Tuesday, December 23, 2014

Alhamdulillah

fuyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ... sekian lama gua tinggalkan blog ni. Baru kini gua terniat maka terlogin dan tertypela entry ini. hihi. Actually dah banyak kali login blog ni cuma tak sampai nak type entry. Tiap kali nak type mood tu berubah dari angin yang tiup sepoi sepoi bahasa kepada puting beliung. Malas la gua type entry dengan keadaan yang sedemikian rupa kang buruk nau ayat yang keluar haha.

For the first story .. I want tell youu.. cehh acah macam ada orang baca blog ja haha falatun deh. okey Alhamdulillah. Syukur Allah masih memberi aku peluang untuk merasa belajar disebuah IPTA. Ya walaupun pinjam ptptn nak buat macam mana? redhoo.


Haaaaa .. pintu gerbang. Inilah tempat gua sambung belajo. Selok dapat IPTA , terus gua benti form6. Form6 best, gua bole pickup lagi tapi disebabkan masalah percintaan gua takleh stay form6. Gua takleh bercinta lagi lah haha tak sampai seru lagi wakaka.

Nama tempat Politeknik Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah, Jitra Kedah atau lebih dikenali sebagai POLIMAS , dalam kursus Diploma Ukur Bahan atau nama glamournya Quantity Surveying. Satu kursus yang memang gua sendiri yang minta hehe.

So far sekarang ni masih ung lagi , subject, lecture,kelas, student, makan haaa semua masih boleh gua terima. Cuma pinjaman ptptn ja yang gua tak berapa nak terima. Sikit baq hang ... RM10,680 je pinjaman gua >.< untuk 3 tahun.


Nama kelas DUB1A yang terdiri daripada 6 lelaki 21 perempuan. Nampak ja laki makin pupus tapi hakikatnya laki ramai bahagia mekanikal. hehe sebab poli gua ramai laki >.<.

Penasihat gua nama dia Azmin. Dr.Azmin sebab dah ada PHD hihihi bangga bhai.. gamba diatas adalah gambar bangunan gua yang boleh dikatakan setiap hari gua daki. Dalam 1km daripada kamsis gua. Jauh baqhang. Kelas pulak bertingkat tingkat . lif? ada lif. memang ada lif tapiiiiiiiiiiiii .... gua sarankan naik tangga la. haha

Cafe? fuhh sedap. Taktau nak habaq lagumana tapi sungguh sedap murah haaaaaaa.. Jeles la weyhh jeles la hahahaha. Kamsis?. Kamsis bole tahanlah. Cuma peraturan dia pehh ketat. Baju like Jubah, kurung kene pastikan no 'moden' . TAK BOLEH. haha frusttt tau . Nak pergi cafe kena pakai stokin. Gua cadang sem 2 gua nak duk luar tapi bila memikirkan duit pt ermm ermm bagai melukut ditepian gantang >.< .

Bersyukur sebab masih diberi peluang belajar. Peraturan belakang kira. nak langgar peraturan pun tada masalah. hahahaha.

Cuma yang gua jemukan sebab kes kes yang budak pompuan suka buat. Hari hari nak kena leter jemuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu orang lain buat orang lain kena . Shit. k bai. hahaha

Wednesday, June 25, 2014

kegigihan bertahan dalam tingkatan 6

Hari ini 25/6/2014. So agak lama tak meng-update blog yang tak dikunjungi orang ni. Lama bukan apa, sebok memikirkan tempat belajar yang baru. Ya! result SPM pun dah keluar dan result aku tak berapa nak comei lah. Hanya sekadar memungut 1A4B..... Tak sempat nak pungut A bebanyak pasai ada yang datang lagi awai. Depa pungut dulu.  xD. k. tak lawak.

    Dah dapat result yang macam ni jadi aku menjangkakan bahawa agak sukar aku nak masuk IPTA . :3 BI terok . bila tiba isi UPU POLI SPA MARA semua tu. Bila tiba masa result..... aku tak dapat.

    Takdapat IPTA siapa yang tak sedih. siap berHajat, pasang niat lepas habis paper memang kesitu terus. Tak terpikir nak pi sekolah balik. Tak terfikir nak jejak sekolah lagi. Tak pernah terfikir akan ada dalam suasana sekolah lagi. But, kita mampu merancang. I'm still in school... aku masuk form6.

  Form6 aku ambil aliran KEMANUSIAN (ekonomi) . Tahu tak? belajar form6 ni taklah teruk mana. Standard biasalah. kene betul betul struggle je. TAPI yang buat ramai takmau masuk form6 just one reason ''terikat dengan peraturan sekolah''. >.< Aku pun begitu. Tak suka form6 sebab itu je.

  Belajar ada gurunya, ada masanya. Tapi suasana sekolah yang buat aku takboleh move on untuk buat STPM. SUASANA SEKOLAH. Bangun pukul 6 pergi sekolah pukul 7 balik pukul 2 lebih. BUT still takdak kebebasan untuk kami .

  Ada sekolah yang dah start use pakaian kasual. Sekolah aku still mod 3.a.k.a (menumpang) sahaja. Perubahan untuk form6 dihantar dalam satu tempat tu ada. Tapi tak dikuatkuasakan sekarang ni sebab ada masalah yang takdapat dielakkan. Cikgu kata mungkin tahun hadapan . Aku berharap sangatlah dapat suasana baru.

   5 Tahun aku kat sekolah yang sama. Aku jemu, tak boleh hadam dengan suasana yang SAMA lagi setengah tahun aghhhhh ... . Rasa macam nak berhenti form6 -,-''. Mejoriti upper six kat sekolah aku daripada sekolah lain. See?. Sekolah lain datang sekolah aku yang bertahan. Aku takboleh. Lesuuuu kat sekolah yang sama.

   Ada pasang hajat nak pindah sekolah. Tapi jauh sangat dengan rumah. Jadi masalah transpot pulak. Payah jugak. Sekarang aku buntu. Kalau berhenti sekolah aku takda kelulusan. Kalau teruskan aku takmampu. Aku pergi jumpa kaunseling pun cikgu tu tak dapat membantu. how???.

   Kekadang runsing juga. Kemana aku nak pergi lepas ni. Nak bertahan lagi setengah tahun tu bukan main seksa lagi. AKu frustt ni. haha. Aku tak pergi sekolah hari ni pasai takboleh tahan dengan suasana yang sama ni lah. :3 . sedih bhaii.... rase nak teghoyakkk je ni. Form6 tak teruk tapi suasana form6 tuuuu .. huaaaa.. help me ahh.

  

Friday, February 7, 2014

Aku penganggur setia

 Halowww salam bertemu kembali .. Setelah sekian lama menyepikan diri kini aku bangkit menjadi seorang  pen-typer tegar sepanjang percutian aku yang tidak diketahui sampai bila. Nak chongak idok reti xD. Aku membangunkan kembali blog ni pasai dah takdak kerja yang boleh di buat.
   Hanya setakat buat runtin harian 'kemas rumah' 'basuh baju sidai baju' 'makan' 'tido' 'ngadap pesbuk twitot' haa, orang kata apa? ''kerja membersarkan badan'' tapi  sungguh! badan aku tak besar besar jugak. #keciwa.


    Actually, peluang kerja bergaji banyak belambak lambak lambak seperti di pasar lambak. Tapi, iyelah aku ni 'wanita', so agak susah ayah aku nak bagi aku pi kerja semua tu dengan mak aku yang tak berape sihat dan dan dan dengan akak aku yang baru ja pi sambung belajaq. cehh ! Memang bukan rezeki aku ahh.
 

    Kekadang jadi orang bingung dok umah ni. Macam mana mak aku bole tahan dodok umah macam ni? hadoi ! . Orang ha! aku pun ha!. Tapi adelah sesekali keluar, kekadang pi usya abam bujang buat latihan kat padang 'cuci mata' wehh haha. Best jugak tengok diorang buat latihan tu, ada masa ada pelung kenyit mata kat diorang ehe.. kasi semangat sikit !

   Tapi tu semua tabiat lama, lepas kantoi ngan ayah aku dulu emm.. taubat tak buat dah. Tak pi usya anak teruna orang buat latihan nembak, serang hendap semua tu. Pi tengok takde masalah, yang kena marah  ni pasai aku tinggalkan mak aku sensorang kat umah kwkwkw xD . Anak pi cari 'bakal' menantu, ayah naik hantu.

    Bila perangai gila-gila mai, mulalah buat benda yang takdak kewarasan akal. Rasa macam nak tumpang masuk HOTEL Tanjung Rambutan sehari semalam. Kalau pergi hotel sana automatically dapat usya abam kolej pulak. xD . Gatai noh! .

  Sifat menggatai ni takboleh di hakis hanya boleh di kawal tapi malang sekali tak mampu di kawal. Ubatnya satu ja. Kahwin hahaha...


Ehem ! .. Bila bukak cerita pasal kahwin. Sememangnya ramai member aku yang bukak cerita pasal kahwin after abis paper haritu. haha semua pakat gatai nak kahwin dan termasukla tuan punya anggoota badan yang menaip ni xD. Benda baik, takpekan kalau dibuat sembang?. Umur cukup  dah. Calon? hmm ade ade. Tapi masih menjadi rahsia, mak apak aku taktau lagi. Sembang pasal kahwin ni buat jiwa tenangggg setenang.....


setenang air terjuan ni. Haa.. cantik tak?. Betapa hebatnya skill gua meng'copy-paste' hasil lukisan orang. haaaa..

Sapa taknak kahwin oiiii.................................