Saturday, March 23, 2013

Masih tak ada kesedaran kah??

  
Bagi aku peluang untuk belajar dan menjadi seorang pelajar hanya sekali seumur hidup. Tiada repeat repeat !. Itu bukan cara aku insyaAllah. Tetapi apabila difikirkan semula, aku lebih banyak mensia-siakan masa yang ada. Adakah aku masih tak sedar??

     Kadang-kadang aku rasa frust when aku biarkan masa berlalu begitu saja. Aku rasa '' arghh !! kenapa aku hadap komputer lama lama?? macam mana aku boleh leka??'' . Itulah masa berlalu dengan aku melakukan aktiviti yang tidak boleh membawa aku kearah kebaikan. Malah, membawa aku kearah kelekaan.

 Apa itu yang aku mahukan?? Anda mahukan?? sudah tentu tidak. Tak ingin berubah kah??

    Cikgu aku selalu cakap dalam kelas '' kamu nak terima result dengan penuh kegembiraan atau kekecewaan??''. Sudah tentulah aku mahu dalam keadaan kegembiraan. Tiada manusia yang tak mahu berjaya -,-''.

    TAPI ada tak kita lakukan suatu perkara untuk berjaya?? have you??. AKU??. Ya sepanjang 3 bulan persekolahan bermula. LANGSUNG aku tak buat satu perkara pun yang boleh membawa aku mengikut jalan yang lurus. Homework?? aku buat bila aku nak buat.Payah aku nak buat homework ni. Aku rasa payah nak lawan nafsu. Sungguh kebal pintu gerbangnya !!.

   Bila aku duduk seorang diri dalam bilik, dalam kelas dan ketika bertugas di sekolah. Aku terfikir? Kenapa aku tak boleh belajar?. Kenapa aku malas?, Kenapa aku terlalu ikut nafsu?. Hanya satu soalan sahaja yang berjaya di rungkai. Aku suka menyesakkan fikiran aku dengan perkara diluar batasan. Itu yang buat aku jadi malas.

Macam *BudakTomato* kata aku terlalu memikirkan masalah mengenai makhluk Allah sampaikan aku sendiri meminggirkan DIA. Betapa kejamnya aku!.

   Jika aku tidur, its mean aku lari daripada masalah. Never finish la kalau macam tu. Aku terlalu memikirkan sikap manusia . Kenapa mereka bersikap begini begitu terhadap aku?. Apa salah aku? apa yang aku dah buat?.

   Hati manusia siapa yang tahu?? hanya ALLAH.

    Oneday result SPM keluar.  Aku hanya mampu memerhati dari jauh. Hanya mampu memerhati riak muka bekas pelajar tingkatan 5 ketika beratur untuk menerima keputusan SPM. Apabila result sudah jatuh ketangan. Ada yang gembira, kecewa, sedih malah ada juga yang hilang bagaikan pelesit. Melihat situasi ini, macam mana keadaan aku  terima result nanti??. Bagaimana jika keputusan aku teruk?? aihh !! ya Allah.. minta dijauhkanlahh -,-''

     Aku terfikir lagi, smpai bila aku jadi macam ni? Sampai bila nak biarkan keadaan berterusan begini? tak ingin berubah ka? tak terasa nak belajar kah? tak terasa nak membanggakan ibubapa sendiri ka?

  Aku terasa nak luah apa yang aku rasa sejak aku mulai baca kesemua entry Budak Tomato . Baru 1 jam yang lalu aku terniat nak open this blog. Tak terlalu formal. Tapi banyak isi. Satu  satunya blog yang  buat aku terfikir demi masa depan aku. :)) . Aku mulai jatuh hati dengan cara penulisan dia. :))

    Aku ada follow Budak Tomato ni ... and agak terasa dengan tweet dia

Hairan bagaimana boleh on the phone sampai awal pagi, berbual bahagia. Sedangkan ada remaja di luar sana yang bertafakur meraih cinta Dia.

    Terasa tahap cipan beranak kali kelima la aku kata. Aku pun terfikir macam ni. Kenapa aih??. Aku tak tau nak jawab apa. Tapi maksud ayat dia, makan dalam ohh !! . Masih tak sedarkah?

errr.. k Back to the topic,

Masih tak mahu berubah ke Mas?? masih mahu menjadi seorang yang pemalas tahap dewa ke?? Berubahlah. Jadi seorang yang buat ibubapa mu bangga Mas. PELUANG datang sekali saja Mas. Tak terasa cemburu ke lihat mereka yang dapat 10A1??.

Cikgu Tuisyen aku sendiri pun minta sangat sangat anak muridnya berubah...

SO?, masih tak temui kesedaran??... sama samalah kita berubah :))

   

Jangan tinggal dibawah tempurung yang sudah mulai berlubang :)

   

Wednesday, March 13, 2013

Lawatan Fengawassssss ...

 9/3/2013 is the best day for me. :) why?? Because hari itu adalah hari KARNIVAL JOM MASUK U yang diadakan di USM Pulau Pinang. Sudah tentu banyak BAS  sekolah lalu lalang kan?? sudah tentu ramai JEJAKA kan?? HAHA XD opss !! ..


 Tapi sekolah aku pergi lawatan sambil belajar ke USM bersama ahli kelab Astronomi :). Pada mulanya kami ingatkan KURSUS Pengawas. Bila difikirkan balik. TAK banyak aktiviti keluaq peluh. Tapi banyak kepada pemikiran dan sains :) . Its mean LAWATAN la kan?? :3 ...

    Semasa bas kami sampai kat TOL. Ada satu bas lagi kat lorong tol sebelah kiri kami. Korang nak tau apa kiteorang buat??. XD . Arif mulakan dulu dia main lambai lambai. Then, Diorang lambai balik. Kiteorang pun apa lagi, abeh semua main lambai lambai. Yang perempuan lambai kat pelajar lelaki. Yang lelaki lambai kat pelajar Perempuan. Yess.. si Ariff suruh tampal number telifon kat cermin tingkap. HAHA gila betul..

    After tol, bas kami membelok ke kiri dan bas tadi go lurus je. Nak pergi Karnival kot. Aduhh !! comel comel belake. XD auww auww !! . aihh !! Muladahh.. XD HAHA.

    Ini diantara Fasillator kami. Kami dibawa  kedalam satu ruang kuliah. Ya Allah, sejuk dia tak boleh dikawal. Kami terpaksa menahan sejuk selama 3 jam. :3 ... See?? 3 jam. Kini baru aku rasa memang wajar aku pinjam bulu beruang :3 .





    Kami dibahagikan kumpulan mengikut Bulan Kelahiran. Heee.. Alif satu kumpulan dengan aku. ehh?? opsss -,-. Alif lahir bulan 10. Aku lahir bulan 1. Ala, bak kata alif  '' Tak apa tambah kosong je kat belakang kan mas??''. Aku gelak je. Memang firstday tu aktiviti aku gelak je. HAHA. Okey, kami diminta memilih nama kumpulan mengikut nama buruj. :) and my group name is PHEONIX kalau nak nyebutnye ''Finix''.

     Lepas aktiviti dalam dewan kuliah. Time for eatt !! . HAHA yang bestnya, aku berkepit dengan mr.A . Reva pulak berkepit dengan Syerra. aih !! Mereka tak boleh menngaku kalah. -,-. Reva dengan Syera duduk rapat sikit then panggil aku sebab nak bagi aku jeles. heh !! *aku tersengih. Sekali, aku tarik kerusi aku betul betul rapat dengan kerusi mr.A. Terus aku duduk kat situ. HAHA Tebeliak biji mata diorang. gamba aku banyak kat mr.A .. kene minta ni. -,-


     Kemudian, kami bergerak ke MUZIUM. Dalam USM jugak. Dalam muzium tu, Kak Emma(fasi) minta kami bergerak dalam kumpulan. Memang bergerak dalam kumpulan, Alif + Rifdi = Gila gila gila. Kerja diorang buat kami satu kumpulan gelak gelak gelak. Pipi aku yang montel ni dah tak tahan dah. Dan dan pulak dekat muzium tu camera aku abis batery... ohh !! empangannnn... -,- .

Kami jumpa SYED MUZZAFFAR sama kawan dia.. agaggaa XD
k. TAK LAWAK. -,-



Dalam pukul 4  kami bergerak ketempat penginapan. -,- . Fenat gegilaaa... memang otak ingat katil ja time ni.

       Malam tu ada aktiviti lagi. Melihat buruj ORION dan melihat bintang menunjuk arah kiblat. :) . Kami juga dapat lihat JUPITER. :))




  Tengah cari bentuk buruj Orion ni. Hari hari buruj tu ada kat langit.. nak tau bentuk orion?? Ohhh ORION ^^  <--- KLIK laa..                                        

  Ini situasi semasa penerangan. :) Yess !! memnag best. Kerja aku Take a Picture. :)) AKu suka. :))


 Kami tengok Jupiterrr.. :D I see it !! . Akak akak abang abang ni kata. Bintang yang berkelip kelip. Manakala planet yang tak berkelip.

Selepas ituuu....




    Selepas puas melihat langit. Mata kami mulai memainkan peranan. Kami diminta berkumpul sebelum naik bas. :)) . Akak Tini tengah bagi ceramah sikit tu. :)) .  Aku nampak ada flash dari belakang. So, aku pandang belakang then ternampak cikgu Ali. aku saja tanya cikgu and pandai cikgu Ali melawak. XD
Aku : Cikgu dapat tengok??
Cikgu Ali : Tiga tiga saya dapat tengok.
Aku : waaa,  saya dapat tengok dua ja
Cikgu Ali : Tapi satu pun taknampak HAHA

   Cikgu gelak gelak.. then terus pergi gitu je. Aku Sazleen sama Syerra tak abeh gelak gelak lagi. HAHA. Memang kelar time tu. XD ...

Keesokkan Hari....



   11 orang dalam 1 dorm. :)). Rupanya SERONOK tidur dalam dorm. Macam-macam ragam. Lagi-lagi kami satu kepala. Memang meriah dorm ni. HAHA . Alif sebagai Ketua Pengawas mengarah macam WARDEN . ''Pelajar tutup lampu''. HAHA Actually, LAMPU memang dah tutup. TAPI kami yang tak tutup. Bole main main pulak dalam dorm. >.< ''Kuajar'' Ini password kami. Manalah tau kot kot ada orang ketuk pintu tiba tiba. :3 Takut jugak.

Senyumann Pagiii... ^,^

Parappappapaapapapappapap -,- ....



After checkout, Kami pergi KARNIVAL JOM MASUK U. Memang best. CUCI mate weyhh !! HAHA. Loghat belaka. 



 Cikgu punya beg dah macam orang pergi shopping !!. Aku pun tak dapat beg sebanyak tu .. Jelus jelus.. -,-''. Beg tu semua dapat FREE ....

  Kami berjalan kaki menuju ke dewan kuliah. Jauh habaq hangg !! ... -,- .. Yang orang bertiga ni, berkepit ja .. Aihh !! mr.A ?? kita bila lagi?? HAHA .




  Sesampai di dewan kuliah. Kami mulakan aktiviti membuat jam Matahari. Baru aku tahu yang negeri semenanjung mengikut waktu orang sabah sarawak. -,-. Kita pulak kena mengalah -,-. Sabah Sarawak awal 1 jam daripada kita. :)

    Selepas makan tengah hari............kami.............kami.......... main BUBBLE ... SERONOK habaq hangg !! ....







   Kemeriahan yang tak dapat di sangkal lagi... Korang try. Sure tak puas nak main. Aku ada try buat. Tapi....... HAHA.  BIG Bubble.. XD .

 
Sudah tibaaa masanya kami pulangg... kee Perakkkkkk.. huaaa.. >.<

 

    Yeahh !! Bersama akak akak abang abang ceporthing maa.. >.< . Biar menceritakannn.. ewah !! puyuss !! .


      Gambar diatas adalah gambar kumfulan aku. PHEONIX(finix) . Kak Emma seorang yang friendly. Sebab tu aku merasakan group aku paling best. Tak lupa juga Group abang DAIM. Happines jugaa.. :D

Ohhh .. Kota Lamaaa...

Kami singgah  sebentar untuk makan makan sajaa. :)) .. Biar gambar yang menceritakan segalanyaa.. ewah !! HAHA XD








    Cikgu Ali... HAHA .. kelakaa.. die ikut cameramen.. XD ..

Yeaahh !! sudah smpai penghujung peta malaysia sudah kita berjalann... -,- .... Ohh Perakk.. I miss U !!! XD ..

Jadi model colgate pulak kawan aku ni.. HAHA XD




......

Mudah mudahan.. ilmu yang dicurahkan jangan dilupakan.. gunakanlah dan sebarkanlah ilmu yang diberikan dengan sebaiknyaa... :))

#cucilah mata hampa tengok gambaq gambaq ni :D :D

-THE END-



   

   




   

Monday, March 11, 2013

walaaa....




Aku rasa nak nangis. Nak teghoyak. Nak menapak keluaq dari sekolah aku sekarang jugak !!. Aku tak mahu pergi sekolah if ada org buat muka dengan aku. If aku start dulu buat muka itu tak apa T_T . Kadang kadang aku rasa menyesal pulak jemput dia join group aku. TAK SAMPAI SATU HARI dia okey dengan aku. Di ulangi TAK SAMPAI. TAKKK SAMPAI satu hari.

     Okey.. hari pergi USM saja dia okey dengan aku. Bila malam. Tiba-tiba mood dia err..  -,- . Biaq p kat dia la. Ha'a. AKu cakap saja BIAQ P. Tapi aku tetap fikirkan. Semak tau semak???. :3

     After dia belanja aku makan ice-cream, malam tu secara tiba tiba -,-. Haa.. aku nak nangis ni T_T. Tiba tiba k !!. Lepas lepas tu aku rasa tak selesa duduk dalam group. Nak blah apa pula kata kak ema T_T ... Aku bertahan jela. SUNGGUH !! Hari kedua kat USM aku tak bersembang langsung dengan budak group. TAK ADA MOOD -.- . Mensampah pun ada. YA !! aku tau. Dia pernah bagi tau aku masa latihan merentas desa aritu yang dia TAK SUKA PERKARA YANG MEMALUKAN DIA.


    Tapi?? err.. sakit betul hati aku. Itulah kau mas. Dulu BOIKOT sangat lelaki kulit putih. and NOW?? . Aku tak suka rupa fizikal dia. Tapi aku suka cara dia. Itu yang menarik perhatian aku. Caringmen. >.<

     Dekat sekolah. Dia dok kerling kerling jugak kat aku. -,- biol betul !! . AKu rasa nak baling kasut kat dia  time tu jugak then jerit '' Aku suka hang la, aku nak kita kawan ja. Aku takmau couple lah !!'' . Then belah gitu je. Biaq dia tegamam . jadi patung barbie kat. -,-''.

    Ada yang perasan aku ngan dia TAK BERTEGUR. haha. aduhh !! .. sedih pulak. esok kena tegur dia ni. Lebih 3 hari DOSA. :3 . Tak adalah. Masa nak hantar buku laporan . Bilik Pengawas berkunci. Tetiba datang sorang lagi pengawas ke bilik tu. Aku pun katakanla  ''bilik pengawas berkunci. Pergila minta kunci kat budak kelas sana. Aku maleh pergi sebab adaa...''. Homaigod !! terlepas cakap pulak. Tetiba that gurl tanya '' hang dengan A gaduh ke??''.  '' eh??Tak adalah. okey je. Kenapa cakap macam tu??'' tanya aku kepada gurl pengawas. ''Tak adalah aku tengok korang macam bermasam ja'', Luah si dia. Aku pun tutup soalan dengan gelak. HAHA -,- .

 Satu saja aku nak bagi tau. AKU RASA JANGGAL dengan situasi ni. Mungkinkah ini rasanya if aku tolak perasaan seseorg yang suka aku. :3 . SAKITnyaaa..

-THE END-

Thursday, March 7, 2013

Bahas bahas bahasssss tewasssss..

     Makin jauh lain bunyinyeee.. :3 . Haa !! 4/3/13 . Ada lawan bahas. Peringkat ZON. *rasanya?? lupadah. Thatday, padamulanya aku malas nak pergi sebab takda sapa jemput. LAINla kalau cikgu yang bawakan kesana??. Mauke cikgu tunggu aku habis kelas?? -,-''.



  Kami lawan kat smk JALAN TASEK. Sekolah Fika maa !! . Before that day. Syafiq ada jemput aku pergi sekolah tu. Dalam hati aku kata ''wah !! ada jemputan''. HAHA.

   Lepas tu baru Alif sama Reva jemput datang. Terima kasihh.. -,-. Dah dijemput, aku takmau naik kereta. LAMBAT XD *poyo.

  Padamulanya aku sorang ja. Masa rehat yang lain sudah keluar kelas . Tinggal aku sama Amina sama Sazleen. Aku saja buat ayat '' wey! takkan aku nak pergi seorang kat sekolah tu??''. Tiba-tiba Amina bersuara ''Aku nak ikot''. HAHA 

  .. Terus aku gelak. Sazleen dengan Amina nak pelik. '' Aku saja buat ayat macam tu, nak umpan hang!!''. HAHA .. Sazleen pukol pukol manje kat aku. >.<. Then petang tu, aku merempit pergi sekolah Jalan Tasek. Sampai - sampai diorang dah nak start. K. We late. :3 .

   Masuk ja dalam kelas tu. ''waaa.. Mas Amina terima kasih datang'', ucap Alif kepadaku dan Amina.  Woot wott. Hensem pulak crush aku. HAHA XD.

     Sekolah aku berjaya tewaskan sekola Haji Taib rasanya??. HAHA. Aku lupa -,-. Then , bila aku tau kami lawan  TANJUNG RAMBUTAN. Wacalaa, !! . Otak aku dah bayang dah siapa ahli debate tu. And Yeahh !! Sememangnya geng Fateh. :3 ....


     Aku rasa aku macam pernah mimpila situasi ni. Lagi-lagi masa lawan haji taib. Aku pandang je YANG DIPERTUA tu. Macam pernah nampak. Dok pikiaq pikiaq tak dapat. Aku baru hengat situasi ni macma dalam mimmpi aku masa kali kedua nak lawan. Masa tu aku nak pergi kantin, ada satu laluan tu sejibik macam dalam mimpi aku. And aku ada mimpi dimana aku ada dalam satu dewan besar tengah tengok orang yang tengah buat ape entah atas pentas. Aku rasa dalam mimpi tu menunjukkan bahawa aku pergi tengok debate Tasek Damai tu. :3 mungkin??. hehe

    Aku tak mahu main KALAU. Sebab benda dah berlalu ..... kami tak kalah. kami just TEWAS.. XD . Tak sama kan??

Baik kata TAK SAMA. Kalau tidakkkk.............................................................. >.< HAHAHA.


   okeyy, Nak story pasal kenalan Tasek Damailah.. :) nak cerita pasal Alif sama Syafiq la. Tapi entry lain kali. :3 .. Bola Baling weyy.. AKU TERPILIH. HAHA XD ..
    

Sunday, March 3, 2013

Hati bagai dicucuk jarum peniti

  Begitu..begitu sakit hati aku semalam. SEMALAM. SEMALAM punya cerita. Hari ni baru nak hupdate. Kenapa arini baru nak hupdate?? kenapa tidak kemarin? 2 o 3 minggu yang lepas?? o esok?? lusa?? tulat?? HAha tertonggeng kau kat situ. Banyak bunyi pulak belasah kang -,-''

     Ingin aku katakan disini dan men'Story'kan kan disini bahawa SIAPA YANG TAK SAKIT HATI WHEN KAWAN LUPA KAWAN??? siapa?? siapa?? -,- . Heyy !! you ! jangan buat lawak kat sini -,- aku rendam dalam ice 7 hari 7 malam kang !! beku kamu. Mula-mula Johan luah perasaan kat aku. Luah perasaan?? WOW !! HAHA. Bukan perasaan tu.


    Luah perasaan rasa sakit hatinya kepada kawan kawan lama. Mula mula aku rasa, ala biasalah. And now aku yang merasa Bapakkuu sakit !! rasa macam di hiris hiris hati ni. Tak puas dihiris, kena cucuk dengan jarum pulakk uih !! . Aku rasa nak baling arang kepada kawan yang lupa lawan ni.

     Adalah diantara mereka, lagi sakit hati ''KAWAN MAYA''  menyombong. Kita send chat tak berbalas. Mention pun haram nak berbalas . TAPI yang peliknya kawan yang lain BOLEH pula dia balas. -,- k. Rasa nak belasah belasah belasah mereka. Is NOT fair !!

''kau nampak taring aku ni?? tajam tau. Aku asah 7 hari 7 malam. Nak kena gigit??''.. Ugut si kucing

    Okeyy think positive. Mybe dia tak nampak aku send chat?? o send mention?? maybe. Atau time aku send tu rumah dia secara tiba tiba blackout?? mungkin mungkin. Atau masa aku send tu mak ayah abang kakak or adik dia minta tolong?? okeyy mungkin mungkin.

    Mak kata JANGAN BERPRASANGKA tak baik. -,- . k MAK k. Kawan kawan Mas SEMUA BAIK BAIK -,-'' . Diorang just busy . TAPI diorang tak busy lawan makwe. >,< empangan !! HAHA

     Lantak pi lah hampa nak terasa ke tidak?? kesaq pulak aku??. -,- aku HATI KERING wey HATI KERING .

   Mungkin aku pernah lupa kawan, sebab tu aku kena balik?? :3 :3


Jangan sampai aku jadi cenggini baru hang tau erti PENYESALAN.. kahkahkah XD

Friday, March 1, 2013

Berpisah hubungan. Tetapi tidak ILMUnya

     Akhirnya akhirnya akhirnya akhirnya KAU PERGI JUAAA..  pergi menjaga cucu cucumu itu :3. Pada hari Isnin yang lalu. Yang beertarikh 25/2/2013 persamaan 14 RabiulAkhir adalah detik detik terakhir bersama CIKGU ALROZI. Guru LUKISAN KEJURUTERAAN kelas kami 5SANTALIA.

     Maka dengan ini secara rasmilah beliau PENCEN dan akan menyambung kerjanya dirumah sebagai ATUK yang BERJAYA. (Jaga cucu la). heh ~~. Selepas ketiadaan beliau kami mulai terimbau imbau kenangan bersamanya. Kami terasa kehilangan beliau. Ewah !! ayat macam putus cinta pulak. >.< heh ~~



    Minggu minggu terakhir bersama cikgu ALROZI. Apa yang aku tau. Dia pernah jadi PENSYARAH dekat Politeknik Ungku Omar. and menjadi guru TEKNIK kemudian buat permohonan mengajar disekolah biasa. Sampai sekarang.

   Lastday, cikgu buat lawak. FIRSTime cikgu mengajar pakai LCD. So, masa gambar rajah dipaparkan. Cikgu ingatkan takda pergerakan kat screen tu. Tetiba masa cikgu bangun dari tempat duduk dia and berdiri depan LCD. Tetiba ada line gerak sendiri. Cikgu yang mengajar membelakangkan kami sambil tangan kanan menunjuk 90 darjah kearah LCD tetiba jadi macam patung. Cikgu kaku kat situ. Kami yang tengok pun apa lagi. ngekek la tengok patung sepontan cikgu.

     Lepas Line semua automatik gerak.and dah siap gambarnya tiba pula part last kena pekatkan rajah. Time tu memang kami gelak gila gila . Kami cakap yang cikgu pekatkan rajah guna mata. why??  Udah cikgu pandang ja line yang kena pekatkan tu. Gaya cikgu yang buat kami cakap macam tu. HAHA. serius. Kalau tengok live memang lawak. dah macam Terminator pulak XD.

  Kami sayang cikgu Alrozi. Halalkanlah segala ilmu yang cikgu curahkan kepada kami sekelas. :)). Walaupun kami Santalian's yang suka menyanyi, gelak ketawa dalam kelas, makan KENTANG dalam kelas. Cikgu tetap tak marah kami. :)) makan kentang?? HAHA itu aku >.<''.

Menyanyi?? itu nabil .... Tapi sometime if aku tau lirik lagu tu. Aku pun join sama. :))







The END .....  APABILA MENINGGAL DUNIA SEORANG MANUSIA ITU MAKA PUTUSLAH 
AMALNYA KECUALI TIGA PERKARA ILMU YANG BERMANFAAT , ANAK SOLEH YANG MENDOAKAN DAN SEDEKAH JARIAH.