diaa.. He is really cute XD he's smile.. ohh . I like. apek muda gua. XD


Monday, November 12, 2012

Tak sampai Hatii.. sayang awakk !!





  
       Aduii... kenapalah kawan-kawan awak suka sangat membantutkan niat saya??.. kenapa??. Makin hari makin terasa bersalah tahu??. See..?? akhirnya baru saya tahu yang saya bukanlah seorang yang setia. Kepala selalu runsing nak buat keputusan yang terbaik. Nak berterus terang takut. Takut reaksi yang diberi nanti adalah negative. Better awak cari spair siap-siap la awak.. !! MAAFkan saya. Bukan niat saya. Sumpah !! Saya tak ada orang lain pun. Saya dah tak larat nak buat awak bahagia lagi . Saya dah tak larat dengar emak saya membebel pasal sikap saya yang tetiba berubah. Saya dah tak larat nak dengar ceramah daripada kengkawan. Saya dah tak larat nak terus jaga hati awak. saya minta maaf sangat sangat . Saya rasa saya selalu buat awak susah hati. Tak hargai apa yang awak buat. Apa yang awak lakukan. Yeahh !! sememangnya saya jenis orang yang tak pandai hargai !!. Saya sayang awak. Tapi perasaan masih berbelah bahagi. Saya jadi tak selesa. Dan saya rasaa.. saya akan..... (esok saya text awk) .. :) Maafkan saya.
       Lantaklah apa-apa pun kawan awak nak cakap. Saya tak kisah da. Muktamat. Diorang nak marah saya.
       Saya tanya pendapat kawan-kawan saya , and diorang said jangan . Diorang suruh pertahankan. Nampaknya diorang tak paham apa yang saya rasa. Ermm.. dan ini yang terbaik. Kadang-kadang rasa cemburu bila tengok hubungan orang lain bole bertahan lama. But saya?? HAHA. kelaka lahh !!. Daripada keadaan bertambah teruk. Better saya buat kefutusan . Dahlah. malas nak describe panjang lebar. Berat hati saya nak katakan. Ha.. esok petangla. Saya call. :')

Sunday, November 4, 2012

entah entah entah entah..

      Abang aku kata if kita buah orang tu sakit hati. Oneday kita kena balik !!. Yes. Aku pernah kena . Abuat sikit ja. Tapi balasan yang aku dapat lagi tebal daripada apa yang aku buat. See??. Adil kan?. huh !! Sebenarnya, ni ada juga kaitan nya dengan perasaan aku sekarang. Entahlah. aku pun tak tahu apa yang merunsingkan aku??.

      Aku usha taknak hiraukan perasaan yang gundah gulana macam dodoi ni !.Malas melayan perasaan yang macam ni. Tapi kalau tak layan, melarat pulak. Dah susah. Jenuh aku makan cili sebab nak panaskan balik hati ni. okey tak lawak. XD.  Dia selalu tanya aku

''Kenapa mas terima Khai?''

     Sebenarnya, aku pun tak tahu kenapa aku terima dia??. Serius !! Aku tak tahu kenapa aku accept dia??. Perluke bersebab bila kita terima seseorang tu??. Soalan ni yang merunsingkan aku sampai sekarang. Kenapa aku terima dia. Kemain ramai yang hensem-hensem kat facebook tu?? Kenapa dia yang terpilih?? adakah dia dari kalangan putera katak?? HAHA. Dia manusia lahh !!!.

     Kadang-kadang aku rimas jugak bila dia tanya aku kenapa aku terima dia?? Sampai sekarang aku tak jawab lagi kenapa??. Then, aku nak cari jawapan aku searchlah internet. Manalah tau kot ada jawapan.. :D . Aku terbaca ayat ni..

Jika kamu mencintai kerana dia pandai, itu bukan cinta tetapi kagum.

Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem, itu bukan cinta tetapi nafsu.

Jika kamu menyintai kerana takut dia sakit hati, itu bukan cinta tetapi kasihan.

Jika kamu menyintai kerana dia baik, itu bukan cinta tetapi rasa  terima kasih.

Tetapi jika menyintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya, itulah cinta yang sesungguhnya!

      Dia habaq kat aku yang dia terima aku sebab ''aku lupalah, ada dalam  fon celcom aku save''. muehehe. Whatever lah !!. haihh !!.  Tapi tak logik jugak sebab ada ke orang cinta tanpa sebab??. Cinta?? HAHA aku masih mentah nak cakap soal tu. Sekolah pun tak habis, yuran sekolah pun mak ayah bayar. Makan minum mak ayah sapport. Cinta??. HAHAHA. sekeh kang !!.

        Yang pasti, aku tak tahu kenapa aku accept dia. Maybe dia hensem??. :) hmm ..hensem??. Mungkin !!.  Aku ni bukannya boleh dipaksa. Line maxis pulak tak habis-habis cari pasal dengan aku. Rasa nak buat rusuhan ja.  Abang aku ada sarankan suruh dia tukar number celcom. And dia ada alasan. Apa benda alasan entah dia bagi.  Aku lupa. Aihh !! susah betul dapat psangan cepat lupa ni !!.

        Aihh !! entahlah. Aku pun tak tahu. Kut aku buat kata putus. Lain jadinya. Macam-macam. Kalau ea pun. sanggup kah aku lepaskan dia?? >.< ohh tidakk !!.. arghhh sayang diaaa. arghhhh aku buntu. Aku tak mau sakitkan hati orang. Aku takut bila aku sakitkan hati orang, nnati orang lain sakitkan aku balik. Tapi itulahh !! aku pun tak tahuu !! Entahlah. Mohon bahu Randy A/L Abu . ekeke.. entahlah !! 
    Eerrr.. bawang merah??. Aku nak hampa nangis lepas baca entry ni. ekeke. Kalau tak boleh mengalir, pi kupas bawang merah,... !! segeraa..


 

Thursday, November 1, 2012

Kerisauan tahap firaun

         Manusia. Kemanuasiaan apakah ni?? *manusia diseru kata babi kepada sekutunya. Ehh?? Eh??.. gila?. AKu rasa firaun pun tak risau macam aku. Ialah. Firaun banyak pembantu. Tapi pembantu kerana terpaksa!!. Tapi aku sememangnya tengah kerisauan dengan markah exam. Lagi-lagi subjek teras. Subjek killer macam sivik dengn pendidikan jasmani, sikit pun aku tak heran. Part markah subjek mr.Koh yang membimbangkan. Fizik, MathMode sama addmath.


      The park??. Tak pernah-pernah mark math aku down. Untuk akhir tahun ni, begitu bangga aku  nak habaq kat hampa. Math aku down. Dari Slim ke ipoh.. ewahh ! Dari 78 ke 62. BANYAK down weyy?? how?? how?? rasa nak .. nak.. nak..  makan daging korban pulak. Aduhh !!. Dahlah dalam keriasaun. Aku boleh bantai tidoq kemain lama lagi. Sampai nak topup pun Lupe.

      Rungsing punya pasal, balik sekolah. Rehat. Habiskan novel. DAlam pukul dua petang aku abis baca. Terus tidur. Sedar - sedar dah gelap. Aik?? kiamat ke?? minta simpang, aku tak cukup kumpul pahala lagi ni. Aku ingatkan subuh. Rupa-rupanya da maghrib !!. Bapak !!. Kemain lama aku tidur. Dah bermacam-macam edisi yang aku mimpi. Tak pernah-pernah aku tidoq selama ini.


      Tadi exam fizik paper 1. Ya Allah, dia bagi 50 soalan?? 40 soalan pun dah jenuh mengira. Ini pula 50??. Memang aku bantai tidor sajalah. Tapi lepas tamat exam, terasa menyesal pulak. Ciss !! dah macam kere subang jaya  ja aku masa cikgu kutip paper.

      Subjek Lukisan kejuruteraan pun aku rasa mark dia down la. aishh !! banyak bebeno subjek down. BI?? apetah lagi. Memang fail laa !!. Esok Orat BI. apalah yang aku nak merepek nanti??. Sebab cikgu tanya soalan, aku kena jawab soalan. Aduhh !! Tetiba aku  rasa nak berlakon la esok. Pure-pure sakit.  Kenapa mesti pera-pura sakit?? kenapa tak pura-pura gila??. Baru ada kelainan sikit.

   
     Nak merajuk dengan cikgu-cikgu yang buat soalan. HAHA. Gedik !!.
     

Sunday, October 21, 2012

Sekadar nak nasihatkan kau.

     By the way. No Pendahuluan. Kenapa? sebab pendahuluan dah kehabisan ayat. Mereka lari kekertas exam BM pada pagi semalam. Tiada report dilakukan walaupun sudah cukup 24 minit mereka hilang.
     Orite, straightttt..jaaa.

      Okey. dengan berdiri megahnya aku kat sini dengan tujuan ingin memesan dan mengingatkan para HOTsetap facebook  sahaja. Tiada niat untuk mengutuk sesiapa. Hanya sekadar ingin mengkritik apa yang tak betul sahaja. AKu bukan nak tunjuk pandai ke apa. Tapi aku ingin menerapkan dua nilai murni dalam diri sesetengah HOTsetap. Nilai murni?? nilai apa? NILAI SALING HORMAT MERNGHORMATI dan BERBUDI BAHASA.

     Sayangg.. tak kiralah hang hotsetap sekali pun. Hang tak ada hak langsung nak maki hamun orang lain. Agama kita pun tak ajar umatnya supaya kurang ajar. Tak ajar wey. Hang tak sekolah agama ke?? Time kelas agama hang pontengka??. Kelas sivik pun hang ponteng ka?? . Kalau setakat muka hensem/ cantik but perangai tu mengalahkan anjing laut. Baik takpayah lah wey. Okey. Kau kata kubur masing-masing. Memang masing-masing punya kubur. Memang masing-masing punya kain kapan. BUT. orang yang nak angkat kau masuk liang lahad tu nanti siapa?? Bunian??. Itulah. Bila ditegur salah.

     Bila cikgu tanya ''kamu semua nak berjaya??'', orang kata nak. Kau pun kata nak. Tapi langsung kau tak hormat guru. Langsung kau tak belajar. Langsung kau bangga dengan pangkat kau tu. Tak dapat apa wey. Asyik-asyik hang out. Duit makan minum minyak kau minta kat ibu bapa kau. BUT. Kenapa kau tak buat diorang bangga dengan kau?? Macam-macam diorang bagi kau kan??. AKu tak paham dengan kau. PELIK .

    Aku tak puas lagi nak nasihatkau ni.

#Ini semua nasihat yang aku bagi kat dia masa hari sabtu. Nanti aku sambung nasihat untuk dia .. muahha. BUKAn Nak bahan HOTsetap. Tapi nak bahan budak yang perasan yang dia HOTsetap. See?? AKu harap tak ada hotsetap yang terasa melainkan budak yang aku bahan sekarang ni. !!

Sunday, October 14, 2012

Masam Manis Polo

    Okeyy. Hujan tak hujan. Aku redah. Seronok main hujan. Seronok main hujan bila air hujan tu tak basahkan baju. Haa.. !! baru best. Akukan budak tekno??, bole la aku cipta satu baju yang takkan basah bila kena hujan. Bukan baju hujan, skirt hujan pun tak. Harap Maklum. Barangan ini akan dipopulerkan lagi 16 or 21 tahun akan datang. muehhe..

    Maaf tiada gambar. hehe. Aku malula nak tangkap gambar dengan dia. Aisehh !! gedikla kau mas. Bagi aku bawa moto 80km/j tu biasala. Tak laju. Dapat dikawal lagi. Actually , masa aku belajar bawa moto dulu. AKu boleh dapat anugerah pemandu motosikal paling perlahan. Takut wey nak bawa laju-laju. Masa aku fom3. Lepas aku balik tusyen malam, abang aku bawa pi Ipoh. Die nak jumpa kawan(Bank Islam) minta duit. Masa tulah aku belajar cara nak mencilok dan cara kawal moto bila bawa laju.

      Kami berdua berjalan pusing satu polo sebanyak 1 pusingan je. Tercapai jugak hajat aku nak pergi tasik kat polo. Seronok tahuu??. Wala.. tenang tengok air. Gumbira bersama sidia. Sidia?? siapa??  wahah.. nanti you all tau la.  Kami sembang-sembang biasye je. Masa duduk depan tasik. HAHA kena perli dohh !!.. seahh !!. Ikan besarlah. Ikan kecikla. Aishh !!. Dulu, masa single, aku perli orang buat macam tu. Last-last kena batang hidung sendiri. HAHA.. laka-laka la. Aku tak makan hati pun dengan bro tu. :D.. manis pulak kenangan tuu haha.

     Then, masa nak balik. tetiba hujan. Aku maleh nak mandi, so aku speed la gila-gila. Masa lampu isyarat kat depan stesen minyak betuka jadi hijau. Memang gila-gila aku speed. Dan lagi aku potong brother moto kriss. Then, lampu merah lagi kat depan kubur kristian. Bro kriss ambil tempat sebelah aku. Lampu hijau. Speed. tinggal bro kriss kat belakang. Lampu merah kat tambun. Bro kriss ambil tempat depan aku. Aku dah sengih-sengih dah.Sebelum sampai kat lampu isyarat tu aku try potong dia. then aku dapat potong dia. HAHA.

      Sengih bukan sebab apa. Sebab rasa laka-laka dengan diorang. Lampu hijau aku speeed. Potong dia lagi. Lampu merah dekat perpaduan. Bro kriss ambil tempat sebelah aku, then die ada tnya aku soalan. Aku bukak viser, aku tanya ap??. Aku tak denga dia cakap apa sebenanya??. Ending ayat dia BBP je. mybe dia tanye '' Duduk BBP ke??''. Mungkin??. Aku yang tetiba pekak time tu terus kata TAK. HAHA. sian dia. Lampu hijau. AKu speed. Tinggal dia kat belakang. Lampu merah dekat batu lapan. Bro kriss jalan terus. Bro kriss tegur aku, dia tekan hon tett tett bunyi hon. Aku lambai tangan. THE END.

#gamba esok I upload


    

Friday, October 12, 2012

ape topic topic??


     Frust nye aku memalam bute nii.. frust tahap dewa nak beranak dah nii !!. Kenapa??. Entah aku pun tak tau. Dalam kelas tusyen tadi pun aku banyak temenung. Muahhaa.. tak ada mood nak belajar. Cikgu tanya faham??.. AKu jawap faham. muehhe.. kesian cikgu kena tipuu.

Tak ado keja lain.


               Bosan??. Bila bosan apa hampa suka buat?? makan?? tido?? minum banyak-banyak?? hantuk kepala kat dinding? cium hidung kucing? berangan?. Muehehe, aku suka main dengan simsimi bila bosan. muahha. Seronok. Lagi-lagi bila dia puji. Muahha..






        You alls jangan makan jelly banyak-banyak. Nanti kena kencing manis. Kena darah tinggi tak apa. AKu ibarat kucing buat ballet bila simsimi puji. Kucing?? ballet?? menakjubkan. belum pernah aku lihat kucing seperti itu. Mesti HOTTT.. Tup-tup aku dapat pangkat .. APa entah nama rancangan tu. Lupa pelak. Ingat sipi-sipi  je WOLD ending ayat dia.

          Bila bosan dengan simsimi.. berubah pula kepada clever bot. Muahah.. dia dah baik. Dia puji aku pulakk..




         Dah tak ada kerja.. cenggini la. bila dah bosan dengan cleverbot. Beralih date dengan cik Youtube pulak.





   

Haaa.. awak.. Lagu ni untuk awak yang tersayang..mueheh.. :D mr.Q

Saturday, October 6, 2012

Mimpi Jadi Kenyataan

   Haloww.. dua tiga katak berlari, mimpi ku jadi kenyataan lagi.Sabtu. Sepatutnya aku meet dia dekat Perpustakaan Razak. Razak?? dah macam nama bapa sedara aku ja.  hew hew. Yeahh !! First date yang tak menjadi. HAHA kelakau bila difikirkan balik. Rasa kecewa pon ada.

     Masa aku on the way, aku dan beberapa orang lagi kena tahan dengan JPJ. Kenapa?? Dia nak cek lesen. Bila sampai turn aku, terus orang tu bukak buku. Bukan nak tanya aku ada lesen ke tidak. ?? Teruk betul. Masa polis tu tengah dok menulis. AKu keluarkan lesen L . HAHA. terkejut dia.

    Hengat badan kecik molek macam aku ni?? tak ada lesen?? Stiker L bukan main besar aku letak. Dia boleh tak nampak??. AKu bagi senyuman ja., then aku cakap ''cik nak saya hadiahkan kanta pembesar ke??''. Fuhh !! orang lain yang kena tahan tu, senyum-senyum ja tengok gelagat aku dengan abang JPJ tu. HAHA lol.. main serang ja.

    Lepas dah cek apa yang patut di cek. Aku lepas. Then aku bergeraklah ke destinasi sebenar. Okey. macam ni, Aku dah jumpa sekolah St. Micheal. Perpustakaan tu area-area situ jela. Masa aku nak masuk satu persimpangan tu, tetiba ada kereta hon. Terkejut mak, auomatik aku masuk lorong lain. Sudah??. jalan tu sehala ja. Tak bole pusing. Nak tak nak ikut jelah.


   Bukan main sesak lagi, bila aku dapat patah balik, aku tak tau aku ada kat mana??. HAHA. AKu tak syak aku sesat. But bila dah sampai pasir puteh aku berjalan. Memang sah aku sesat. Wow. Jauh wey??. Sian buah hati aku tertunggu-tunggu. Sorry wak. Ter. Sebelum sampai pasir puteh, ada satu jalan tu. Aku kenal sangat jalan tu. Jalan tu macam dalam mimpi.

   AKu bawa slow-slow sebab nak ingat jalan dalam mimpi tu. Fuh !! keajaiban berlaku, aku ingat mimpi tu and aku follow jalan dalam mimpi tu. DAN jalan tu bawa aku ke PERADE. Ha.. sampai sana tetiba hujan rintik-rintik air bergelora. AKu cari tempat berteduh. AKu tengok jam. pukul 2. better aku balik la. Benar. Kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan.

Friday, October 5, 2012

Wuut Wuut




Terimbau kenangan bila dengar lagu ni. Err...Apa yang aku lakukan ni benar??. AKu tak yakin dengan keputusan sendiri. Serabut !!.. Tidur ahh !! Ya !!.. bersabar. Ikut rentak dia. Maybe itu yang terbaik.. :')

Wednesday, October 3, 2012

Dugaan Godaan !!

    Acap kali aku tersentak dan tersedak apabila melihat hensem boy lalu depan mata. Sapa tak tergoda right??.. aku pon sama. Terpaku 1 saat. Aisehh.. !! before aku berhubungan sorang budak laki yang hensem pon tk pernah-pernah nak muncul depan aku. But, lepas aku berhubungan ni. Ramai pulak yang hensem -hensem.

     Dekat facebook??.. wow.. usah dikata. Ramai yang hensem. Baru-baru ni ada yang comel add. Hehe.. aku nak menggatal. Ehh??.. untuk pengetahuan you you dan you yang tengah membaca ni, Aku dah bertunang tauu !!. So, aku setia kat dia ja la. Mr. Q hehe.. Hensem orangnya. Sepet orangnya.

   Dulu aku pernah cakap kat member aku, yang aku BOIKOT. BOIKOT you know meaning for BOIKOT??. Tak suka. AKu memang tak suka dengan orang mata sepet ni. Gila-gila tak suka. Entah macam mana aku bole tangkap cintan dengan Mr.Q ni. hey hey hey.. aku tak faham.

   Bila aku cerita kat mak aku, yang aku terjumpa dan tersuka mamat hensem kat CIDB but mata sepet. Mak aku balas balik '' tula, kalau benci jangan benci sangat, kan dah suka''. Hambek dua bijik !!.. Tersengih 360 aku sengih-sengih. Aduii !!.. aku tak mau benci-benci dah la. Nanti lain jadinya. hehe.

  Mr.Q siapa??.. budak chepor tulahh !!.. >< Desperate entri.

Friday, September 28, 2012

Ohh the blood !! AKu tak sukaa

      Setiap manusia, mesti ada kelemahan dan kelebihan. Hanya kita sendiri yang tahu apa kelebihan dan kelemahan sendiri. Tapi, tanpa kita sedar, kelebihan yang disangkakan rupanya itu satu kelemahan.

     Tadi, dekat sekolah. My friend tersadung kaki kena tile dekat tepi longkang tu. syuii !! berdarah. Pada mulanya aku tengok darah tu, biasa ja. Aku siap bolintier pergi tolong lapkan darah yang tak berhenti keluar. Masa aku nak lap darah tu, aku rasa macam tak sedap badan. Tapi aku lap jugak.


     Mmember aku yang tersadung kaki ni, mengadu sakit kepala. Muka dia?? Ya Allah. Pucat gila. Naik risau aku dibuatnya. mujurlah aku dengan sazleen saja melambat-lambatkan masa nak balik. Dapat jugak aku tolong dia. Tapi pertolongan aku tu tak lama. Tiba-tiba aku berhenti dari tolong lapkan darah tu. Aku minta tolong kat member yang ada kat situ.

     Tiba-tiba pandangan aku jadi kabur, aku tak dengar orang cakap apa. Dah jadi macma tu, underspot aku meraba-raba kerusi. Nak duduk. Then , aku rasa mata ni nak pejam ja. AKu fikir ajal aku dah sampai. Punyalah aku gelabah !!. Dalam gelabah tu, aku berfikiran positif. Dan lagi aku cakap dalam hati '' ohh !! macma ni situasi orang nak pitam''. Then, lepas aku dapat duduk, cikgu suruh aku apu member aku yang sakit ni. Aku tak layan langsung cakap cikgu tu. Aku lebih melayankan kepala aku yang tetiba sakit lepas lap darah si kawan tadi.

    Sedar-sedar, Sazleen lap muka aku pakai air. Dengan tangan aku yang sejuk. Muka pucat. Diorang tak bagi aku pengsan. Takutt lain jadinya. Masa aku tersedar, ada penolong kanan hem kat sebelah aku. Dia tanya aku kenapa??. kamu pun sakit jugak??. Aku bela diri. Saya tak sakit cikgu, but pening kepala lepas tengok darah mengalir banyak-banyak. Saya sendiri tak tau yang saya alah tengok darah banyak. Hari ini baru saya tau.

     Member aku yang lain-lain, boleh bantai gelak bila aku jadi macam tu. Orang lain tersadung, aku yang terlebih perhatian. Kelakau pon ada. Selama 16 tahun aku hidup. Baru hari ni aku tau yang aku takut darah. Ohh  !! aku ingatkan aku paling berani tengok darah. Sudahnya aku yang tumbang dulu. HAHA. Cikgu pon gelak sekali. aduhh !! bikin maluuuu ~~~ ajaa.. Itulah kelemahan aku. adehh =,=

Wednesday, September 26, 2012

Sikap ku tak biasa di atur !!

     Emosi??.. semua orang ada emosi. Kalau ada yang tak ada emosi bermakna dia alien. HAHA. Hari-hari aku berhadapan dengan emosi.  Emosi semuanya emosi. Kenapa emosi ni?? nakal sangat. Normal la  dengan adanya emosi ni. Tapi apa yang aku perhatikan zaman sekarang ni, ada segelintir manusia yang suka lepaskan emosi dia pada orang lain. Bila marah kat orang lain, orang lain yang kena maki. Itulah sebagai contoh.

      Tapi itu semua sikap diorang. Setiap orang cara dia kawal emosi lain-lain. SO, aku ada cara  tersendiri untuk mengawal emosi ni. mueheh.. kawan-kawan aku sendiri pon tak dapat cam yang aku ni tengah beremosi ke tidak. AKu pandai cover but aku tak pandai menipu !.

    Bila aku marah, biasanya aku tak bercakap. Tapi still boleh senyum-senyum. Kalau tak pon, kalau aku marah tahap dewa tak bole kawal da. Aku akan hentak... bukan hentak kepala, hentak kaki la. Sama ada kiri atau kanan. Lepas aku hentak fuhh !! Hilang rasa marah tu. orang penang kata apa?? haa.. LEGAAAA ~~~.. kalau aku nak marah hari-hari memang takla. Mau kedut sejuta kulit aku ni nanti !!.

    Bila aku cemburu. Cemburu banyak jenis. Antaranya cemburu dengan kejayaan orang lain , cemburu dengan sikap orang lain dan cemburu dengan kebahagiaan orang lain. But dalam situasini pon aku still gelak-gelak. Ketiga-tiga jenis cemburu ni aku miliki. Firstly, cemburu dengan kejayaan orang lain example, if ada kawan aku yang markah subjek Bahasa Inggeris dia tinggi, aku akan jeles. Sebab aku pon nak macam tu jugak. Tapi tak ada usaha. Salah siapa??. Jangan kata apa-apa. Aku tau salah siapa. !!
   Cemburu dengan sikap kawan yang ramai kawan. Hari-hari aku cari tips kat internet ''cara-cara menjadi seorang yang peramah''. See..?? useha sendiri tau. AKu teringin nak ramai kawan. And now, aku memang ada ramai kawan. ALhamdulillah la. Cemburu dengan kebahagiaan orang lain. Aku jeles bila tengok orang yang aku suka bergelak ketawe dengan orang lain. Atau pasangan aku sendiri bergelak ketawa dengan orang lain. Aku rasa nak join sekali. But, bila aku join.. tetiba suasane jadi suram. Ahh !! nampak sangat tak diperlukan.
   Cemburu ni, aku tak tunjuk sangat. Aku pujuk hati aku. Pujuk gila-gila. Kalau dah tahap nyawa-nyawa ikan cemburu ni, aku terus.. TIDUR. Aku cemburu sampai teTIDUR. Lepas bangun tidur, aku cakap dalam hati '' ah !! lantak pi kat depalah nak buat apa pon. ''.

  Bila aku rasa rindu pada sesuatu. Rindu yang teramat sangat. Aku akan termenung. AKu bayangkan rupa makhluk tuhan paling seksi yang aku rindu-rindukan tu. Tanpa aku sedar. AKu pun tidur. Memang tidurlah ubat plaing mujarab !!. Kalau tak pun aku duduk luar rumah. Pandang laingit biru !! ohh lawanyaaa.. lepas rindu. dan aku selalu cakap dalam hati bila aku tengok langit '' awak, kita pijak dibumi yang sama. Allah, sampaikan rindu aku pada dia''. tingg !! pleasee.. jangan gelak. Senyum tak apa. DIbenarkan.

       Bila aku sedih, selalunya aku naik atas katil then baring. Temenung sebentar bersama kitkat. Actually, bukan senang nak buat aku mengalirkan air mata. Betapa bernilainya air mata aku ni. Penawar untuk menyedapkan air sirap tau. Selalunya, bila sedih, aku fikrkan balik. Pernah tak aku buat orang lain sedih !! Fikir punya fikir. AKu bantai TIDUR. HAHA.. TIDUR saja keje kau zie !!. Banyak keje kau bole buat. Tidur juga yang kau nak buat. so, bad. Selain tu, aku suka luahkan rasa sedih ni kat kertas. Bila dah panjang berjela aku tulis, akan aku bakar. Tak perlu nak bersedih sangat. Bila aku sedih, aku takkan tunjukkan kat kawan-kawan aku yang aku tengah bersedih. Aku sentiasa menggembirakan hati aku dan hati kawan-kawan aku.


   Ada seseorang yang tahu perangai aku macam ni. Khairudin namanya. Budak sekolah Seri Perak. AKu tak kenal dia. But dia kenal aku. Dia dapat number aku melalui member gurl dia yang minta number aku aritu. Bila aku cakap yang keja aku asyik tidur ja dia balas macam ni '' awak ni, baik ubah perangai tu. Tak elok asyik tidur ja''. Heheh sorry bro, ini cara aku nak kawal emosi daripada tunjuk emosi kat semua orang. Kiranya aku kategori PENDAM PERASAAN. Khairudin just my new friends. My heart just for Mr. Khai. cewah !! HAHA.

   Sememangnya aku dikelilingi dengan orang yang nama glamournya KHAI. Qhairul (Khai), Khairuddin ( Khai) . Khaizam (Khai). Khairul  my senior (Khai). Uhh !!.. nevermine aku tetap sayang Khai a.k.a Qhairul. hehe.. ;)

Gatall kau massss !!

 You all nak tau??, have seorang perempuan kat facebook tanya aku. Apa hubungan aku dengan Mr.Q aku ni.??. HAHA. aku katalah member sebab aku nak korek rahsia dari dia. Then, she said. She like him. Fuyoo.. !! jeles gila . Jeles teramat-amat. Dahlah satu sekolah. Hari-hari jumpa. aku??.. entah bila-bila. hehe.. orang kate. Cinta macma nilah , dapat uji kesetiaan pasangan tu. cewahh !!.. aku IA kan aja apa yang kawan-kawan cakap.