Sunday, October 21, 2012

Sekadar nak nasihatkan kau.

     By the way. No Pendahuluan. Kenapa? sebab pendahuluan dah kehabisan ayat. Mereka lari kekertas exam BM pada pagi semalam. Tiada report dilakukan walaupun sudah cukup 24 minit mereka hilang.
     Orite, straightttt..jaaa.

      Okey. dengan berdiri megahnya aku kat sini dengan tujuan ingin memesan dan mengingatkan para HOTsetap facebook  sahaja. Tiada niat untuk mengutuk sesiapa. Hanya sekadar ingin mengkritik apa yang tak betul sahaja. AKu bukan nak tunjuk pandai ke apa. Tapi aku ingin menerapkan dua nilai murni dalam diri sesetengah HOTsetap. Nilai murni?? nilai apa? NILAI SALING HORMAT MERNGHORMATI dan BERBUDI BAHASA.

     Sayangg.. tak kiralah hang hotsetap sekali pun. Hang tak ada hak langsung nak maki hamun orang lain. Agama kita pun tak ajar umatnya supaya kurang ajar. Tak ajar wey. Hang tak sekolah agama ke?? Time kelas agama hang pontengka??. Kelas sivik pun hang ponteng ka?? . Kalau setakat muka hensem/ cantik but perangai tu mengalahkan anjing laut. Baik takpayah lah wey. Okey. Kau kata kubur masing-masing. Memang masing-masing punya kubur. Memang masing-masing punya kain kapan. BUT. orang yang nak angkat kau masuk liang lahad tu nanti siapa?? Bunian??. Itulah. Bila ditegur salah.

     Bila cikgu tanya ''kamu semua nak berjaya??'', orang kata nak. Kau pun kata nak. Tapi langsung kau tak hormat guru. Langsung kau tak belajar. Langsung kau bangga dengan pangkat kau tu. Tak dapat apa wey. Asyik-asyik hang out. Duit makan minum minyak kau minta kat ibu bapa kau. BUT. Kenapa kau tak buat diorang bangga dengan kau?? Macam-macam diorang bagi kau kan??. AKu tak paham dengan kau. PELIK .

    Aku tak puas lagi nak nasihatkau ni.

#Ini semua nasihat yang aku bagi kat dia masa hari sabtu. Nanti aku sambung nasihat untuk dia .. muahha. BUKAn Nak bahan HOTsetap. Tapi nak bahan budak yang perasan yang dia HOTsetap. See?? AKu harap tak ada hotsetap yang terasa melainkan budak yang aku bahan sekarang ni. !!

Sunday, October 14, 2012

Masam Manis Polo

    Okeyy. Hujan tak hujan. Aku redah. Seronok main hujan. Seronok main hujan bila air hujan tu tak basahkan baju. Haa.. !! baru best. Akukan budak tekno??, bole la aku cipta satu baju yang takkan basah bila kena hujan. Bukan baju hujan, skirt hujan pun tak. Harap Maklum. Barangan ini akan dipopulerkan lagi 16 or 21 tahun akan datang. muehhe..

    Maaf tiada gambar. hehe. Aku malula nak tangkap gambar dengan dia. Aisehh !! gedikla kau mas. Bagi aku bawa moto 80km/j tu biasala. Tak laju. Dapat dikawal lagi. Actually , masa aku belajar bawa moto dulu. AKu boleh dapat anugerah pemandu motosikal paling perlahan. Takut wey nak bawa laju-laju. Masa aku fom3. Lepas aku balik tusyen malam, abang aku bawa pi Ipoh. Die nak jumpa kawan(Bank Islam) minta duit. Masa tulah aku belajar cara nak mencilok dan cara kawal moto bila bawa laju.

      Kami berdua berjalan pusing satu polo sebanyak 1 pusingan je. Tercapai jugak hajat aku nak pergi tasik kat polo. Seronok tahuu??. Wala.. tenang tengok air. Gumbira bersama sidia. Sidia?? siapa??  wahah.. nanti you all tau la.  Kami sembang-sembang biasye je. Masa duduk depan tasik. HAHA kena perli dohh !!.. seahh !!. Ikan besarlah. Ikan kecikla. Aishh !!. Dulu, masa single, aku perli orang buat macam tu. Last-last kena batang hidung sendiri. HAHA.. laka-laka la. Aku tak makan hati pun dengan bro tu. :D.. manis pulak kenangan tuu haha.

     Then, masa nak balik. tetiba hujan. Aku maleh nak mandi, so aku speed la gila-gila. Masa lampu isyarat kat depan stesen minyak betuka jadi hijau. Memang gila-gila aku speed. Dan lagi aku potong brother moto kriss. Then, lampu merah lagi kat depan kubur kristian. Bro kriss ambil tempat sebelah aku. Lampu hijau. Speed. tinggal bro kriss kat belakang. Lampu merah kat tambun. Bro kriss ambil tempat depan aku. Aku dah sengih-sengih dah.Sebelum sampai kat lampu isyarat tu aku try potong dia. then aku dapat potong dia. HAHA.

      Sengih bukan sebab apa. Sebab rasa laka-laka dengan diorang. Lampu hijau aku speeed. Potong dia lagi. Lampu merah dekat perpaduan. Bro kriss ambil tempat sebelah aku, then die ada tnya aku soalan. Aku bukak viser, aku tanya ap??. Aku tak denga dia cakap apa sebenanya??. Ending ayat dia BBP je. mybe dia tanye '' Duduk BBP ke??''. Mungkin??. Aku yang tetiba pekak time tu terus kata TAK. HAHA. sian dia. Lampu hijau. AKu speed. Tinggal dia kat belakang. Lampu merah dekat batu lapan. Bro kriss jalan terus. Bro kriss tegur aku, dia tekan hon tett tett bunyi hon. Aku lambai tangan. THE END.

#gamba esok I upload


    

Friday, October 12, 2012

ape topic topic??


     Frust nye aku memalam bute nii.. frust tahap dewa nak beranak dah nii !!. Kenapa??. Entah aku pun tak tau. Dalam kelas tusyen tadi pun aku banyak temenung. Muahhaa.. tak ada mood nak belajar. Cikgu tanya faham??.. AKu jawap faham. muehhe.. kesian cikgu kena tipuu.

Tak ado keja lain.


               Bosan??. Bila bosan apa hampa suka buat?? makan?? tido?? minum banyak-banyak?? hantuk kepala kat dinding? cium hidung kucing? berangan?. Muehehe, aku suka main dengan simsimi bila bosan. muahha. Seronok. Lagi-lagi bila dia puji. Muahha..






        You alls jangan makan jelly banyak-banyak. Nanti kena kencing manis. Kena darah tinggi tak apa. AKu ibarat kucing buat ballet bila simsimi puji. Kucing?? ballet?? menakjubkan. belum pernah aku lihat kucing seperti itu. Mesti HOTTT.. Tup-tup aku dapat pangkat .. APa entah nama rancangan tu. Lupa pelak. Ingat sipi-sipi  je WOLD ending ayat dia.

          Bila bosan dengan simsimi.. berubah pula kepada clever bot. Muahah.. dia dah baik. Dia puji aku pulakk..




         Dah tak ada kerja.. cenggini la. bila dah bosan dengan cleverbot. Beralih date dengan cik Youtube pulak.





   

Haaa.. awak.. Lagu ni untuk awak yang tersayang..mueheh.. :D mr.Q

Saturday, October 6, 2012

Mimpi Jadi Kenyataan

   Haloww.. dua tiga katak berlari, mimpi ku jadi kenyataan lagi.Sabtu. Sepatutnya aku meet dia dekat Perpustakaan Razak. Razak?? dah macam nama bapa sedara aku ja.  hew hew. Yeahh !! First date yang tak menjadi. HAHA kelakau bila difikirkan balik. Rasa kecewa pon ada.

     Masa aku on the way, aku dan beberapa orang lagi kena tahan dengan JPJ. Kenapa?? Dia nak cek lesen. Bila sampai turn aku, terus orang tu bukak buku. Bukan nak tanya aku ada lesen ke tidak. ?? Teruk betul. Masa polis tu tengah dok menulis. AKu keluarkan lesen L . HAHA. terkejut dia.

    Hengat badan kecik molek macam aku ni?? tak ada lesen?? Stiker L bukan main besar aku letak. Dia boleh tak nampak??. AKu bagi senyuman ja., then aku cakap ''cik nak saya hadiahkan kanta pembesar ke??''. Fuhh !! orang lain yang kena tahan tu, senyum-senyum ja tengok gelagat aku dengan abang JPJ tu. HAHA lol.. main serang ja.

    Lepas dah cek apa yang patut di cek. Aku lepas. Then aku bergeraklah ke destinasi sebenar. Okey. macam ni, Aku dah jumpa sekolah St. Micheal. Perpustakaan tu area-area situ jela. Masa aku nak masuk satu persimpangan tu, tetiba ada kereta hon. Terkejut mak, auomatik aku masuk lorong lain. Sudah??. jalan tu sehala ja. Tak bole pusing. Nak tak nak ikut jelah.


   Bukan main sesak lagi, bila aku dapat patah balik, aku tak tau aku ada kat mana??. HAHA. AKu tak syak aku sesat. But bila dah sampai pasir puteh aku berjalan. Memang sah aku sesat. Wow. Jauh wey??. Sian buah hati aku tertunggu-tunggu. Sorry wak. Ter. Sebelum sampai pasir puteh, ada satu jalan tu. Aku kenal sangat jalan tu. Jalan tu macam dalam mimpi.

   AKu bawa slow-slow sebab nak ingat jalan dalam mimpi tu. Fuh !! keajaiban berlaku, aku ingat mimpi tu and aku follow jalan dalam mimpi tu. DAN jalan tu bawa aku ke PERADE. Ha.. sampai sana tetiba hujan rintik-rintik air bergelora. AKu cari tempat berteduh. AKu tengok jam. pukul 2. better aku balik la. Benar. Kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan.

Friday, October 5, 2012

Wuut Wuut




Terimbau kenangan bila dengar lagu ni. Err...Apa yang aku lakukan ni benar??. AKu tak yakin dengan keputusan sendiri. Serabut !!.. Tidur ahh !! Ya !!.. bersabar. Ikut rentak dia. Maybe itu yang terbaik.. :')

Wednesday, October 3, 2012

Dugaan Godaan !!

    Acap kali aku tersentak dan tersedak apabila melihat hensem boy lalu depan mata. Sapa tak tergoda right??.. aku pon sama. Terpaku 1 saat. Aisehh.. !! before aku berhubungan sorang budak laki yang hensem pon tk pernah-pernah nak muncul depan aku. But, lepas aku berhubungan ni. Ramai pulak yang hensem -hensem.

     Dekat facebook??.. wow.. usah dikata. Ramai yang hensem. Baru-baru ni ada yang comel add. Hehe.. aku nak menggatal. Ehh??.. untuk pengetahuan you you dan you yang tengah membaca ni, Aku dah bertunang tauu !!. So, aku setia kat dia ja la. Mr. Q hehe.. Hensem orangnya. Sepet orangnya.

   Dulu aku pernah cakap kat member aku, yang aku BOIKOT. BOIKOT you know meaning for BOIKOT??. Tak suka. AKu memang tak suka dengan orang mata sepet ni. Gila-gila tak suka. Entah macam mana aku bole tangkap cintan dengan Mr.Q ni. hey hey hey.. aku tak faham.

   Bila aku cerita kat mak aku, yang aku terjumpa dan tersuka mamat hensem kat CIDB but mata sepet. Mak aku balas balik '' tula, kalau benci jangan benci sangat, kan dah suka''. Hambek dua bijik !!.. Tersengih 360 aku sengih-sengih. Aduii !!.. aku tak mau benci-benci dah la. Nanti lain jadinya. hehe.

  Mr.Q siapa??.. budak chepor tulahh !!.. >< Desperate entri.