Friday, September 28, 2012

Ohh the blood !! AKu tak sukaa

      Setiap manusia, mesti ada kelemahan dan kelebihan. Hanya kita sendiri yang tahu apa kelebihan dan kelemahan sendiri. Tapi, tanpa kita sedar, kelebihan yang disangkakan rupanya itu satu kelemahan.

     Tadi, dekat sekolah. My friend tersadung kaki kena tile dekat tepi longkang tu. syuii !! berdarah. Pada mulanya aku tengok darah tu, biasa ja. Aku siap bolintier pergi tolong lapkan darah yang tak berhenti keluar. Masa aku nak lap darah tu, aku rasa macam tak sedap badan. Tapi aku lap jugak.


     Mmember aku yang tersadung kaki ni, mengadu sakit kepala. Muka dia?? Ya Allah. Pucat gila. Naik risau aku dibuatnya. mujurlah aku dengan sazleen saja melambat-lambatkan masa nak balik. Dapat jugak aku tolong dia. Tapi pertolongan aku tu tak lama. Tiba-tiba aku berhenti dari tolong lapkan darah tu. Aku minta tolong kat member yang ada kat situ.

     Tiba-tiba pandangan aku jadi kabur, aku tak dengar orang cakap apa. Dah jadi macma tu, underspot aku meraba-raba kerusi. Nak duduk. Then , aku rasa mata ni nak pejam ja. AKu fikir ajal aku dah sampai. Punyalah aku gelabah !!. Dalam gelabah tu, aku berfikiran positif. Dan lagi aku cakap dalam hati '' ohh !! macma ni situasi orang nak pitam''. Then, lepas aku dapat duduk, cikgu suruh aku apu member aku yang sakit ni. Aku tak layan langsung cakap cikgu tu. Aku lebih melayankan kepala aku yang tetiba sakit lepas lap darah si kawan tadi.

    Sedar-sedar, Sazleen lap muka aku pakai air. Dengan tangan aku yang sejuk. Muka pucat. Diorang tak bagi aku pengsan. Takutt lain jadinya. Masa aku tersedar, ada penolong kanan hem kat sebelah aku. Dia tanya aku kenapa??. kamu pun sakit jugak??. Aku bela diri. Saya tak sakit cikgu, but pening kepala lepas tengok darah mengalir banyak-banyak. Saya sendiri tak tau yang saya alah tengok darah banyak. Hari ini baru saya tau.

     Member aku yang lain-lain, boleh bantai gelak bila aku jadi macam tu. Orang lain tersadung, aku yang terlebih perhatian. Kelakau pon ada. Selama 16 tahun aku hidup. Baru hari ni aku tau yang aku takut darah. Ohh  !! aku ingatkan aku paling berani tengok darah. Sudahnya aku yang tumbang dulu. HAHA. Cikgu pon gelak sekali. aduhh !! bikin maluuuu ~~~ ajaa.. Itulah kelemahan aku. adehh =,=

Wednesday, September 26, 2012

Sikap ku tak biasa di atur !!

     Emosi??.. semua orang ada emosi. Kalau ada yang tak ada emosi bermakna dia alien. HAHA. Hari-hari aku berhadapan dengan emosi.  Emosi semuanya emosi. Kenapa emosi ni?? nakal sangat. Normal la  dengan adanya emosi ni. Tapi apa yang aku perhatikan zaman sekarang ni, ada segelintir manusia yang suka lepaskan emosi dia pada orang lain. Bila marah kat orang lain, orang lain yang kena maki. Itulah sebagai contoh.

      Tapi itu semua sikap diorang. Setiap orang cara dia kawal emosi lain-lain. SO, aku ada cara  tersendiri untuk mengawal emosi ni. mueheh.. kawan-kawan aku sendiri pon tak dapat cam yang aku ni tengah beremosi ke tidak. AKu pandai cover but aku tak pandai menipu !.

    Bila aku marah, biasanya aku tak bercakap. Tapi still boleh senyum-senyum. Kalau tak pon, kalau aku marah tahap dewa tak bole kawal da. Aku akan hentak... bukan hentak kepala, hentak kaki la. Sama ada kiri atau kanan. Lepas aku hentak fuhh !! Hilang rasa marah tu. orang penang kata apa?? haa.. LEGAAAA ~~~.. kalau aku nak marah hari-hari memang takla. Mau kedut sejuta kulit aku ni nanti !!.

    Bila aku cemburu. Cemburu banyak jenis. Antaranya cemburu dengan kejayaan orang lain , cemburu dengan sikap orang lain dan cemburu dengan kebahagiaan orang lain. But dalam situasini pon aku still gelak-gelak. Ketiga-tiga jenis cemburu ni aku miliki. Firstly, cemburu dengan kejayaan orang lain example, if ada kawan aku yang markah subjek Bahasa Inggeris dia tinggi, aku akan jeles. Sebab aku pon nak macam tu jugak. Tapi tak ada usaha. Salah siapa??. Jangan kata apa-apa. Aku tau salah siapa. !!
   Cemburu dengan sikap kawan yang ramai kawan. Hari-hari aku cari tips kat internet ''cara-cara menjadi seorang yang peramah''. See..?? useha sendiri tau. AKu teringin nak ramai kawan. And now, aku memang ada ramai kawan. ALhamdulillah la. Cemburu dengan kebahagiaan orang lain. Aku jeles bila tengok orang yang aku suka bergelak ketawe dengan orang lain. Atau pasangan aku sendiri bergelak ketawa dengan orang lain. Aku rasa nak join sekali. But, bila aku join.. tetiba suasane jadi suram. Ahh !! nampak sangat tak diperlukan.
   Cemburu ni, aku tak tunjuk sangat. Aku pujuk hati aku. Pujuk gila-gila. Kalau dah tahap nyawa-nyawa ikan cemburu ni, aku terus.. TIDUR. Aku cemburu sampai teTIDUR. Lepas bangun tidur, aku cakap dalam hati '' ah !! lantak pi kat depalah nak buat apa pon. ''.

  Bila aku rasa rindu pada sesuatu. Rindu yang teramat sangat. Aku akan termenung. AKu bayangkan rupa makhluk tuhan paling seksi yang aku rindu-rindukan tu. Tanpa aku sedar. AKu pun tidur. Memang tidurlah ubat plaing mujarab !!. Kalau tak pun aku duduk luar rumah. Pandang laingit biru !! ohh lawanyaaa.. lepas rindu. dan aku selalu cakap dalam hati bila aku tengok langit '' awak, kita pijak dibumi yang sama. Allah, sampaikan rindu aku pada dia''. tingg !! pleasee.. jangan gelak. Senyum tak apa. DIbenarkan.

       Bila aku sedih, selalunya aku naik atas katil then baring. Temenung sebentar bersama kitkat. Actually, bukan senang nak buat aku mengalirkan air mata. Betapa bernilainya air mata aku ni. Penawar untuk menyedapkan air sirap tau. Selalunya, bila sedih, aku fikrkan balik. Pernah tak aku buat orang lain sedih !! Fikir punya fikir. AKu bantai TIDUR. HAHA.. TIDUR saja keje kau zie !!. Banyak keje kau bole buat. Tidur juga yang kau nak buat. so, bad. Selain tu, aku suka luahkan rasa sedih ni kat kertas. Bila dah panjang berjela aku tulis, akan aku bakar. Tak perlu nak bersedih sangat. Bila aku sedih, aku takkan tunjukkan kat kawan-kawan aku yang aku tengah bersedih. Aku sentiasa menggembirakan hati aku dan hati kawan-kawan aku.


   Ada seseorang yang tahu perangai aku macam ni. Khairudin namanya. Budak sekolah Seri Perak. AKu tak kenal dia. But dia kenal aku. Dia dapat number aku melalui member gurl dia yang minta number aku aritu. Bila aku cakap yang keja aku asyik tidur ja dia balas macam ni '' awak ni, baik ubah perangai tu. Tak elok asyik tidur ja''. Heheh sorry bro, ini cara aku nak kawal emosi daripada tunjuk emosi kat semua orang. Kiranya aku kategori PENDAM PERASAAN. Khairudin just my new friends. My heart just for Mr. Khai. cewah !! HAHA.

   Sememangnya aku dikelilingi dengan orang yang nama glamournya KHAI. Qhairul (Khai), Khairuddin ( Khai) . Khaizam (Khai). Khairul  my senior (Khai). Uhh !!.. nevermine aku tetap sayang Khai a.k.a Qhairul. hehe.. ;)

Gatall kau massss !!

 You all nak tau??, have seorang perempuan kat facebook tanya aku. Apa hubungan aku dengan Mr.Q aku ni.??. HAHA. aku katalah member sebab aku nak korek rahsia dari dia. Then, she said. She like him. Fuyoo.. !! jeles gila . Jeles teramat-amat. Dahlah satu sekolah. Hari-hari jumpa. aku??.. entah bila-bila. hehe.. orang kate. Cinta macma nilah , dapat uji kesetiaan pasangan tu. cewahh !!.. aku IA kan aja apa yang kawan-kawan cakap.




Saturday, September 22, 2012

Pelancaran Kelab Pembinaan ( Part 3 )

   Okey, ini yang terakhir. Aku tau korang dah jemu dengan warna oren. nanti aku sumbat gambar dengan warna hijau pulak. Boleh jadi blog HULK. =,=.  Ala, macam biasalah. Cuci mate tengok gamba yang goyang dan tak goyang ni. If nampak kekaburan. Itu member aku yang tangkapkan. Die suke pakai tangkapan manual.  heeee..

 Ini namanya Izzah. Die main untuk pusingan ke 4. Haaa.. dan Sekolah kami
berjaya mengumpul mata sebanyak 21/21. HAHA. 

LEGO TIMEEE !! Pusingan ke-2 :-


Ini Abang Hensem yang aku maksudkan. :D Jangan tenung Lame-lame.


 Budak LANDSKAP SMK Ulu Kinta

Ini model populer dalam kelas aku. XD

SMK SERI PERAK
Group Seri Perak ni , Kepoh, riuh rendah, aku gelak ja tengok group diorang ni
lain daripada yang lain.



SMK Leboh Cator

Ehh?? Ini model lelaki SMVLC. Keje partime jadi model aku.HAHA


Hakim tu tanya ''kenapa tak siapkan rumah ni??''
Budak kelas aku jawap '' tak ada orang buat rumah dalam masa 45 minit''.


Gang Sporthing ni !!

 Muka-muka Pemenang LEGO pusingan ke-2 :-

Number 3.

 Naib Johan

 Johan .
Dua kali berturu-turut diorang yang menang. Jeles. Nak 
tuka sekolah la. HAAH ><

Minum Petang jom !!..


   Haaa... tengok. Before we go back, dan lagi aku menggatal sekejap. Wahaha *gatal sikit. Haa.. Abang hensem ni la . Korang ingat tak cerita aku yang pasal ada mamat yang nampak aku kat chepor??. This boy la. Hensem right?? comel right??.. HAHA. Tapi yang paling comel, yang Girls tu la kan??.. Baik cakap betul !. Sory. nampak buruk sikit gamba ni.

Abang-abang, Kakak -kakak POLITEKNIK UNGKU OMAR :-

     Masa otw balik. Nampak kakak-kakak abang-abang tengah seronok berkawat kaki. Kawat?? memangla pakai kaki. Ada orang kawat pakai tangan ke??.. err..?? hoho. Bye :)

Friday, September 21, 2012

Pelancaran Kelab Pembangunan ( Part 2 )

    

 Selepas makan tengah hari, maka bermulalah GAME yang disediakan. Antaranya , Puzzle, Towel Blog dan Lego. Aku merangkap sebagai jurukamera paling comel mula melakukan tugas diatas kerelaan hati sendiri. Abis kamera ayah aku HAHA. Aku bawa senyap-senyap ja kamera DSLR ayah aku tu. hehe.. Adatlahh.. !!

     Sebelum nak tangkap gambar semua pemain, aku malu-malu sebab diorang bukan budak sekolah aku. Takkan aku nak tangkap gambar budak sekolah aku aje kot??. Bosan kot. Jemu aku menatap muka mereka. *cewah gurau je. Nah, korang tataplah tangan dan muka mereka semua. Aku buat muke tengin je. Kehulu-kehilir ..ekeke.

TOWEL BLOG TIME !!







 Focus jangan tak focus bangg XD





 mereka enjoy bermain dengan towel blog huhu ^^

 Mereka seronok sangat. Lihat raut wajah mereka.. hehe



 Amsyar member my bro 2011





 mereka juga bergumbira huuuu

LEGO TIME !!!
 mereka menjadi buruh sementara. HOHO

Model Leboh Cator. member gua ni !! =,=


Berusaha terus berusaha...


Pusingan Pertama Permainan LEGO :-


SMK ULU KINTA :
Tak dan nak siapkan bumbung. AHAH


SMK (Pertanian) Teluk Intan

SMV Leboh Cator

SMK Iskandar Shah


SMK Buyong Adil

SMK ULU KINTA 
Mendapat Tempat ke-3 untuk pusingan Pertama.

Bersambungggg lagiii ><