Sunday, July 29, 2012

Aku rindu. Sesuku Mati



         Waa.. dengar muzik dia, punyalah aku tak suka. Entah Jin apa yang merasuk aku petang tadi. Terdengar lagu ni dari mula sampai habis. Sedap pulak. Pulak??.. Lagu ni mengingatkan aku about something. tapi aku tak tau about apa??. Maybe kalau aku cerita ni orang akan merasakan cerita ni karut. Mimpi ja semua tu. Khayalan ja semua tu. Itu memang pastilah. but. Aku rindukan mimpi aku yang aku ingat sampai sekarang. Orang selalu cakap, kalau ada mimpi seorang lelaki datang dalam mimpi. Kamu tak kenal pun siapa lelaki tu, itulah jodoh kamu. Ha.. aku tak pecaye sangat . Tapi, aku rindukan mimpi tu. Waja lelaki tu. Sejuk ja aku pandang dia. Lelaki tu ada cakap kat aku something, yang aku ingat '' saya sayang mas. Mas hanya untuk saya''.


        Aku mimpi. Aku ada kat satu kawasan macam area Sawah Padi. Bila aku pandang kiri , ada air sungai.Jernih je air sungai tu. Dalam aku leka dengan air sungai yang jernih tu. Nama aku dipanggil dari belakang. ''mas mas mas''. Aku pandang belakang. Terpegun aku !!! Hensem nya dia. berjubah. Dia hulurkan tangan dia kat aku.Dia senyum kat aku. aku balas senyuman dia. Dia bawa aku jalan-jalan area sawah padi tu. Waduhh !!.. manisnya.

       Tiba-tiba aku ada kat area pantai pulak. Aduhh ! mimpi. Onthesport . Aku berdiri sambil lihat pemandangan. Aku tak tau kat mana. Tup-tup ada orang menjerit ''tolong, tolong, tolong ''. Tercari-cari aku dibuatnya. Aku nampak ada orang hampir lemas. Memang dialam realiti aku memang pandai berenang. Then, aku berenanglah selamatkan orang yang hampir lemas tu. Selok sampai kat darat. Ya Allah. Lelaki berjubah tu. kus semangat !!. Lelaki tu selamat, dan lelaki tu pandang aku. Aku pulak pandang dia. Tekejut punya pasal. Lepas tu ......

 ''masturah, masturah bangun bangun. pegi mandi siap-siap pegi sekolah'', cik emak kejut lah. Ohh my gucci. kalau mak aku tak kejut, mesti panjang cerita dia. tapi serius. Aku nak tahu siapa lelaki tu. Dan sebab lelaki tu jugaklah aku menyingle sampai sekarang. Aku dah tak berminat nak berkapeling pon. HAHA.. rase macam rekaan pun ada cite  ni. Tapi itu semua mimpiii...


  HAHA.. geli akuu..

Saturday, July 21, 2012

Ohh my cikguu

Assalammualikum. Selamat Berpuase =)

Berbaju Biru berseluar Biru. tahulah rumah biru.

     OK. Sorry gamba terkecik pula. Nak tengok dengan lebih jelas. Sila double klik pade gambar. 

Dari kiri mr. Khidzir my fizik cikgu. The best cikgu for this bulan dan for this tahun. Maaf Bahasa Inggeris terabur Ohhmyenglish !!. Dia buat pelajar macam member. Seronokkk !! Kuat bergurau orangnye. Sambil belajar sambil gelak. Sambil belajar sambil berendam dalam air. XD

     Sebelah dia kenalan aku kat UPSI now ,merangkap sebagai cikgu ,mr. Syahrir. Dia digelar IMAM MUDA kat sekolah aku. Sebab kecik je orang nye. Sebelum dia nak datang sini, bermacam-macam soalan ditanya. Risau agaknya. HAHA. Bila di ingatkan semula LAWAK pon ada. Die mengajar sesi petang dan pelajar petang panggil dia Ustaz. Termalu sidia. Bila pakai baju kemeja nampak sangat macam budak sekolah menengah.HENSEM orangnye. Ramai feminat. HAHA. Cikgu ni jugaklah yang ada cakap kat aku, ''

'' Allah tak tanya ketinggian pon masa di akhirat nanti, so biarlah pendek ke , kecik ke tapi penting berguna untuk agama. Kalau badan je besar tinggi tapi tak berguna untuk agama, tak guna jugak''.


     Sebelah cikgu Syahrir adalah cikgu kaunseling dan cikgu yang berbaju putih tu my cikgu Bahasa Melayu. Best dia ajar. Banyak aktiviti, buat pelajar kurang mengantuk. tetapi pelajar yang kuat tido dalam kelas ni pon dia tak dapat buat apa-apa. Sama macam cikgu BM aku yang sebelum ni.


Dalam gamba ni semua cikgu praktikal. XD. Adal lagi. Mejoriti banyak yang vote cikgu Ikhsan paling hensem. But Bagi aku.. Semua hensem. kenapa hensem?? mungkin aku yang menggatal kot?? HAHA.. bye

Wednesday, July 18, 2012

Karut lagi Mengarut lah kome nii !!

     Assalamualikum !!.  Tamat sudah hari sukan sekolah aku. SUKA sangat bila hari sukan sudah habis untuk tahun ni. Walaupun rumah merah turun ke nombor 3 , rumah Biru mantain diatas dan rumah hijau turun ketangga terakhir aku cukup GUMBIRA. Walaupun Kawad Pengawas mendapat tempat ketiga, Kadet Polis still number two dan Kadet Pertahanan Awam(KPA) masih memegang gelaran juara berturut-turut. Fuhh !! Jin apa yang diorang pakai??.

     Jin ke ape ke.. tak mainlah. Sudah Rezeki diorang  menang kan. Alhamdulillah. Walaupun aku EX KPA, aku tetap bangga. Dan ini bukanlah cerita yang ingin aku storykan.


     Perkara biasalah pabila seorang girl yang mengeluarkan ayat seperti ini ''ehh !! hensem nya budak tu !!'', normal lah. Tak ada masalah ehh !!. Tapi yang membuatkan perkara ni jadi masalah pabila ada orang yang menyalahtafsirkan maksud ayat tersebut. cewah , ayat aku. kalah Fadhilah Kamsah. HAHA. Itulah manusia.


      At my school, ada budak ni the hensem boy. Manis rupanya senyumannya ohh aku tergeli. HAHA. ada tahi lalat di dagunya. Rumah sukan sama-sama merah. Tapi dia lari lagi laju dari aku, ibarat rama-rama dan kure-kure. Tapi malang sekali, dia pelajar tingkatan dua maa !!.. JUNIOR. Aku?? BAKAL senior. Fom6 tak tersenarai k.  Ok dia memang hensem. Aku suka tengok muka dia. k gatal. Gamba?? tak perlu. Terang tang tang orang tau sape yang aku maksudkan. Kite kias kias sajalah.


      Entah darimana datang pulak cerita yang mengatakan aku SUKA sama dia. OK.Tapi suka dia lain sikit. Suka yang lebih dari suka.  haa.. lebih kurang macm tulah .Aku suka tengok muka dia saja ma.. yang pandai-pandai tambah aku suka dia afasal?? mana aku nak campak mr. S aku??. Tapi kan, if sekadar suka-suka aku tak heran tapi yang ni sampai pengetahuan hensem boy sama dia punya makwe dan sama dia punya kawan-kawan. Ohh !! Aku terasa tebal kulit kulit muka ini.

     NOTE for budak hensem : Adik, AKAK sekadar suka saja. Not more then that lah !! suka sangat dengar cakap orang , sedangkan maklumat yang akan disampaikan oleh orang tertentu bole bertukar maklumatnye .

     NOTE for pembuat cerita : Jangan hengat kau terlepas kali ini. Hanya sementara ja. kalau aku tahu siapa kau !! Dush !!.. kaki 5 aku bagi.

Monday, July 16, 2012

Hati ku Hati mu


     ''Tok! tok! tok ! hati !! ooohhhh... Hati... kau nak bukak pintu ke?? janganlah kau bukak pintu hati tu..biar tertutup. Kunci pintu hati kau yang dulu pon tak tercari-cari.. adoyy !!'' ejek si hati pada diri aku. ''Baik kau diam hati, kau ikut je cakap aku jangan nak melawan'' marah ku.



     Okey stop merapu tak  pasal-pasal makan sup kaki cap Non. HOHOHO.. okey abaikan. Err.. ha okey mase aku fom3 aku tusyen sama cikgu Koh dalam kelas A. Naik fom4 aku tukar masuk kelas B. Aku tukar kelas bukan ape saje tukar udara.. dush ! amek kau zie, alasan je tu tukar udare konon puiihh !! HAHA.

     Nak dekat setahun jugalah aku duduk kelas B, BEST because dalam kelas B kemain ramai kawan-kawan aku. Taklah ramai sangat tapi lebih dari satu kire ramai la tu.. hehe. Rase rugi plak tak masuk kelas B mase fom3, entah-entah lagi ramai. huhu. Niat aku nak pegi tusyen nak belajar belajar dan belajar. Tapi aku menyimpang SIKIT = =''.. Yes dalam diam aku ade pasang niat yang kedue ' aku nak cari buah hati baru' HOHOHO. gatai kuase due..

     Tapi aku rasa, niat kedua ini akan ku simpan dalam peti besi kemudian campakkan kedalam laut sedalam 120 meter agar suatu hari nanti akan ku buka semula peti besi itu cewah !!. AKu masih young dan anda suda old.. Ambil masa for enjoy in your life la. Buat apa nak berpasangan??. Tak tahan lama. pecayalahhh !!. Tapi kalau sekadar suka-suka tu adalah !! XD muhaha.. nanti gua cerita sama lu orang.

Wednesday, July 4, 2012

Ujian keikhlas bersahabat



* We are Bestfriend >.<






Ujian psikologi ini adalah bertujuan mengetahui sejauh mana ketulusan sahabat-sahabat kita....soalannya mudah:


#Anda diminta menanam pokok kelapa. Ada 4 tempat pilihan anda kena pilih...
1- tepi sungai 
2- halaman rumah 
3-tepi/tengah padang 
4-belakang rumah/tepi dapur 

Jawap dengan jujur ya





dah pilih????
ok setiap tempat yang dipilih membawa maksud tertentu
1- tepi sungai
-boros
-sukar berjimat
-boleh juga dikatakan sangat pemurah/pemboros

2- halaman rumah
-sangat suka dipuji
-pantang dibodek/dipuji akan melayan orang yang dipuji dengan beitu baik sekali

3-tepi/tengah padang
-sangat berkira/kedekut

4-belakang rumah/tepi dapur
-penjimat
-pandai menguruskan kewangan dengan baik
-paling bersederhana dalam semua segi

Tuesday, July 3, 2012

Rasa mendungg nun dipelusuk hati

    Wow ! Aku rasa ini tajuk yang paling jiwang yang pernah aku taip. muaha. Hiperbola?? simile? or sinkop? Lu fikirlah sendiri. Aku dah lupa bab-bab ni. Maklumla, aku ni terlalu muda untuk mengingatinya.  Actually, aku tak tau apa perasaan aku sekarang ni. Macam-macam perasaan timbul sampaikan pak guard sekolah aku pon bole terperasan yang aku suka dia??. OMG.

    Siang malam pagi petang dan tengah hari, aku memikirkan. Kenapa aku tetiba jadi macam ni?? kenapa perasaan aku bole jadi macam ni??. Adakah hatiku mulai menyukai pak guard sekolah?? Ohh tidakk.. HAHA. karut lagi mengarut kau memang suka mencarut. Kadang-kadang aku rasa menyesal bercinta pada usia yang muda. Ohh ruginya. Kadang-kadang aku fikir??, maybe cara ini boleh mematangkan aku dalam soal perhubungan. Ohh pehlis jangan sebut CINTA kat aku =='. Rase nak muntah tahu?? geli geleman I you know?? -,-.


     Deyy !! kau ingat comel la buat muka macam tu??,, HAHA. Gilo. Kadang-kadang aku jeles tengok orang berpasangan. Bila tengok orang berpasangan laki pompuan ni, aku rasa macam kejap tu jugak aku nak berpasangan. AHHA But I'm not Derperate people. Tapi bila difikirkan balik??, Ohh ianya salah satu bermulanya dosa. Hari-hari aku buat dosa. Nak ditambahkan lagi dalam isu ni?? ohh tidakkk sekalii..

    Tapi itulah. teringin nak orang sayang-sayang kita. Ada ke manusia yang taknak disayangi kat sini??. If ada aku sarankan SILA MENDAFTARKAN DIRI ANDA DI universiti bahagia, baru bukak U ni. Aku penerajunya. AHHA. Tipulah kalau takdak manusia yang takmau. Walau dia takmau berkasih sayang sekalipon, oneday mesti teringin jugak.


  You Olss.. I COMEL kan?? muahha.. rasa nak cobet-cobet je budak ni. okey..arghhh.. ohh cikguu.. gua suka samalu la. SUKA ja.

Sunday, July 1, 2012

ohh jangan kau kata begitu !!

   2012. Banyak perubahan yang berlaku dipersekitaran aku yang utama dari segi fizikal. Tinggi aku naik, 1 inci. Give me a clap. *maseh. 151 cm. Tersangatlah aku  gumbira. Gumbira aku ibarat orang dapat straight A dalam SPM. Amenn doakan aku. Candidate 2013. muahha. Terasa bangga sedikit. *Alhamdulillah. Akan ku potong ketinggian ibuku. HAHA XD If nampak gamba aku dengan orang yang tinggi-tinggi, Gamba tu aku saja memendekkan diri. HAHA

    Ohh yaa. zaman sekarang ni, pada pandangan aku kebanyakan manusia, ada yang tinggi dan ada yang rendah. Aku diketegorikan rendah, dan kawan-kawan aku ramai yang tinggi-tinggi. Aku pun nak tinggi jugak. Kadang-kadang ada sesetengah manusia yang tinggi ni, SUKA sangat memerli orang yang lebih rendah daripada dia. Sedarkah?? kamu dah mengutuk ciptaan Tuhan??. Minta ampun.

*macam ni?? HAHA

  Kawan.. sometimes ada manusia yang cepat kecil hati. Bukan hati dia kecil. Perasaan dia. Macam cepat merajukla. lebih kurangla. Aku pun kadang-kadang tak suka orang bukak isu ketinggian. If bukak isu ni pun. AKu join sekejap. Lepas tu aku get out. Bukan apa, sebab ada manusia yang suka sangat berbangga dengan ketinggian. macma member kat skolah aku.

''Dik, adik salah sekolah ni, sekolah rendah kat sebelah''
''Adik ni salah kelas ni''
''kamu UPSR kan tahun ni?''
''lain kali makanlah calcium''
''makan sayur banyak-banyak''
''Eh?? dik, kelas Lily kat sana !!''
''keringnye kamu??''

    Ohh sesungguhnya, aku tak suka dengan ayat-ayat macam tu.Agak langsi sedikit. HAHA Walaupun ianya satu gurauan. Sory post kali ni serius sikit. Sila buat muka serius sekarang juga. Kadang-kadang kalau gaduh pun, isu ni boleh bangkit. ''kau tu pendek sedarla sikit''. Apa kena mengena pendek plak?? Gila. and now, betul cakap cikgu aku..

Allah tak tanye ketinggian pon mase di akhirat nanti
so bialah pendek ke
kecik ke
tapi penting berguna untuk agama
kalau badan je besar, tinggi plak tapi tak berguna pon untuk agama tak guna jugak


   Ha, bulat-bulat, tigasegi, empat segi ayat cikgu aku bagi. Copy and paste. Actually cikgu aku ni pun, kecik macam aku jugak..HAHA. Just die tinggi sikit dari aku. If aku 151 die maybe 161 or 162. up to him la. Jadi keje plak aku nak kire ketinggian dia..ahaks. Dia kate, padamulanya dia pun berasa kecik hati if orang kata dia pendek. Same ngan aku. Then , now tidak. Tak kisah da, because ada yang lebih kecik dari dia, iaitu aku dan ada yang lebih kecik dari aku iaitu budak fom1. Yang tu tahap sekulah rendah. Darjah satu asenye. Tapi umor da 13 tahun. pecaya?. ha.. ada berani kata aku pendek??


    Sapa kata aku pendek, aku bagi dia makan sandwich tempoyak. !! cakap cakap.. haha ohh jangan kau kata begitu !