Sunday, July 14, 2013

Rumah sukan.. sukan..sukan ohhh sukan..

 Hari sabtu yang sungguh indah lagi mendamaikan . Burung berkicauan bagai nak rak. Kucing mengiau meminta makanan  ohh ohh tak lupa juga incik semut yang sentiasa berusaha untuk mendapatkan gula dalam balang, Selamat Pagi ya semua..

   Izinkan saya guna 'wa dan lu' agar lebih memudahkan proses menaipan ..mueheh XD

Sudah sekian lama wa menanti untuk menaip entry ni. Tapi Incik google kat komputer besar wa tidak membenarkan. Cehh kejam sunguh kau wahai incik Google :3. Sudahnya wa ambil keputusan dengan mengguna netBook 1Malaysia .



Ohhh .. macam biasa. Sukan tahunan . Memang menyeronokkan bagi mereka yang suka bersukan. :D. wa pun suka bersukan. Tapi wa tak suke over bersukan. Wa suke sukan berlari cukup sekadar untuk wakil rumah. :D Wa rumah 'Mahathir' Merah maaa.. 294 nombor bertuah tu. :D

    Untuk tahun ni cukuplah wa kumpul pingat , 'dua perak' dan 'dua gangsa'. Jadilah daripada takda pingat langsung . Emas? ha ! takpayah. Sebab wa dah ada pingat 'mas' untuk selama -lamanya. Nama wa kan 'mas' . *lawak hambar* takpayah gelak.

Nak TAYANG sikit boleh? almaklumlah. Wa tahun akhir berada di bangku , meja dan kelas Sekolah. :) SPM13 la katekan.

ehem... ehem..

Muehehe . Nak showOff sikit je puin. Tunggu wa dah kawin nanti LAGI 'over' wa showOff . HAHA

Story OF SportDays....

  Seperti biasa. Hari sukan mestilah dimulakan dengan acara perbarisan kan?. Hmm.. Gambar tak ada sebab wa tak dapat nak pegi amik hanya kerana wa wakil lari 100 meter.  Kena ready awai awai.

So, so, so . Untuk acara perbarisan .

   Setelah menjadi JOHAN selama 4 tahun berturut turut. Akhirnya tahta tersebut telah berjaya dirampas dan Kota Perbarisan telah berjaya ditawan olehhhh....

KRS(Kadet Remaja Sekolah) . Tahaniah!
Kalau tidaknya tahun lepas diorang boleh kalahkan KPA dah. Tapi tapi tapi ..
kecacatan celoren dimuka dengan berpakaian uniform lengkap adalah punca utama kekalahan. HAHA.
 

    KRS terlah berjaya menawan Kota Perbarisan. Maka Kauta yang lain di isi oleh KAPA(Kadet Pertahanan Awam) ditempat Kedua dan Kadet Polis ditempat keTIGA. Wa saja capitalkan huruf tu sebab wa KADET POLIS . wakaka. k.

Kemudian, Perbarisan antara Rumah sukan pula...

    Telah berjaya mempertahankan kedudukan ditempat yang teratas iaitu Johan selama 3 tahun berturut turut (rasanya) dan tidak berjaya di tawan oleh rumah sukan yang lain. Yang pasti dan tidak asing lagi .. Rumah sukannnnnn...

 MERAH (Mahathir)
Pertahanan yang sangat kukuh dengan pemimpin yang berkredibal tinggi manjadi
tunggak utama punca kemenangan.. HAHA.
(ni gamba tahun lepas. nak tayang NAGA je)
 
 
Kita teruskan acara kemenangan dengan Acara menghias rumah sukan. ehemm.. ehem.. :)
 
 
   Yang had hias  rumah sukan ni aku lupa berapa lama bertahan. TAPI yang 'pasti''confirm''sure''.. Rumah sukan yang sama dengan tahun lepas.
 
 Dengan hiasan batu bata merah(kain merah yang dilukis) , bunga lily keliling garaj dan Botol air yang berwarna merah sebagai pagar rumah sukan kami. :)
 
OF COURSE LAH RUMAH MERANG MENANG. HAHA.
 
ni hiasan tahun lepas.Ini pun tak siap lagi :D
(gambar yang betul akan di update kemudian)
 
 
Ehem.. Kemudian di selangi dengan persembahan tarian oleh awek awek Smk Ulu Kinta. Video nya ada tapi akan di update kemudian kerana is mengambil masa yang agak lama untuk meloadingkan diri ketika dimasukkan kedalam blog ni :3.
                                                                            
    Ini  gmbar tahun lepas juga. Update terkini akan di segerakan :D

 
 

Maka dengan ini bermulalah acara LARIAN...
 
   Wa masuk acara 100 meter, 200 meter, 4x100 meter dan 4x400 meter. Masa hari sukan hanya 100,200 dan 4x100 meter saja yang di acarakan. 4x400?? semasa sukan Tara. Serasi dengan acara lompat inggi/jauh, lontar peluru, lempar cakra, dan acara tarik tali separuh akhir. Parappa !!
 
 Alhamdulillah, pada mulanya wa agak kurang yakin untuk mengejar pingat kerana masa hari pertandingan wa PUASA. Di ulangi PUASA. HAHA. Memang wa saje cari penyakit . Dua hari sebelum pertandingan wa dah start berlatih. Tiga round wa joging kat Polo. Muahaha. Hasilnya snagat lumayan...
 
     Kumpulan wa a.k.a Rumah merah mendapat tempat kedua dan bagi lelaki tempat ketiga. Nevermine. JANJI mesti dapat pingat.
 
   Actually, wa kejar pingat hanya kerana pingat tahun ni BERAT. Sebelum sebelum ni had plastik punya. -_-. So, tak berapa nak semangat jadinya. HAHA.
 
 
Masa hari sukan.. memang wa tak boleh duduk diam. Dupdapdupdap jantung wa. Rasa macam nak cepat cepat habiskan larian. Muahaha. Alhamdulillah, 100 meter wa dapat tempat ketiga dan 4x100 meter tempat kedua. 200 meter?? HAHA ... wa tak pecut pun. DAH SEMPUT had 100 meter lagi.
 
   Ehem...Selepas habis acara larian. Tiba pula acara kemuncak iaitu Tarik Tali Bagi rumah Hussein (kuning) dan rumah Mahathir(merah). Muahaha.. lu orang rasa rumah mana menang?? erm??erm??..
 
 
Eh?? eh?? tidak! ini Abam Abam lower6 :3. muehehe..
 
Lu orang perasan tak 'hint' wa ni?? perasan tak??....
 
Actually..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tarik Tali
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rumah sukan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aishh !! susapen tak?? suspen tak??
katalah suspen.. kalau tak wa humban lu dalam tasik 'The Heaven' HAHA
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
.
.
RUMAH
MAHATHIR lahhhh...
MERAHHHHH !!! ..
 
Kali pertama = merah menang
kali kedua = merah memang.
 
HAHAHAHAH...
 
(gambar akan diupdate kemudian)
 
 
 
Fuhhh !! .. mau tak bangga ??.. Semua merah sapu. Perbarisan, hiasan tarik tali. Acara beramai ramai memang merah sapu. *dabik dada* XD.
 
Untuk pengetahuan hampa sekalian??.. Juara keseluruhan dimenangi oleh rumah RAZAK (hijau).
Dengan mengumpul 20 ke atas pingat Emas.
 
Tempat kedua Mahathir(Merah) = 13 Emas 12 Perak dan bebelas gangsa
Tempat ketiga Hussien(Kuning) = 13 Emas 11 Perak dan bebelas gangsa
Tempat keempat Rahman(Biru) = aku pun tak hengat.
 
>.< . Merah last pegang tahta masa 2010. Lepas lepas tu rumah Rahman(Biru) berturut turut. Tetapi kini,, rumah Razak(Hijau) berjaya merampas tahta daripada Rahman(biru). HAHA. 
 
Ayat gua cenggini ...
 
   Rumah hijau yang dulunya mundur kini kembali megah. Merah dan kuning berusaha mengalahkan biru dan hijau tetapi hanya berjaya mengalahkan biru dan kuning tidak berjaya menewaskan Merah . biru mundur kebelakang dan gayanya seperti mencipta strategi baru untuk tahun hadapan.
 
Alhamdulillah.. Rumah merah masih memegang tahta ditempat kedua. :D .. berturut turut :D.
 
 .. Akhir kata.. Kepada warga SMK ULU KINTA .. tahniah kerana telah menjayakan hari sukan peringkat sekolah ini dengan penuh berjaya*apa yang aku cuba sampaikan ni?? haha*. Tahniah diucapkan kepada olahragawan dan olahragawati kerana bertungkus lumus mengumpul pingat. :). Tahniah juga diucapkan kepada pemenang pemenang yang lain kerana berusaha mempertingkatkan prestasi rumah sukan kalian. Dan kepada yang kecewa .. ubat hatimu dengan '' aku akan berusaha lagi selepas ini''. InsyaAllah mujarab. Aku 4 tahun terkecewa. 1 pingat 1 pingat. Tahun ni je lebih sikit. Sebab? usaha lebih. Ok. yang SPM tahun ni. Kita Tutup cerita sukan. Kita buka cerita Trial..
 
Amacam?? dah ready for trial??.. :) *senyuman sinis*