Friday, December 6, 2013

Medeko Medeko Medeko !!!!

  Akhirnya, setelah sekian lama diri ini menanti detik-detik mata banjir ini. Mata banjir? menangis.. menangis. Akhirnya akhirnya akhirnya. HAHA. Seronok gila lastpaper semalam. Lastpaper Teknologi Kejuruteraan habis pukul 3.30 petang, kebetulan memang kelas aku je hari tu . Memang bersorak sakanlah kiteorang sekelas.

     Masa nak habis paperlah. Nazmi countdown 1 minit terakhir sebagai pelajar sekolah. Pengawas yang jaga tu senyum senyum ja. mybe dia kata dalam hati ''akhirnya dapatlah aku tidoq pepuas lepas ni''.  Nazmi countdown aku pun join sekali. Pastu bersorak Yeahhhhhhh !!!.

   Lepas semua keluar dari dewan dan menuju kekantin. Cikgu Mariam datang. Nak hantar buku text. Cikgu kata '' buku siapa tak balut sila buat pembayaran''. Aishh. akhir tahun pun kene bayar jugak. -_-. Takdak keistimewaan langsung ke untuk kami sebagai pelajar  lepasan ni? haha.

  Gilaaaaaalaaa.. Balik je dari sekolah. terus aku mesej ke abang aku '' Medeko! medeko! medeko!'' haha saje nak kacau dia kerja. Otak memang kosong gila. Tak pikiaq apa dah. Yang ingat 'seronok' dah habis paper. hehe. Sebelum balik tu, sempat la jugak aku berkenang kenangan dengan kucing femes kat sekolah tu. Kucing tu jadi bahan buli aku je. XD . Maybe dia paham aku lastday hari tu, so dia pun buat muka comei. Tapi Tapi Tapi .... tak secomei aku. HAHA


   Kucing ni kerja dia nak menyako je. Orang yang datang kat dia dengan niat ikhlas nak membelai mencurahkan kasih sayang kat dia. Semedang tu jugak dia cako. Elok niat baik nak membelai, terus bertukar jadi niat jahat. Aku pernah kena, so lepas lepas tu. Bila aku jumpa kucing ni, aku pukui manje ponggong dia. kah3!! mencecet dia lari. haha.

Aku bersorak dah macam orang dapat izazah. kah3!!. padehal abis paper spm je puin XD.  Afterthis Tenang jiwa. Boleh update blog ..hehehe.
 

Sunday, July 14, 2013

Rumah sukan.. sukan..sukan ohhh sukan..

 Hari sabtu yang sungguh indah lagi mendamaikan . Burung berkicauan bagai nak rak. Kucing mengiau meminta makanan  ohh ohh tak lupa juga incik semut yang sentiasa berusaha untuk mendapatkan gula dalam balang, Selamat Pagi ya semua..

   Izinkan saya guna 'wa dan lu' agar lebih memudahkan proses menaipan ..mueheh XD

Sudah sekian lama wa menanti untuk menaip entry ni. Tapi Incik google kat komputer besar wa tidak membenarkan. Cehh kejam sunguh kau wahai incik Google :3. Sudahnya wa ambil keputusan dengan mengguna netBook 1Malaysia .



Ohhh .. macam biasa. Sukan tahunan . Memang menyeronokkan bagi mereka yang suka bersukan. :D. wa pun suka bersukan. Tapi wa tak suke over bersukan. Wa suke sukan berlari cukup sekadar untuk wakil rumah. :D Wa rumah 'Mahathir' Merah maaa.. 294 nombor bertuah tu. :D

    Untuk tahun ni cukuplah wa kumpul pingat , 'dua perak' dan 'dua gangsa'. Jadilah daripada takda pingat langsung . Emas? ha ! takpayah. Sebab wa dah ada pingat 'mas' untuk selama -lamanya. Nama wa kan 'mas' . *lawak hambar* takpayah gelak.

Nak TAYANG sikit boleh? almaklumlah. Wa tahun akhir berada di bangku , meja dan kelas Sekolah. :) SPM13 la katekan.

ehem... ehem..

Muehehe . Nak showOff sikit je puin. Tunggu wa dah kawin nanti LAGI 'over' wa showOff . HAHA

Story OF SportDays....

  Seperti biasa. Hari sukan mestilah dimulakan dengan acara perbarisan kan?. Hmm.. Gambar tak ada sebab wa tak dapat nak pegi amik hanya kerana wa wakil lari 100 meter.  Kena ready awai awai.

So, so, so . Untuk acara perbarisan .

   Setelah menjadi JOHAN selama 4 tahun berturut turut. Akhirnya tahta tersebut telah berjaya dirampas dan Kota Perbarisan telah berjaya ditawan olehhhh....

KRS(Kadet Remaja Sekolah) . Tahaniah!
Kalau tidaknya tahun lepas diorang boleh kalahkan KPA dah. Tapi tapi tapi ..
kecacatan celoren dimuka dengan berpakaian uniform lengkap adalah punca utama kekalahan. HAHA.
 

    KRS terlah berjaya menawan Kota Perbarisan. Maka Kauta yang lain di isi oleh KAPA(Kadet Pertahanan Awam) ditempat Kedua dan Kadet Polis ditempat keTIGA. Wa saja capitalkan huruf tu sebab wa KADET POLIS . wakaka. k.

Kemudian, Perbarisan antara Rumah sukan pula...

    Telah berjaya mempertahankan kedudukan ditempat yang teratas iaitu Johan selama 3 tahun berturut turut (rasanya) dan tidak berjaya di tawan oleh rumah sukan yang lain. Yang pasti dan tidak asing lagi .. Rumah sukannnnnn...

 MERAH (Mahathir)
Pertahanan yang sangat kukuh dengan pemimpin yang berkredibal tinggi manjadi
tunggak utama punca kemenangan.. HAHA.
(ni gamba tahun lepas. nak tayang NAGA je)
 
 
Kita teruskan acara kemenangan dengan Acara menghias rumah sukan. ehemm.. ehem.. :)
 
 
   Yang had hias  rumah sukan ni aku lupa berapa lama bertahan. TAPI yang 'pasti''confirm''sure''.. Rumah sukan yang sama dengan tahun lepas.
 
 Dengan hiasan batu bata merah(kain merah yang dilukis) , bunga lily keliling garaj dan Botol air yang berwarna merah sebagai pagar rumah sukan kami. :)
 
OF COURSE LAH RUMAH MERANG MENANG. HAHA.
 
ni hiasan tahun lepas.Ini pun tak siap lagi :D
(gambar yang betul akan di update kemudian)
 
 
Ehem.. Kemudian di selangi dengan persembahan tarian oleh awek awek Smk Ulu Kinta. Video nya ada tapi akan di update kemudian kerana is mengambil masa yang agak lama untuk meloadingkan diri ketika dimasukkan kedalam blog ni :3.
                                                                            
    Ini  gmbar tahun lepas juga. Update terkini akan di segerakan :D

 
 

Maka dengan ini bermulalah acara LARIAN...
 
   Wa masuk acara 100 meter, 200 meter, 4x100 meter dan 4x400 meter. Masa hari sukan hanya 100,200 dan 4x100 meter saja yang di acarakan. 4x400?? semasa sukan Tara. Serasi dengan acara lompat inggi/jauh, lontar peluru, lempar cakra, dan acara tarik tali separuh akhir. Parappa !!
 
 Alhamdulillah, pada mulanya wa agak kurang yakin untuk mengejar pingat kerana masa hari pertandingan wa PUASA. Di ulangi PUASA. HAHA. Memang wa saje cari penyakit . Dua hari sebelum pertandingan wa dah start berlatih. Tiga round wa joging kat Polo. Muahaha. Hasilnya snagat lumayan...
 
     Kumpulan wa a.k.a Rumah merah mendapat tempat kedua dan bagi lelaki tempat ketiga. Nevermine. JANJI mesti dapat pingat.
 
   Actually, wa kejar pingat hanya kerana pingat tahun ni BERAT. Sebelum sebelum ni had plastik punya. -_-. So, tak berapa nak semangat jadinya. HAHA.
 
 
Masa hari sukan.. memang wa tak boleh duduk diam. Dupdapdupdap jantung wa. Rasa macam nak cepat cepat habiskan larian. Muahaha. Alhamdulillah, 100 meter wa dapat tempat ketiga dan 4x100 meter tempat kedua. 200 meter?? HAHA ... wa tak pecut pun. DAH SEMPUT had 100 meter lagi.
 
   Ehem...Selepas habis acara larian. Tiba pula acara kemuncak iaitu Tarik Tali Bagi rumah Hussein (kuning) dan rumah Mahathir(merah). Muahaha.. lu orang rasa rumah mana menang?? erm??erm??..
 
 
Eh?? eh?? tidak! ini Abam Abam lower6 :3. muehehe..
 
Lu orang perasan tak 'hint' wa ni?? perasan tak??....
 
Actually..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tarik Tali
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rumah sukan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aishh !! susapen tak?? suspen tak??
katalah suspen.. kalau tak wa humban lu dalam tasik 'The Heaven' HAHA
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
.
.
RUMAH
MAHATHIR lahhhh...
MERAHHHHH !!! ..
 
Kali pertama = merah menang
kali kedua = merah memang.
 
HAHAHAHAH...
 
(gambar akan diupdate kemudian)
 
 
 
Fuhhh !! .. mau tak bangga ??.. Semua merah sapu. Perbarisan, hiasan tarik tali. Acara beramai ramai memang merah sapu. *dabik dada* XD.
 
Untuk pengetahuan hampa sekalian??.. Juara keseluruhan dimenangi oleh rumah RAZAK (hijau).
Dengan mengumpul 20 ke atas pingat Emas.
 
Tempat kedua Mahathir(Merah) = 13 Emas 12 Perak dan bebelas gangsa
Tempat ketiga Hussien(Kuning) = 13 Emas 11 Perak dan bebelas gangsa
Tempat keempat Rahman(Biru) = aku pun tak hengat.
 
>.< . Merah last pegang tahta masa 2010. Lepas lepas tu rumah Rahman(Biru) berturut turut. Tetapi kini,, rumah Razak(Hijau) berjaya merampas tahta daripada Rahman(biru). HAHA. 
 
Ayat gua cenggini ...
 
   Rumah hijau yang dulunya mundur kini kembali megah. Merah dan kuning berusaha mengalahkan biru dan hijau tetapi hanya berjaya mengalahkan biru dan kuning tidak berjaya menewaskan Merah . biru mundur kebelakang dan gayanya seperti mencipta strategi baru untuk tahun hadapan.
 
Alhamdulillah.. Rumah merah masih memegang tahta ditempat kedua. :D .. berturut turut :D.
 
 .. Akhir kata.. Kepada warga SMK ULU KINTA .. tahniah kerana telah menjayakan hari sukan peringkat sekolah ini dengan penuh berjaya*apa yang aku cuba sampaikan ni?? haha*. Tahniah diucapkan kepada olahragawan dan olahragawati kerana bertungkus lumus mengumpul pingat. :). Tahniah juga diucapkan kepada pemenang pemenang yang lain kerana berusaha mempertingkatkan prestasi rumah sukan kalian. Dan kepada yang kecewa .. ubat hatimu dengan '' aku akan berusaha lagi selepas ini''. InsyaAllah mujarab. Aku 4 tahun terkecewa. 1 pingat 1 pingat. Tahun ni je lebih sikit. Sebab? usaha lebih. Ok. yang SPM tahun ni. Kita Tutup cerita sukan. Kita buka cerita Trial..
 
Amacam?? dah ready for trial??.. :) *senyuman sinis* 



Saturday, June 22, 2013

Universiti Teknologi Petghonasss ..

    Eceh . Awai awai lagi dah menayang. Adush !. Untuk pengetahuan penduduk kampung Lembah permai sekalian. Saya Nuraini Masturah bt Zahari, kini telah menjejakkan kaki di salah satu 'U' yang sememangnya sangat terkemuka. Terkemuka ke??. Aku rasa Terkemuka. Under Petronas wehhh !!.

    Sememangnya aku berkeinginan puin nak masuk sana. Tapi apakan daya... Jauh pungkoq dari kerusi, susahlah nak masuk sana. Siapa yang bertuah anda sangat sangat sangat beruntung ! Congrate saya ucapkan. Budak sekolah aku dapat tawaran nak masuk Universiti ni. Dua pelajar perempuan dan kena interview. Salah sorang saja yang dapat. Ketak sungguh pemilihan pelajar ni !.

    Then, adalah Selasa lepas. Kelas aku ditawarkan oleh guru kaunseling dengan tawaran ke '' Karnival Kerjaya Engineering''. Kelas aku sememangnya ambil subject ni. Itu psal lah cikgu attack kelas aku 5 Santalia.

So mulalah perjalanan kami kesanaaa..

       Okey. Kelas aku yang berbaju 'biru' sahaja. Yang Purple tu kelas Prinsip Akaun. Saja ajak join sebab nak cukupkan bas seramai 40 orang termasuk cikgu lah.

Adatlah dah nama pun 'lawatan' bila ada tempat tempat yang menarik semestinya dan telah pun menjadi kewajipan untuk menjadi tempat persinggahan. Tempat yang di lawati 'Callie's Castle'. Kat sini mereka kurang memberi kerja sama. he he he ..

Lepas tu.. Tibalah kami di Tempat yang di tuju selama ini..

 *Kamek teruja melihat suasana Universiti. Best !*

 * Ini kakak abang yang beri penerangan sebelum kami mulakan lawatan*

Sesampai saja bas kami di Sini. Bak maii !! Banyak nya bas. Dari jauh pula yang datang tu. Ada dari Johor, Selangor, Pasir mas , Pulau Pinang , Kedah and sudah pastilah dari Perak pun ada. Mejoriti daripada 'Mrsm'. Ceyhh ! Masa masuk perkarangan Utp. Aku terperasan something.

    Dalam bnayak banyak bas. Kebanyakan bas 'gah' dengan nama sekolah diorang. Mrsm situ. Sbp sana. Sekolah Integrasi. Then, sesampai ja sekolah aku . HAHA 'Seri Kenanga' . XD Kelako pun ada.

Bukan tu ja. Moh lah kita menjamah Libary  UTP....






 *saja suka suki naik kat tingkat PALING atas. Aku tak gayut(gayat) pum !haha*







*Kat Komputer tulah tempat peminjaman buku*

Teruja bila masuk libary. Kalau kat Utp orang tak sebut Libary tapi ada nama khas untuk libary ni. ha! Dekat sini kalau nak pinjam buku senang. Tak yah susah susah nak pergi cari petugas nak catit nak minta pengesahan Leceh ja semua tu. 
    Kat Utp its use komputer. Its call Machine to human. Kita boleh detect buku tu di pinjam atau pun tidak dan kita juga dapat tahu bila tarikh pemulangan buku tu. See?? tak terasa ka keinginan nak sambung belajar macam ni?.




*Rak buku didepan. Meja belajar di belakang rak buku, tak adalah malu sangat nak belajar :D*

Ayuhh kita lihat hidangan gambar daripada tingkat paling atas..










Then, after puas round Libary. We all ada ceramah motivasi. Yang di kendalikan oleh abang UTp a.k.a ' Abe Nik ' . Sporthing boh mereka ni. :) Seriusly !! Aku tak mengantuk dengar ceramah 'Abe Nik ' sebab? Dia suka bermain dengan minda. Dia suka buat kita berfikir. Bila kita berfikir,otak pun berjalan. Bila otak berjalan ia dapat mengelakkan kita dari tidur, tertidur meniduri ketiduri dan sebagainya.

   
 *In Hall, ada berapa buah sekolah entah dalam ni*


*maaf gambaq goyang. Light tak cukup, so mengganggu focus*

Yang kat atas pentas tu Cupen a.k.a Irfan namanya. Msa ni aktiviti baling kertas tanpa arah tuju. Abe Nik suruh mereka buat satu line then baling kertas yang ada pada tangan dan baling ikut suka hati. Baling ja kemana pun.

   Dahla baling secara bebas. Yang si cupen ambil peluang. Kat atas pentas tu ad pintu yang terbuka siap sign 'Keluar'. Masa sesi baling kertas suka hati. Si cupeng baling kertas tu sampai masuk ruangan sing tu. Nama pun baling kertas suka hati. So, suka hati dia lah. HAHA satu dewan gelakkan dia.

After that, abe Nik suruh buat satu line balik then baling kertas tu kat atas meja yang ada kat atas pentas tu.  Si cupen baling. Tapi terlebih jaraknya. So, dia lari pergi kat kertas yang jatuh tu. Terus letak atas meja. Terus dia bersorak riang . Gaya dia bersorak tu yang buat kami ligat  ketawa. HAHA


Dah puas dengar ceramah. Dah puas makan. Seterusnya kami berjalan sekitar UTP.....






 And the end...masa untuk pulang... good bye Utp. Sesungguhnya saya suka kesana. Terasa nak pergi lagi.


. Kalau pergi UNIVERSITI. Mestilah kena dengan seluar slack. Takkan nak pakai Trekshut?. Kata nak jaga image sekolah. -_- . So, kami pakai baju kelas. Seluar slack. Tudung hitam. Then, sebelum kami gerak ke Utp , adalah kawan aku kena ambush dengan cikgu . Cikgu tu boleh kata '' Ohh ! saya tahu. Kamu nak ngorat abang U ye?''. -_-. Pil kude punya cikgu ciss !!

 Manada kiteorang nak ngorat -_-. Diorang tak layan budak sekolah lah. Betapa sempitnya pemikiran cikgu tu ---... macamlah tak pernah pergi lawatan. loserr..

Tuesday, May 28, 2013

wuhoo... Blog diaaa..

    Okey. Result Math aku dah dapat. Tapi cikgu suruh buat semakkan. Aku tak buat pun. Malas nak semak, samak, sumak dan sebagainya mak mak mak. :3 . Lepas dapat result Math. Secara tiba tiba gua terfikir. Berapa marks gua dapat untuk subject LK? . Oleh sebab malam tu gua terfikir pasal result. So, gua cari jalan nak score full mark untuk bab Tangen .

    Cari punya cari punya cari. Gua ter'klik'  BLOG ni. Apa yang aku nak tak sama dengan cik google bagi . Nampaknya aku dan cik google tak serasi. Takleh Kahwin. Acewah ! . Aku minta cara nak score bab tangen. Yang keluar, story about dia punya pengalaman menjawab. Sokeylah. Manalah tau kot kot keluaq ilmu dari blog dia yang boleh aku jadikan iktibar. so, Bacajalah.
    Baca punya baca. Aih ! sodap pula blog ni. Gaya ayat macam perempuan. Hakikatnya beliau seorg jejaka. Rupanya terpampang besaq gambaq tuan blog ni ha.. Disebabkan pandangan kedua itu pandangan nafsu. Oleh itu, aku pandang T.A dengan sekali pandang. Comel Pulak :). Acane boleh tak nampak owner ni? eh??..Bukan tak nampak. Tapi tak perasan je *cover*

    Tahukah anda?? Blog dia best. ?. Tak mengantuk apabila di baca? . Boleh buat kita senyum senyum sensorang depan pc?. Jemput baca.. hehe. Act. Aku suka baca entry masa zaman dia sekolah ja. hehe XD ... entry tulah yang aku dok ulang ulang.. ngeh~~ bro. your blog, memang best bro. Iye best bro.

   Aku pelik. Macam mana aku boleh suka penulisan dia? sedangkan aku ni seorang yang malas membace?? .. hmm !! Ohh !! maybe sebab dia seorang blogger lelaki??. Iyelah. Blogger lelaki tak ramai. Ha'a Tak ramai. Boleh d terima alasan tu?.  Tepuk jari dekat keyboard..

    Lepas baca itu. Baca ini. Tuptup aku ber'azam' . Aku nak jadi macam dia. Yeah!! *baca buku* Tapi tak taulah 'azam' tu tahan sampai had mana?*conteng kertas* . . Mula-mula ja berapi -rapi. Sudahnya bagai semut yang berterbangan.
*gambar Hiasan*
Ehem ! .. Maka dengan ini.  Berduduknya aku di atas kerusi yang tak berapa nak empuk ni, kini melantik Triple A sebagai My Idole yang ke-4 HAHA!. wah !! Pelantikan macam nak iktiraf ketua pengawas ja. hihi. Okeyla. Tiara Fazlin. Zack Zukhairi. The Other Khairul, Triple A. Ohh !!

Ohh !! Triple A pi Belajaq kat Jepun. GoodLuck Bro ! :) . Ermm.. Aku ngan Ehsan nak pi Jerman. Best sikit.  harharhar . Saje nak bajet sikitt dengan Triple A walaupun belum tentu aku dapat pergi. haha.

#Re-Update
     

Wednesday, May 22, 2013

Bagai lalang dipukul ombak ..

  .. Waaa.. sekian lama gua menanti kehadiran Yam Tuan Besar IDEA bin Datang. Akhirnya beliau tunaikan janjinya terhadap ku. Aku pun seronok bagai mendapat jam tangan baru. eh? wujud ke peribahasa yang itu?? ohh kalau cikgu Ali baca. Mau dia buat kenduri 7 hari 7 malam sebab anak murid dia berjaya mencipta peribahasa baru. HAHA gila XD

    Act. Aku tersangatlah senang hati pabila midyear exam dah minta clash tadi. HAHA . Gila arhh.. nangis nangis mr.Exam tu tak mau lepas kan aku. And aku kata balik '' tak apa see you hujung tahun ni !!'' .. terus TERSENYUM mr.Exam. k *itu IMAGINASI namanya XD.

    Singa ni pun senang hati. Tengok tu. gelak besar HAHA. Almaklumla. Seronok dapat bini baru katanya XD.

  
     Heee... tersangat senang hati bila exam dah habis. Tapi TERsengat dukacita bila ada kerja kursus ADDMATH sama folio TEKNOLOGI KEJURUTERAAN yang perlu di siapkan. walaupun hanya kerja dua subjek. KERJANYA banyak sekali... baru cadang nak BERCUTI... :3 .. pandai sir gua.

    Aku yang asalnya fikir ''seronoknya! .  habis exam tak ada homework. enjoy habis''. Tup tup tup. bagai kera kena cubit bila sir kata ada kerja kursus addmath :3 . Gua rasa macma nak teguling guling macam filem hindustan >.<. ok stop ! hehehe


        Aku ... aku ... aku.. Alahai.. kucing comel ni buat aku hilang idea lah .. kikiki. COMEL sangat XD.

       Tak adalah. Act. Aku nak tanya. Apa perasaan korang when someone yang korang kenal yang dulu nya ketawa bersama. Tiba tiba bila kita tegur dia sombong bersama. Walaupun hanya sekadar kawan maya.??

       Act. Aku dah selalu kena macam ni. Kawan lupa kawan. Kawan tegur jika perlu. Hmm...!! . Dah biasa. Memang dah biasa. Tapi akan jadi LUAR BIASA bila dia boleh bersembang dengan orang lain dan tak sembang dengan kita. Bukan cemburu. Tapi rasa tak adil. Rasa macam aku ada buat salah kat dia. Rasa macam diperbodohkan. Rasa macam aku terhengeh hengeh nak kawan dengan dia. ohh whyy??

      Aku tegur. Diorang tak layan. Bila sedih. Mari jumpa aku. Maaf . Aku bukan klinik kesedihan. Mahupun hospital kekecewaan.HAHA Iyelahh.. awok awok udah rama kawan sekarang ni. Kawan lama lupa . Bila kawan baru tu dapat kawan baru yang lain. Awok cari kawan lama.. macam kitar semula pulak. HAHA

      Iya. itu masalah besar. Udah dia buat kita gitu. Aku anggap dia dah tak mau kawan aku dah. -_-. Nak buat guane??.. Tak setaraf. HAHA . lol. *imbau kenangan lama* acececehh.. AHAHA.

      Haihh !! .. *geleng geleng*  .. Arhh !! ohh mungkin aku pernah buat kat orang macma tu kut??.. hmm .. mungkin mungkin. HAHA . Tapi sorrylah. Aku dokleh tegur dia  macam selalu dah. Mr.D pon aku tak tegur dah. HAHA . No ! Aku rasa macm terhengeh hengeh .. no no no. HAHA .

      Akuu ni hati simen yang baru nak kering. Dah orang taklayan. Kita tak payah layan dia dah. Takpayah buat apa kat dia dah. Relex mas. Kau ramai kawan.. Ramai.. don worry. Bukan dia sorang ja kawan kau. lek lek lek. Keraskan lagi hati kau tu mass.. :)) ...  Betul cakap min. Hidup ibarat RODA. wuut wuut >.<

      Kalau awak rasa kawan dengan saya adalah satu perkara yang mengarutt .. k.. silakannn... :)) Saya tak marah. Cuma berdendam sikit. hehehehehee peace yaww !!
#OK aku salah :)

     



    

Tuesday, April 30, 2013

Kepintaran yang di anugerahkan dan kami terkesima


     Gambar di atas adalah gambar haiwan peliharaan saya sekeluarga. Nama dibersi Mushashi *kakak aku bagi nama tu* wakaka XD . Kucing ini telah diberi kepintaran oleh Allah s.w.t. Sungguh aku terkejut dengan kepintaran yang ada dalam dirinya. Hanya seekor binatang yang tidak punyai akal tetapi masih pintar. Subhanallah.

    Shi ni anak kepada Tepey. Tepey kucing Siam berbulu lebat COMEL gila. Nama Tepey sebab dia makan Tapai. Tepey ni ibu kepada shi. Tepey membawa diri so, kami besarkan Shi. And First moment bila kami dapat tau SHI bukak pintu rumah dengan sendiri. Kami terkejut. Shi bukak pintu? kucing bukak pintu?. Kami tak pernah tengok the real cat bukak pintu. So, jakun lah. HAHA.

     Act. si Shi ni kami dah cuba buang dia beberapa kali. Buang sebab tak lalu nak menjaga. Kalau perangai elok tak apa. Ini tidak -_-. Kucing jantankan? adatlah mancut sana mancut sini . Hanyor la rumah aku dengan pefium pancutan dia -_-. WANGI tak apa. ni tak?.

     Kami sudah cuba buang dia and dia JUMPA jalan balik. See? pintarkan?. :) And Isnin lepas 22/4/13. Mak sama abang aku buang si Shi kat Pasar Perpaduan. Jauh dari rumah aku. Paklong aku ada cakap '' kalau dah banyak kali buang and dia balik kerumah balik jangan buang lagi, kesian''. Yeahh.. mak aku pun cakap macam tu. Kalau shi balik rumah lagi memang tak buang dah.

    Lepas buang tu Baru kejap tadi 30/4/13 dia COMING HOME AND COMING HOM. Dia balik rumah weyh. Terkejut aku. Tetiba dengar kucing meoww kat luar rumah. MasyaAllah. Tterasa nak menangis dibuatnya. Dengan jalan terhencut hencut. Sakit agaknya. Ya Allah. Sungguh lepas ni tak buang dah. :') ..

     Allah maha kuasa. :)

Thursday, April 25, 2013

'.' dot yg penuh makna. wakaka

    Heyy Boy. wakaka. ROMANTIK tak pasangan sejoli ni?. Haa. orang kata apa eh? ha ! Mandi Bersama. ok. Tak ada kena mengena. Act. Aku nak update blog. Dah bersemangat tahap badak belajar makan guna garfu nk update blog but bila aku logIn . Ohhmenn... !! Terbang bagai burung telepas dari sangkar. Tetiba lesap gitu :3. cehh >.< . Aku pun mulalah melompat macam kera dapat durian. :3

      Ha! Aku suka lupa lupa dan terlalu pelupa. -_-''. Baju group 1996 tak abeh baya lagi. wakaka XD Aku memang liat bab BAYAR ni. Aku bayar. Tapi aku suka bayar lambat lambat. Saja nk jadi perhatian si pengutip duit. hehehe. Yuran pengawas pun aku tak bayar untuk bulan 3 dan 4. And now nak masuk bulan 5 dah.

   Gila aihh.. !!  kemarok duit ahh aku tahun ni. Kopak aihh !! Banyak sangat pakai duit. Aku rasa tak membazir pun duit tu. Tapi entah? rasa macma tak cukup? pasaipa entah?

     Alangkah indahnyaa if aku menangis keluar duit? . HAHA Dasyat imaginasi kau mass. XD.

   
        amacam?? CUN tak?. Okeyy Tak ada point. :D bye.


Wednesday, April 17, 2013

hati retak bagai dicucuk buluh perindu


 Tuuuu. !! dia. Tajuk. Kemain panjang lebaq. Cerita??. hehe se'coet' saja . Its mean sikit saja. Hati gumbira. Maka banyaklah story. Tetapi kini hati ku kusam bak bunga menjadi layu . Eh? ada kena mengena eh?. .

   Act. semenjak dua menjak ni aku moody saja. Malas nak buat semua benda. Act. Aku memang malas. Tapi tidak semalas sekarang. :3 . See? aku menaip?. Ha ! aku rajin SIKIT , keh3!! . Aduh ! susahlah nak cerita. Kalau aku celita nanti. Mybe akan ada manusia yang terasa. Bila dah terasa mulalah tak melayan kita. Mulalah memerli kita. Mulalah main jeling jeling mata sampai juling dengan kita. Aku cuba elak perkara macam tu jadi. >,<


    '' Keinginan tidak tecapai ''

   Siapa tak sedih bila keinginan tak tercapai?. Sapa?. Mesti sedih kan? mesti moody sikit kan? mesti malas nak layan orang kelilingkan?. kan? kan? okey. ITU AKU. XD. Aku tak boleh. Apa yang aku nak, aku tetap nak. Melainkan ada something yang dapat menggantikan apa yang aku mahukan tu. Haa ! hey ! jangan berkerut dahi kalau tak  faham. Kedut seribu , hilang gantang. hilang macho. hilang ayu. kekeke ~~ *memandai ja.

   Payah jugak bila dah berharap then TAK DAPAT. haghu jadinya. Lagi haghu bila dapat tahu sebab apa tak dapat. Memang bengang tahap cipan dan cipanzi berkawinla katakan. Tapi apa yang penting? SABAR. Memang SABAR. Tapi bila di tahan tahan tahan SABAR tu. Lama kelamaan boleh jadi DENDAM. Aku ni adalah sikit sifat pedendam. Bukan aku terapkan. Tapi entahlah. Mybe sebab iman tak tak cukup bagus.


'' Hubungan sesama manusia ''

    Ini pun salah satu punca buat aku rasa -_-'' err. Tak tau nak habaq lagu mana?. Tapi memang TAK SELESA diulangi TAK SELESA bila hubungan sesama manusia jadi berantakan. Sungguh ! lagi lagi bila kita dah lama kenal dia. GILA aihh ! . Then, mulalah ada manusia yang akan meluahkan rasa tak puas hati pasal kita. Tak apa Mas. 

    Kau kata kau tak kisah. Memang aku tak kisah. Tapi dia KAWAN aku. So, nak tak nak aku kena ambil kisah. Lagi lagi bila melibatkan orang lain. Haaa... ! Ada yang mula buat muka. Ada yang mula usya usya kita and mulut berbicara. kita us manusia dah set. '' Diorang mesti kutuk aku''. Lagi buat aku ambil kisah bila ada CIKGU yang tak suka aku. GILA. Aku rasa macam aku MESTI pindah sekolah. ohh !!. TAK SELESA bila situasi jadi macam ni. >.<



    Apa yang aku boleh buat?. Diri sendiri jadi runsing. Tak boleh. Kita tak dapat tutup mulut orang. Now, aku rasa kekok bila cikgu tu mengajar aku. Tanya aku macam nak marah. Ala. SERBA TAK KENA. Kalau aku pindah sekolah. Apa yang aku dapat?. NOTHING kan?. SABAR jelahh. memang. Memang SABAR. Tapi SABAR tu jadi LAIN.

    Aku rasa macam nak pergi sekolah pakai guni buat alas muka. Mana nak letak muka bila tahu cikgu tak suka kita?. Sedih?. Mana tak sedih. Aku rasa macma ilmu yang dia berikan macam tak berkat untuk aku. Maybe dia ajar ank orang lain elok. kenapa dengan aku mesti?? err. Payahlah.

Apa yang aku nampak sekarang ni. Orang keliling aku macam mula menghindari aku. Walaupun kita buat biasa. Tapi kita akan jadi luar biasa bila orang buat macam tu kat kita. Betul !. Siapa yang tak rasa janggal bila kawan yang bersama 'huhahuha' sebelum ni , kini diam seribu bahasa?. *mohon menangis.

Aku tak suka TAHUN 2013 . I HATE ! >,< .


Saturday, April 6, 2013

Hari yang diNanti oleh Abangku

 Sepatutnya gua hupdate ini celita pada 2 April. Tapi gua malas tahap dewa tercirit birit. Memang mata tak bagi bukak. ngeh~~ BIAR GAMBAR BERBICARA ... acalaaa.... saksikanlahh .. !!

 

   Haa.. nampak tak makhluk tuhan yang belakang bro kecik tu. ?? nampak tak??. Itulah abam aku. Alif syahmir nama diberi.  Masa ni nak beratur masuk dewan. Mula mula warga wanita yang beratur belah khemah. Tetiba pengurus tu minta tukar . And oleh sebab itu i saw my brother and go to him.

   Abang aku nampak aku dari jauh dah terus dia kata ''cepat ambil gamba aku!''. Maka terciptalah dialog

si Tinggi : uih? adik siapa ni?
abg aku : Adik aku !
si Tinggi : Apa khabar abang *cakap kat abang aku*
aku : HAHA

*ambil satu gamba**si Kecik tanya pulak*

si Kecik : Adik siapa ni??
si Tinggi : Adik Alip. Alip ni abang aku.
si Kecik + abang aku + aku : HAHA

   Seporthing gila kawan kawan abang aku. Kalau tidak. Aku nak join lawak diorang sekali. Tapi kot abang aku tak suka pulak. hehe. So, tak apalah.. tak boleh masuk ayir sama diorang.

     Lepas mereka masuk kedewan. Aku kefanasan kat luar. Adik aku dah syok bersembang dengan sorang makcik ni. Aku biarkan sekejap. Aku round area gerai. Sumpah.. banyak gila tudung. *bllink blink mata aku tengok tudung. HARGA pun lawa. >,< .

     Nak saja aku pecah masuk dewan then jumpa mak aku and said ''mak nak duit ! nak beli tudung''.  Mungkin Bukan rezeki aku. nak buat guane?? meredhoila.. >,< . Then, tiba masa student keluaq dewan... Yeah !! aku bersorak riang sambil buat tarian gangnam zapin diluar dewan sebab acara dah habes. Lenjun aku dengan peluh . Kalau perah peluh aku ni, dah bole buah kuah sup. masam masam masin gitu. HAHA

   Betapa ramainya makhluk tuhan yang berjaya... :) *tersenyum lebar.*

 Ini anugerah reka cipta Automotif. *kalau tak silap.

Tibalah masanyaa mencipta , melakar , melukis, membina, memasang dan sebagainya untuk kenangannnn taraaaa... >,<


      Ini hanya sesuku daripada pelajar kelas abang aku. Riuh tau depa semua ni. Bikin kami yang us *photographer tak bergaji ni gelak sakan..
  Aku taktau mana datangnya BUNGA bebanyak ni. heee.. Ini semua JEJAKA BUNGA XD . Masa diorang nak letak bunga kat bawah. Ada makcik ni cakap '' Dah macma letak bungan orang mati ja''. Aku ngan makcik tu pun ketawe bersame. HAHA ..

 Ini smua dah ready nak bergambar.. Hensem hensem belake orang nya.. Yang paling hensem, abang akulah..HAHA XD. Diorang kata. ambil gambar formal dulu.

Taraaa.. ini separuh pelajar kelas abang aku. Ada lagi. Ada bunga dalam kelas ni. Anda masa diorang nak bergambar ada bro ni tanya kengkawan dia '' eh?? zuhair mana??''. See?? Zuhair menghilangkan diri. Agaga XD . Crush lama tu. HAHA Auw auw!!

Kali ni, get ready nak campak topi pulak. Seriusly, memang kelakar part ni >,<

 Then, mereka baling topi pulak.. Nampak tak manusia terkecik kat tengah tengah orang tu??. Ha, comel. HAHA >,<. *gatal kau mas. Dia ni KETUA kelas. Masa aku pandang dia, dia pandang aku dan akutak rasa apa. Kali kedua dia pandang aku, aku rasa macam pernah nampak. So, aku tanya abang aku.

aku : abang, yang kecik tu ketua kelas?
abang : ha'a. ketua kelas aku. Dia duduk kem.
aku : Duduk kem?
abang : Ha'a, Block P
aku : Ohh !! bro yang naik skuter putih tu??
abang : ha'a *angguk*

Baru aku cam siapa dia. hehe. And baru aku cam rupa dia sebenarnya. Selalu selisih moto. Tapi tak kenal. >,< . Kawan abang aku rupanya.  Tinggi?? AHHA. Tinggi sikit daripada aku je.


Lepas puas baling topi. Diorang buat gambar formal balik. Then, baling topi lagi. Gambar formal semula then baling topi lagi. HAHA . berulang ulang.  Akhir sekali. Abang aku malas nak join dah. Asyik baling ja. HAHA. Dah baling 'mengelupor' kutip topi. 

     Then, ada kawan abang aku jeling jeling and cakap kat abang aku '' haa alip.. abangg''..  Abang aku balas la ''gampang''. HAHA .. Aku gelak saja.. 

  End the END before back. Aku merasa juga pakai sesuku pakaian konvokesyen ni. Adeh.. Teringin pulak. Tetiba azam aku meluap luap.. wahh !! Aku rasa 2 minggu lepas konvo ni, abeh hilanglah azam yang meluap luap macma gunung berapi tu.. hehe ..  Apa apa pun. Tahniah buat Abangku. Diploma Kejuruteraan Mekanikal.