Friday, February 7, 2014

Aku penganggur setia

 Halowww salam bertemu kembali .. Setelah sekian lama menyepikan diri kini aku bangkit menjadi seorang  pen-typer tegar sepanjang percutian aku yang tidak diketahui sampai bila. Nak chongak idok reti xD. Aku membangunkan kembali blog ni pasai dah takdak kerja yang boleh di buat.
   Hanya setakat buat runtin harian 'kemas rumah' 'basuh baju sidai baju' 'makan' 'tido' 'ngadap pesbuk twitot' haa, orang kata apa? ''kerja membersarkan badan'' tapi  sungguh! badan aku tak besar besar jugak. #keciwa.


    Actually, peluang kerja bergaji banyak belambak lambak lambak seperti di pasar lambak. Tapi, iyelah aku ni 'wanita', so agak susah ayah aku nak bagi aku pi kerja semua tu dengan mak aku yang tak berape sihat dan dan dan dengan akak aku yang baru ja pi sambung belajaq. cehh ! Memang bukan rezeki aku ahh.
 

    Kekadang jadi orang bingung dok umah ni. Macam mana mak aku bole tahan dodok umah macam ni? hadoi ! . Orang ha! aku pun ha!. Tapi adelah sesekali keluar, kekadang pi usya abam bujang buat latihan kat padang 'cuci mata' wehh haha. Best jugak tengok diorang buat latihan tu, ada masa ada pelung kenyit mata kat diorang ehe.. kasi semangat sikit !

   Tapi tu semua tabiat lama, lepas kantoi ngan ayah aku dulu emm.. taubat tak buat dah. Tak pi usya anak teruna orang buat latihan nembak, serang hendap semua tu. Pi tengok takde masalah, yang kena marah  ni pasai aku tinggalkan mak aku sensorang kat umah kwkwkw xD . Anak pi cari 'bakal' menantu, ayah naik hantu.

    Bila perangai gila-gila mai, mulalah buat benda yang takdak kewarasan akal. Rasa macam nak tumpang masuk HOTEL Tanjung Rambutan sehari semalam. Kalau pergi hotel sana automatically dapat usya abam kolej pulak. xD . Gatai noh! .

  Sifat menggatai ni takboleh di hakis hanya boleh di kawal tapi malang sekali tak mampu di kawal. Ubatnya satu ja. Kahwin hahaha...


Ehem ! .. Bila bukak cerita pasal kahwin. Sememangnya ramai member aku yang bukak cerita pasal kahwin after abis paper haritu. haha semua pakat gatai nak kahwin dan termasukla tuan punya anggoota badan yang menaip ni xD. Benda baik, takpekan kalau dibuat sembang?. Umur cukup  dah. Calon? hmm ade ade. Tapi masih menjadi rahsia, mak apak aku taktau lagi. Sembang pasal kahwin ni buat jiwa tenangggg setenang.....


setenang air terjuan ni. Haa.. cantik tak?. Betapa hebatnya skill gua meng'copy-paste' hasil lukisan orang. haaaa..

Sapa taknak kahwin oiiii.................................