Tuesday, November 24, 2015

Onak duri ranjau berduri

 Haaaa, tu dia punya tajuk. Bunyi macam derita kena siksa dengan mak tiri ja. Tak tak aku takda mak tiri, minta dijauhkan daripada bertiri tiri ni. Tak sior teman.

    So far, 2 sem sudah pun aku harungi dengan jayanya . Jayanya? kalau lepas masuk next sem tu kira berjaya la tu. Itu pun hampir putus nafas jugaklah nak ngabisnye. Strong gila subjek sem 2 . Strok jugalah gua nak menjawabnya. haha.

 Nak di katakan subjek yang diberi nampak mudah , tapi bila kau mula belajar kau mula tahu segala jenis isi perut subjek tu pastu kau kena makan ksemua isi perut subjek tu untuk dimuntahkan masa kuiz dan test serta Assingment haaa mase tu baru kau tahu apa itu erti penyesalan. ecehh .. takde ape pun sebenanye, basically sbb malas nak belajar la kut .

Sebenarnya, belajar as IPT student ni tak susah pun, kau just perlu maintain kan study, buat note, hafal, fahamm. Konsep yang sama yang kita gunakan semasa tadika sekolah rendah mahupun menengah. Kau tak buat semua tu, kau tunggu la . Tunggu kena buang daerah. hehehe

 Amalan atau orang kata tradisi rakyat IPT ni, kau kena paham banyak benda.

Kau tak pandai = kena pinggir
kau tak lawa = kena pinggir
kau tak sosial = kena pinggir
kau over pandai = kena pinggir
kau buat puak = bakal dipinggirkan

So, kau pilih, nak hidup dalam ketenangan dan keabadian yang sejati. Sentiasa bersederhana. Tak perlu nak berkuasa atau kata kasar nak hot kat sini. Kau hot tapi belajar bodo , buat apa?. So adik adik, jangan nak berpuak, jangan nak tunjuk bagus, jangan nak kepoh. ok?. apa yang penting? Yang penting bersederhanalah kamu.

Sepanjang aku kat Polimas ni, semua jenis manusia kempret macam ni aku pernah jumpa dan pernah hadap. 
Yang malas
Yang cakap besar
Yang jadi batu api
kaki ngutuk
Mulut burit
yang kedekut ilmu
yang pilih kasih
yang bajet tahu semua benda
yang nak perhatian

 Aku kalau jumpa golongan  macam ni, aku cakap dalam hati '' kita tengok kau jatuh nanti macam mana '' . Duniawi je semua ni. Aku bukan la mendoakan keburukan orang, tapi udah pesen tak betui nak tegur kang gaduh pulak. So, selemah-lemah iman yang ada gitu jela . 

Aku pun bukanlah suci sangat, ada jugak berperangai sedemikian. Tapi perangai macam tu keluar bila orang buat kat kita dulu. So, engkorang yang baru nak start masuk IPT ni, pandai pandai la handle manusia mcm ni. Kau tak reti handle, kau tunggu kerja nanti, lagi power daripada ni. pecayalahhhhhh...

Orang kata sudah menjadi lumrah kehidupan , kau pergilah kemana pun golongan ni pasti ada. Aku bukan nak mengata but i tell you apa yang benar benar terjadi. Overall story, golongan ini ada dimana-mana saja. 

So, onak duri aku adalah menghadap manusia macam ni. Lecture? aish.. lecture pun ada but takmau la petik, kang ilmu tak berkat . Rugi belajo. hehe. 

   Kau kena saling membimbing each other, bantu orang yang memerlukan, murahkan ilmu. Murahkan ilmu bukannya jual ilmu 2 singgit. Tapi sharing ilmu yang kau tahu dengan semua orang. InsyaAllah murah rezeki. Jangan kedekut ilmu. jangan sekali. Pikir baik buruk suatu perbuatan tu sebelum melakukannya. Kang menyesal tak sudah. 

Ada pendinding untuk jauhi sifat negatif?

Ada, bertutur kata perkara yang baik, jaga solat, jaga akidah, jaga pergaulan, jaga diri, insyaAllah pasti dilindungi. keep strong !

Selamat belajar.....

Selamat beramal dan sama sama kita beramal ......

:)






No comments:

Post a Comment